NEW EMPEROR IN THE DYNASTY, Liya tersenyum melihat gambar lelaki yang dicintainya segak di depan muka depan surat khabar di mana Kak Nisa bekerja. Pagi – pagi lagi Liya turun ke kedai berhampiran untuk membeli surat khabar, Whatsapp Liya meriah berbunyi apabila Acik menghantar kedalam Whatsapp keluarganya. Liya tersenyum bangga dia membaca 4,5 kali artikel yang ditulis oleh Kak Nisa. Di dalam surat khabar tersebut ada beberapa lagi gambar Iskandar yang diambil oleh rakan Kak Nisa yang bertugas sebagai cameraman.
"Uih Cik Liya... Terkeluar mata nanti... Sudah – sudahlah baca, bagi aku pula nak baca "kata Mia tersengih.
"Kejaplah..." kata Liya yang terus membaca artikel tersebut. Kak Nisa yang baru lepas mandi keluar untuk bersarapan dengan Liya dan Mia. Melihat Liya bersungguh – sungguh membaca artikel yang ditulisnya.
"Tengok Kak... Saya nak baca pun Liya tak bagi" kata Mia tersengih. Kak Nisa tersenyum sambil mengambi sekeping roti canai yang di beli Liya.
"Liya jangan sampai masuk surat khabar tu" kata Kak Nisa tersenyum. Liya melihat Kak Nisa dia tersenyum.
"Liya... Akak nak pesan lepas ni kehidupan Is akan berubah, Liya juga mungkin akan berubah. Liya kena bersabar" pesan Kak Nisa pada Liya.
"Berubah... Berubah macam mana?" tanya Liya.
"Akak berani jamin artis pasti akan mencuba... Anak – anak TanSri dan Dato pasti akan mencuba. Silap – silap anak Raja pun akan cuba. Liya kena betul – betul bersabar. Liya yakinkan Is sayangkan Liya" kata Kak Nisa. Liya mengangguk.
Sementara itu di apartment Iskandar dia sedang berada di gym sedang melakukan senaman mingguannya. Dia mendapat panggilan video call dari Ayahnya.
"Assalamuaalikum... Kamu buat apa Is?" tanya Ayahnya.
"Waalaikumsalam... Is tengah jogging" jawab Iskandar termengah – mengah.
"So kamu sedia nak take over 100%?" tanya Ayahnya. Iskandar hanya tersengih.
Is tak pernah terfikir sampai situ lagi. Ayah..." kata Iskandar.
"Habis tu kenapa kamu terima eksklusif interview? Itu indicator kamu terima... Board semua setuju, Pemengang amanah syarikat semua setuju... Semua keluarga besar kita pun terima" kata TanSri Umar.
"Bila ayah buat mesyuarat? Kenapa Is tak tahu?" tanya Iskandar.
"Abang kenapa tak tanya dulu Iskandar pasal benda ni?" suara ibunya jelas dari belakang.
"Mak..." panggil Iskandar. Ibu Iskandar menunjukkan wajahnya sambil tersenyum. Iskandar senyum melihat ibunya.
"Mak dengan Ayah dekat mana sekarang?" tanya Iskandar.
"Mak dengan Ayah dekat Dubai... Lepas balik dari umrah terus dekat sini. Ni pun dekat rumah Abang Amril kamu" kata ibunya.
"Is... Mak dengar kamu ada calon isteri?" tanya Maknya. Iskandar tersenyum.
"Siapa yang bagitahu?" tanya Iskandar.
"Adalah... Mak ambil tahu Sayang. Kata Maknya.
"Tapi bukan Eliza Mak, Mak dengan Ayah okey? Is taknak jadi macam dulu" tanya Iskandar.
"Mak dengan Ayah okey... Baik agamanya, Baik latar belakang keluarganya, kamu rasa dia cantik di mata kamu dan dia boleh berdikari. Mak dengan Ayah akan setuju" kata Maknya.
"Kalau betul, kenapa Ayah letak syarat setahun kalau tidak kena kahwin juga dengan Eliza?" tanya Iskandar.
"Hmmm... Kamu ni Iskandar, benda lain bijak tapi bila dengan Ayah tak pandai read between the line" kata Maknya. Iskandar berkerut memikirkan kata – kata ibunya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.