Pagi itu seorang gadis tergesa – gesa berjalan menuju ke sebuah stesen MRT. Waktu pagi dikota Kuala Lumpur adalah suasana yang amat sibuk, kebanyakan orang berkejar menuju ke pejabat masing – masing. Mengunakan kenderaan awam adalah merupakan cara yang terbaik untuk mengelakkan diri dari kesesakan lalu lintas, kebanyakan pengguna kenderaan awam perlu bersabar dengan kesesakan orang ramai. Itu bukan pertama kali gadis itu datang ke Kuala Lumpur, sudah beberapa kali dia datang ke kota Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga untuk kerjaya yang dicita – citakannya.
Suasana ekonomi yang tidak memberangsangkan dan beberapa kali dia gagal dalam temuduga membuatkan dia membuat keputusan untuk bekerja dikampung terlebih dahulu dan membantu ibu dan ayahnya yang berniaga secara kecil – kecilan di kampung.
"Dah berapa kali kamu pergi interview tak dapat pun panggilan kerja" kata Mak Saleha
"Biasalah Mak... keadaan ekonomi sekarang, memang susah la sikit nak dapat kerja" kata gadis itu.
"Yelah... Dah dekat setahun kamu menganggur... Baik kerja dekat kampung je lah dengan Ayah" kata Mak Saleha lagi.
"Sayang lah Mak... Belajar architecture, tapi tak boleh gunakan sijil belajar" kata gadis itu lagi.
"Ingatkan bila dapat Anugerah Dekan senang nak dapat kerja, rupanya orang lagi takut nak bagi kerja" ketawa ibunya
"Kalau dah susah sangat nak dapat kerja... Ayah kahwinkan je lah kamu dengan dengan boyfriend kamu tu" kata Pak Bakar
"Ish... Ayah ni taknak lah... Liya nak merasa kerja dulu. Nak juga tolong Ayah dengan Mak" kata Liya.
Liya seorang gadis yang berumur 24 tahun merupakan anak ketiga dari lima anak kepada Pn. Saleha dan En Abu Bakar. En Abu Bakar dan Pn Saleha merupakan bekas guru, selepas mereka bersara mereka memulakan perniagaan kecil – kecilan di kampung mereka. Anak – anak mereka berdua semuanya boleh dikatakan berjaya kerana semuanya belajar hingga ke menara gading. Adiknya seorang menuntut di university dan seorang lagi masih di sekolah menengah. 2 orang saudara tuanya, abang dan kakaknya bekerja di Kuala Lumpur dan kakaknya di Pulau Pinang .
Aliya Adina Bt Abu Bakar adalah nama yang diberikan oleh ibu dan ayahnya pada gadis itu sejak hari kelahirannya. Sejak dari dibangku sekolah lagi dia telah menjadi perhatian pelajar lelaki disekolahnya. Apabila dia menyambungkan pelajarannya di peringkat University. Ramai yang mencuba untuk menjadikannya sebagai kekasih, hampir kesemuanya di tolak. Melainkan seorang lelaki yang bernama Aiman Haziq yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Aiman Haziq dan Aliya Adina bercinta sejak mereka berada di tahun kedua pengajian mereka, Aiman seringkali mengajak Liya untuk berkahwin tetapi kehendak Liya untuk bekerja terlebih dahulu membuatkan niat Aiman terbantut.
Gadis itu terus mencari sesuatu dalam begnya, dia yang beratur agak lama untuk membeli kupon untuk menaiki MRT mula panik, orang makin ramai beratur dibelakangnya dan mula membuat bising.
"Cepatlah... Orang lain pun nak pergi kerja" kata suatu suara.
"Ahhh... Minah ni buat apa... Harap je cantik tapi takde sivik" kata satu suara lagi.
"Tunggu la tepi dulu kalau nak cari duit" kata suara orang yang makin meninggi.
"Maaf... Saya minta maaf" kata Liya yang mula panik. Lelaki yang beratur dibelakangnya melihat gadis itu, ada rasa simpati pada gadis itu.
"Awak nak pergi mana?" tanya lelaki itu. Pertanyaan lelaki itu membuatkan Liya terkejut.
"Saya nak pergi Bukit Bintang" balas Liya. Lelaki yang berumur dalam lingkungan 28 tahun itu terus mengeluarkan dompetnya dan membayar untuk kupon Liya dan juga dirinya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
عاطفيةAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.