Liya... Maafkan B,
B... Tak fikir apa yang B cakapkan
B... Minta maaf sangat – sangat
Begitulah pagi Liya, menerima mesej dari Aiman. Liya hanya melihat mesej dan terus mematikan telefonnya dan membiarkan mesej itu dibiar blue tick. Liya terus mandi dan bersiap untuk pergi kepejabatnya. Sedang dia bersiap dia terpandang jaket kulit yang tergantung dan helmet yang terletak kemas didalam biliknya. Liya teringat kembali pada hari itu dia diajak Iskandar menaiki motorsikalnya.
Sepanjang perjalanan itu Liya menangis semahunya disebalik helmet yang diberikan Iskandar. Iskandar seperti begitu memahaminya, Iskandar menunggang motornya membawa Liya sehingga Liya sendiri mengajak Iskandar pulang. Ketika Iskandar berada di luar pintu pagar apartment Liya.
"Terima kasih Is..." kata Liya yang masih dalam kesedihan.
"Liya I know how you feel... Jangan sedih terlampau lama... I want to see your smile every day at any time." Kata Iskandar. Liya diam mendengar kata – kata Iskandar.
"Is balik dulu Liya" kata Iskandar tersenyum lembut pada Liya dia terus membawa motorsikalnya dengan perlahan dan hilang dari pandangan Liya. Liya tiba dirumahnya, jelas Mia dan Kak Nisa kerisauan melihat Liya pulang ke rumah agak lewat malam. Lagi bertambah risau apabila melihat Liya pulang dengan matanya yang sembam.
"Lambat Liya balik... Kami berdua risau sangat – sangat Liya" kata Mia.
"Lia menanggis kenapa? Aiman ada buat apa – apa ke?" tanya Kak Nisa panik sekirannya Liya yang dianggapnya seperti adik sendiri dirosakkan oleh Aiman. Liya menggelengkan kepalanya.
"Liya dah putus dengan Aiman. Kami gaduh tengah hari tadi" kata Liya. Mia dan Kak Nisa melepaskan nafas panjang lega.
"Liya... Akak bukan nak cakap apa... Tapi sejak Liya pindah ke sini asyik gaduh je dengan Aiman" kata Kak Nisa.
"Dulu sebelum Liya kerja dia tak mcam ni pun... Cemburu membabi buta... Egonya lagi" jelas dari suara Liya dia begitu marah.
"Ni jaket dengan helmet siapa?" tanya Mia sambil memegang jaket kulit tersebut.
"Lepas Liya gaduh dengan Aiman, Liya jalan tanpa arah tengok – tengok dah sampai office Liya. Liya terjumpa Iskandar dekat situ. Helmet dan Jaket tu Iskandar punya" kata Liya.
"Habis tu kenapa lambat kamu balik Liya?" tanya Kak Nisa.
"Iskandar bawa Liya pusing – pusing KL... We just ride together tak ada tujuan... Is biarkan Liya menangis puas – puas tadi. Sampai Liya minta Is hantar Liya balik" kata Liya. Mia dan Kak Nisa tersenyum lega.
"Liya... Akak rasakan... Iskandar dia sukakan kamu... Berdasarkan apa yang kamu cerita, Akak rasa kamu pun sukakan Iskandar. Kamu halang perasaan kamu sebab Aiman kekasih pertama yang kamu kenal" kata Kak Nisa.
"Tapi Kak... Is tu banyak berahsia dengan Liya... Is jarang cerita pasal saudara mahupun keluarga dia. Liya akui dia baik orangnya tapi terlampau banyak perkara yang Liya tak tahu pasal dia. Sampaikan dia tinggal di apartment manapun Liya tak tahu. Cuma dia kata dia tinggal berseorangan di Mount Kiara" cerita Liya.
"Apa kata suatu hari... Liya ajak Iskandar tu datang rumah kita makan – makan... Nanti kita siasat la dia" kata Kak Nisa tersenyum nakal.
Perbincangan mereka bertiga membuatkan Liya terfikir bagaimana dia ingin mengajak lelaki itu menerima ajakannya. Pagi itu selepas bersiap dia terus menuju ke station MRT menunggu lelaki yang selalu menemaniya. Tidak lama kemudian lelaki itu datang dengan membawa beg kertas.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.
