Rumah Keluarga Amer
Petang Jumaat itu lebih kurang 4:30 petang dia tiba di Pulau Pinang, kepulangannya disambut oleh Ketua Pelayan Rumah (Butler) tersebut yang bertugas dengan keluarga Amer sejak Iskandar dilahirkan. Lelaki yang berpakaian kemas itu tersenyum apabila melihat Iskandar menuju kearahnya. Iskandar membalas senyuman Butler tersebut.
"Assalamualaikum Tn Muda... Selamat pulang" kata lelaki itu.
"Waalaikumsalam Pakcik... Jangan panggil saya Tn Muda ye..." kata Iskandar
"Maaf Tn. Muda dah terbiasa, dari masa Tn Muda kecil lagi dah panggilkan" kata Butler itu lagi.
"Kalu macam tu... Saya panggil Pakcik Suki lah ye" usik Iskandar kerana dia tahu itulah nama panggilan yang tidak digemari oleh Butler yang namanya ialah Suqiddin.
"Okey... Okey... Pakcik panggil kamu Is" kata Butler itu lagi. Mereka berdua menuju ke pintu rumah agam yang cukup megah itu.
"Mak dengan Ayah ada?" tanya Iskandar lagi.
"Ada... Pn Sri ada didapur tengah memasak makanan kegemaran Is dan TanSri dia ke masjid" kata Butler tersebut. Iskandar terus menuju kedapur untuk berjumpa dengan ibunya, manakala Pakcik Din membawa begnya terus menuju ke bilik basuhan. Iskandar melihat ibunya sedang bertungkus lumus memasak sambil dibantu oleh tukang masak mereka. Ibunya langsung tidak menyedari kepulangan anak bongsunya itu.
"Mak..." panggil Iskandar. Ibunya terberhenti kerjanya, seperti menarik nafas yang panjang ibu Iskandar menghembuskan nafasnya perlahan – lahan dan memusingkan kepalanya. Ibunya melihat kearah tubuh lelaki tersebut. Iskandar sedar yang ibunya itu menitiskan air matanya. Iskandar bergerak menuju kearah ibunya dan memeluk ibunya itu. Ibunya tidak dapat menahan lagi dan mula menangis semahu – mahunya kerana kerinduannya pada anak bongsunya itu.
"Mak... Maafkan Is Mak" kata Iskandar dia juga menitiskan air matanya.
"Kamu dah sebulan balik Malaysia baru nak balik sini... Baru nak jumpa dengan Mak" kata Ibunya.
"Kalau Kak Yana kamu tak bagitahu... Kami pun tak tahu kamu dah balik" kata ibunya dalam nada marah sayang.
"Masa kamu pergi LA pun... Kamu terserempak dengan Abang Dzakir pun kamu terus lari menghilangkan diri..." kata ibunya lagi. Abang Dzakir merupakan abang ipar kedua Iskandar
"Dah benci sangat ke dengan keluarga ni Is" Ibunya meluahkan perasaanya semasa dia dalam pelukan Iskandar.
"Maafkan Is Mak... sesekali Is tak pernah benci... Is Cuma perlu masa" kata Iskandar pada ibunya.
"Jangan buat macam tu lagi... Mak rindu sangat dengan Is" sedu Maknya. Mak Iskandar mengambil peluang mencium kedua – dua belah pipi Iskandar.
"Is pergi mandi dan solat Asar dulu ye... Nanti kita makan sama – sama ye" kata Ibunya yang begitu gembira dengan kepulangan anaknya yang hampir setahun lebih tanpa khabar berita.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomantikAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.