Selepas mengerjakan solat Subuh... Liya cepat – cepat bersiap untuk memulakan perjalanan pertamanya ke pejabatnya. Abangnya menghantar ke stesen ERL di Cyberjaya kerana keluarga Abangnya menetap di Cyberjaya dan bekerja disitu begitu juga dengan kakak iparnya yang mengajar di sekolah Cyberjaya. Perjalanannya mengambil masa lebih satu jam untuk ke Bukit Bintang. Ketika sampai di stesen Bukit Bintang
"Teruk aku macam ni kalau nak berulang hari – hari pergi balik naik public macam ni" katanya dalam hati. Dia melihat jam tanggannya dan berkira – kira masa diambil.
"Aku memang kena menyewa dengan Mia macam ni" katanya dalam hati lagi
Liya terus berjalan menuju ke Wisma AGV, banggunan tinggi 30 tingkat yang menjadi tempat impian ramai rakyat Malaysia untuk berkhidmat dan bekerja disitu. Hari itu Liya yang memilih memakai baju blouse berwarna navy blue dan kain maxi berwarna hitam dipadankan dengan shawl bewarna biru lembut membuatkan dia nampak menawan. Ketika dia masuk ke lobby banyak mata tertarik dengan kedatangan Liya yang berjalan menuju ke meja pertanyaan. Liya langsung tidak mengambil pusing tentang pandangan mereka.
"Assalamualaikum... Untuk Staff baru dimana saya perlu daftarkan diri?" tanya Liya.
"Waalaikumsalam... Cik ada bawa surat tawaran?" tanya receptionist tersebut. Liya terus mengeluarkan surat tawaran dan menyerahkan kepada receptionist tersebut.
"Cik Aliya perlu mendaftar di tempat Cik datang interview hari tu... Kita akan buat proses orientasi untuk semua staff baru. Tapi program akan bermula pukul 9. Cik Aliya ada masa lebih kurang sejam lagi. Sementara itu, Cik Aliya boleh singgah di café pekerja yang terdapat di sini." Kata receptionist sambil menunjuk arah ke Café.
"Terima kasih..." kata Liya sambil tersenyum. Lega hatinya kerana dia belum bersarapan pagi itu.
"Cik Aliya... Tahniah dan selamat datang ke syarikat kami" kata receptionist itu sekali lagi sambil tersenyum.
Liya terus berjalan ke arah Café yang dinyatakan. Liya baru sedar betapa besarnya ibu pejabat organisasi AGV. Liya mula berangan bagaimana pejabat – pejabat AGV lain yang berada di luar negara. Dia tiba di café yang sangat cantik susun aturnya. Liya yang merupakan pelajar architecture sedar betapa uniknya design bangunan dan hiasan dalaman bangunan tersebut. Liya yang kagum tidak sedar dia menghalang barisan.
"Liya... you holding up the line" kata satu suara lelaki. Liya terkejut mendengar suara tersebut.
"Sorry..." kata Liya dan terus bergerak. Dia belum sedar akan lelaki itu. Semasa ingin membayar, baru dia melihat siapa lelaki di belakangnya.
"Is..." kata Liya. Iskandar tersenyum melihat Liya.
"Saya belanja hari ni ye" kata Iskandar dan melalukan kad pekerjanya pada scanner untuk membayar.
"Ehhh... Is... jangan susah" kata Liya
"Dah bayar pun... Jom kita duduk dekat seat fav I" kata Iskandar.
"Terima kasih Is... Banyak Liya berhutang dengan Is" kata Liya. Liya mengikut langkah Iskandar dan duduk di satu sudut dimana mereka boleh melihat keadaan luar kota Kuala Lumpur dari tingkat 2, di situ juga ada water features di luar tingkap.
"Congrats... Liya" kata Iskandar yang tersenyum.
"Is kerja sini juga ke?" tanya Liya. Iskandar mengangguk dengan pertanyaan Liya.
"Tak bagi tahu Liya pun..." kata Liya.
"Hari tu Liya tak tanya, tak kan Is nak bagitahu" kata Iskandar tersenyum. Setiap kali Iskandar tersenyum, jantung Liya berdegup kencang. Senyuman manis Iskandar memang cukup menawan, kebetulan lelaki itu memakai suit berwarna navy blue, warna yang sama dengan pakaian yang dipakai Liya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.