Setelah hampir 6 bulan bekerja di tempat baru Julia makin sibuk, dia perlu mengambil overtime. Langsung tiada curiga di hati Iskandar. Baginya Julia adalah cinta pertamanya dan mustahil untuk Julia mencuranginya. Julia pulang agak lewat hari tu, jelas diwajahnya dia keletihan. Perjalanan pulang tadi membuatkan dia keletihan hingga dia terlelap dalam perjalanan pulang di dalam subway. Dia terus masuk kedalam rumahnya dan melihat Iskandar sedang menonton televisyen. Iskandar yang mendengar Julia pulang terus melihat kearahnya.
"Sayang... Lambat balik hari ni? Dinner ada dalam microwave" kata Iskandar yang masih memandang kearah Julia. Tetapi tiada balasan dari Julia. Sejak 2, 3 bulan Iskandar perasan akan perubahan Julia. Julia tidak seceria dahulu berbanding pada awal perkenalan dan diawal perkahwinan mereka. Julia terus memasuki biliknya tanpa menegur ataupun menjawab soalan Iskandar.
Julia berada didalam bilik air dan mandi. Fikirannya terawang – awang memikirkan banyak perkara. Selepas mandi Julia terus ke katil dan berbaring sambil menarik selimut. Tiada apa yang dia ingin suarakan. Tiba- tiba pintu bilik dibuka perlahan, Julia terus memejamkan matanya dan berlakon yang dia sedang tidur. Ada sesorang menghampirinya dan berbaring dibelakangnya. Iskandar mengusap rambut Julia perlahan melihat keadaan isterinya yang sedang tidur itu. Iskandar tahu yang sebenarnya Julia tidak tidur tetapi dia tidak mahu menganggu isterinya itu.
"Sayang... If I do anything that hurt your feelings... Im sorry... I love you so much" bisik Iskandar dan mencium lembut pipi Julia. Iskandar melihat reaksi Julia tetapi tiada reaksi, Iskandar terus berbaring sebelah Julia. Selepas seketika Julia mengalirkan air matanya tanpa Iskandar sedari.
Pagi itu, Julia bangun tanpa mengejut Iskandar. Iskandar sedikit terkejut apabila melihat yang dia terjaga agak lewat dan melihat Julia sudah siap untuk pergi kekerja.
"Kenapa Sayang tak kejut Abang?" tanya Iskandar. Tiada jawapan balas dari Julia. Iskandar terus memasuki bilik air dan mandi dengan tergesa – gesa. Apabila dia siap untuk pergi ke kerja, Julia telah meninggalkan apartment tanpa bersalam dengannya ataupun sekurang -kurangnya mereka akan ke kedai kopi berdekatan dengan rumah mereka bersama sebelum menuju ke tempat kerja. Hati Iskandar sedikit terluka apabila melihat yang Julia bersikap begitu pada hari itu. Dia begiu hairan kenapa Julia begitu bersikap dingin dengannya.
Selepas pulang dari kerja, Iskandar cuba mengambil hati isterinya dengan membeli sejambak bunga yang paling disukai Julia. Iskandar tiba dirumahnya, Julia masih belum tiba. Iskandar menunggu dengan penuh sabar. Iskandar hanya mampu menunggu dengan sabar sambil melihat kearah luar tingkap dari apartment mereka. Hampir pukul 10 malam ada sebuah kereta Mercedes S-Class berhenti di depan tangga apartment rumah mereka. Julia keluar dari perut kereta tersebut, Iskandar cuba bersangka baik dengan Julia. Julia terus memasuki pintu, Iskandar hanya melihat kereta tersebut meninggalkan kawasan tersebut.
Bunyi kunci cuba membuka pintu kedengaran, Iskandar hanya mampu menunggu. Julia sedikit terkejut melihat Iskandar yang sedang duduk dikerusi berhampiran dengan tingkap sambil memeluk jambangan bunga tersebut.
"Awal Abang balik?" tanya Julia.
"Awal? Dah hampir pukul 10 Sayang. Sayang pergi mana? Lambat balik?" tanya Iskandar dengan lembut.
"Ju... Ju keluar dengan kawan lepak dengan diorang" jawab Julia. Iskandar dapat merasakan yang Julia cuba menyembunyikan sesuatu darinya.
"Siapa yang hantar Sayang tadi?" tanya Iskandar lagi. Mendengar soalan itu membuatkan Julia mengeluh. Iskandar berjalan dan meletakkan jambangan bunga di atas meja. Julia melihat jambangan bunga tersebut, jantungnya berdebar kuat.
"Itu Boss Julia... Kami keluar makan sama – sama dengan office mate. Dia tolong hantar Julia balik" kata Julia.
"Okay... Tapi lain kali bagitahu Abang kalau nak balik lambat macam ni, buat Abang risau" kata Iskandar. Iskandar cuba bertenang dan menahan perasaan cemburunya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
Storie d'amoreAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.