Chapter 20: Bunga

6.7K 59 0
                                    

Iskandar menunggu penuh sabar di station MRT, dia menantikan seseorang yang selalu menemaninya ke pejabat. Tidak lama kemudian, gadis itu datang, Liya melihat kearah Iskandar sambil tersenyum kearah lelaki itu. Tidak dinafikan makin hari Liya makin sayangkan lelaki itu. Keberanian lelaki itu meluahkan perasaannya kepada Liya membuatkan dia makin senang dengan Iskandar. Senyuman Liya kembali di balas oleh Iskandar.

Perjalanan mereka ke pejabat pada hari itu membuatkan Iskandar malu, wajahnya kemerahan menahan malu.

"Is sihat ke? kenapa muka merah?" tanya Liya yang perasan dengan wajah Is yang kemerahan apabila melihat kearahnya.

"Is sihat. Malu maybe" kata Iskandar. Liya tersenyum.

"Is... Is kan ada motorsikal, kenapa tak naik motorsikal je?" tanya Liya

"Is sebenarnya suka naik public... Lagi satu Is boleh jumpa Liya hari – hari" kata Is tersenyum. Mendengar jawapan tersebut Liya pula yang kemerahan.

Pagi itu seperti biasa tiada apa yang pelik, mereka berdua makan pagi bersama dan terus mereka bekerja seperti biasa. Liya yang sedang sibuk melukis untuk tugasan yang diberikan oleh Pengurusnya, tiba – tiba mendapat kejutan.

"Pagi... Boleh saya tahu siapa Cik Aliya Adina?" tanya seorang lelaki yang bertanya kepada salah seorang staff. Staff tersebut menunjukkan kearah seorang gadis yang begitu tekun melukis. Lelaki itu terus menuju ke meja Liya.

"Cik Aliya... Ada penghantaran untuk Cik Aliya" kata lelaki itu. Terkejut Liya apabila lelaki itu meletakkan 2 jambak bunga di atas mejanya. Lelaki yang menghantar bunga menjadi perhatian kepada rakan sekerja Liya di pejabatnya.

"Siapa yang hantar ni?" tanya Liya.

"Cik Aliya boleh tengok di kad. Saya menghantar saja. Cik Aliya tolong sign dekat sini ye?" kata lelaki itu. Liya terus menandatangani kertas yang dihulurkan kepadanya.

"Terima kasih Cik Aliya" kata lelaki itu dan terus pergi. Tiba – tiba meja Liya dikeremuni oleh staff wanita lain.

"Wah Liya sampai 2 jambak bunga dapat. Siapa bagi?" tanya rakan sebelah mejanya.

"Ntah la..." kata Liya sambil membuka bungkusan pertama. Jambak bunga pertama dihiasai dengan 3 jenis bunga rose yang bewarna merah, jingga dan juga putih. Liya mengambil kad yang ada di jambangan bunga tersebut lalu membaca kad tersebut. Tiada nota hanya nama penghantar yang ada pada kad. Liya hanya tersenyum melihat nama penghantar bunga mawar tersebut.

"Iskandar? Siapa dia Liya? Nama klasik betul" tanya rakan sebelah mejanya.

"Dia selalu datang kerja dengan Liya tu?" kata Liya

"Owh. Laki handsome yang selalu breakfast dengan Liya tu?" tanya rakan sekerjanya lagi. Liya hanya mengangguk.

"Uish dah la handsome, romantic lagi, siap hantar bunga lagi" usik jiran mejanya sambil melihat jambangan kedua dan tanpa sengaja dia membaca tulisan dikad tersebut

"Aiman ni siapa pula? Siap minta maaf lagi" tanya jiran meja Liya lagi. Pertanyaan rakannya itu membuatkan wajahnya terus berubah. Dia melihat jambangan bunga tulip dan mengambil kad dan mula membaca kad dari Aiman.

Liya...

Maaf kerana membuatkan hati Liya terluka,

Maaf kerana buatkan Liya menangis,

Aiman cuma mahu Liya tahu betapa Aiman sayang dan cintakan Liya,

Tiada lelaki lain akan sayang dan cintakan Liya,

bagaimana Aiman sayangkan Liya,

Maafkan Aiman.

Liya membaca tanpa perasaan. Rakan sebelah meja Liya masih menantikan jawapan dari Liya.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang