"Assalamualaikum Liya..." satu suara memberi salam di sebalik telefon Liya.
"Waalaikumsalam Mak..." Liya menjawb dengan penuh senyuman. Kebetulan Liya bersama Is dan mereka sedang minum petang di kedai berdekatan rumah Liya, mereka berdua masih sama. Setiap hari mereka berdua akan pulang bersama dengan MRT. Sejujurnya Liya makin hari makin menyayangi Iskandar.
"Kamu boleh balik Kampung hujung minggu ni?" tanya Ibunya. Is hanya mendengar perbualan Liya.
"Tak pasti lagi Mak... Tapi Liya cuba minta cuti. Kenapa Mak?" balas Liya.
"Kamu balik ye ada hal penting. Abang Long dan Kak Ngah kamu pun balik, ajak Acik balik sekali dengan kamu ye" kata Maknya. Liya mendapat buah fikiran paling terbaik.
"Mak... Kalau Liya balik dengan kawan bolehkan?" tanya Liya pada Maknya itu.
"Boleh... Elok juga kalau kamu ada kawan ikut sekali" kata ibunya.
"Okay apa – apa... Liya bagitahu Mak ye" kata Liya. Dia meletakkan telefonnya dan melihat ke arah Iskandar. Suara ibunya agak berbeza dari selalu, itu membuatkan Liya sedikit kerisauan.
"Is hujung minggu ni Is free tak?" tanya Liya penuh berharap.
"Inshaallah... Is free... Kenapa ye?" tanya Iskandar kembali.
"Liya rasa ini peluang terbaik untuk kenalkan Is pada keluarga Liya. Boleh Is ikut Liya balik Kampung hujung minggu ni?" tanya Liya.
"Boleh Liya. Apa kata Liya ambil cuti hari Jumaat lepas solat Jumaat kita bertolak balik Kampung Liya... Dhila macam mana?" tanya Iskandar.
"Liya minta Acik datang rumah Liya je lah... Tak payah susah – susah Is nak patah balik" kata Liya.
"Kenapa Mak Liya panggil Liya pulang tergesa – gesa" tanya Iskandar. Liya hanya menggeleng kepalanya.
"Tak pernah mak Liya macam ni" kata Liya yang kehairanan.
"Tak apalah hujung minggu nanti tahulah." Kata Iskandar.
Sepanjang minggu itu tiada perkara pelik berlaku, hari yang dinantikan akhirnya tiba. Iskandar selepas solat Jumaat dia terus pulang ke rumah, mujur MakTam telah menyiapkan beg pakaian untuknya. Liya pula memang sudah mengambil cuti pada hari itu, dia cuma menunggu kedatangan Iskandar. Jam menunjukkan waktu 3:30 petang Iskandar tiba di depan apartment Liya. Liya dan Dhila sedia menunggu dibawah. Melihat gadis tersebut berjalan kearahnya membuatkan dia tersenyum.
"Assalamualaikum Abang Is... Tak sangka cepat betul jumpa Abang Is lagi" kata Dhila.
"Waalaikumsalam Dhila... Rezeki tu" kata Iskandar tersenyum.
"Bukan rezeki Abang Is... Jodoh rasanya... Hehehehe" ketawa Dhila. Kata Dhila membuatkan wajah Liya kemerahan. Perjalanan agak tenang, jalan masih belum sesak membuatkan perjalanan keluar dari bandaraya Kuala Lumpur tenang. Selepas seketika, Liya melihat adiknya tertidur. Liya memulakan perbualan.
"Is... Liya tak boleh tidur semalam. Rasa tak senang hati" kata Liya. Hafiz yang terus memandu.
"Liya... Liya fikirkan benda bukan – bukan ni." Kata Iskandar. Liya mengangguk.
"Sepatutnya Is yang kena nervous sebab nak jumpa dengan keluarga Liya" kata Iskandar. Wajah Liya ada rasa risau.
"Liya... Liya yang Is kenal kuat orangnya. Selalu yakin dengan apa yang Liya nak buat. Inshallah, apa – apa pun yang bakal Liya hadapi. Is akan bersama dengan Liya" tambah Iskandar.
"Liya tak perlu risau" kata Iskandar cuba meyakinkan Liya. Iskandar terus mengenggam tangan Liya. Itulah kali pertama Iskandar menyentuh Liya tanpa lapik. Liya pada mulanya terkejut, tetapi kehangatan tangan Iskandar membuatkan Liya membalas genggaman tangan Iskandar. Di tempat duduk belakang ada orang tersenyum melihat tingkah laku kakaknya. Dhila sengaja membuat bunyi membuatkan mereka dengan pantas melepaskan tangan mereka.
Iskandar yang memandu dengan berhati – hati dengan bantuan Liya akhirnya mereka tiba di Kampung Liya di Kuala Lipis. Iskandar membelok kesebuah perkarangan rumah yang kemas dan indah dengan pokok-pokok hiasan yang mengelilingi rumah. Rumah kampung setingkat itu sangat cantik dan memberi ketenangan kepada penghuninya. Keadaan sekeliling yang dipenuhi pokok buahan yang renek dan tinggi membutkan Iskandar teruja.
"Rumah ni rumah arwah atok Liya. Rezeki Ayah Liya bila dia jadi Cikgu dia mengajar dekat sekolah berdekatan. Arwah Atok bagi rumah ni untuk Ayah jaga" terang Liya kepada Is yang teruja melihat rumah tersebut. Di perkarangan rumah tersebut ada 2 buah biji kereta milik Abang Longnya dan Kak Ngahnya.
"Abang Long dengan Kak Ngah dah sampai. Acik kita dah sampai" kejut Liya kepada Dhila sambil melihat kedua – dua kereta tersebut. Mak Leha keluar dan menunggu di muka pintu sambil memerhatikan kearah kereta yang baru masuk ke perkarangan rumahnya itu sambil diikuti oleh Kak Long dan Kak Ngahnya. Liya dan Dhila keluar dari perut kereta sambil diikuti oleh Iskandar, terkedu Mak Leha melihat lelaki yang keluar dari kereta.
Liya dan Dhila terus pergi kearah Mak mereka berdua dan bersalam dengan ibu mereka begitu juga dengan Kakak Ipar dan Kak Ngah merek berdua. Manakala Iskandar berasa gemuruh melihat situasi tersebut, kerana itu kali pertama dia akan berjumpa dengan ibu bapa Liya.
"Liya... Ini siapa?" tanya Mak Leha sambil menunjukkan kearah Iskandar.
"Ini kawan Liya yang Liya cakap dekat Mak tu. Iskandar namanya panggil Is Mak" balas Liya. Dibelakang Liya, Dhila membuat aksi menunjuk sambil berkata tanpa suara.
"Boyfriend Kak Lang" kata Dhila tanpa suara. Berubah sedikit wajah Mak Leha melihat kearah Iskandar.
"Ayah mana Mak?" tanya Liya.
"Ayah kamu ke pekan sekejap" balas Mak Leha dan dia menjemput Iskandar untuk masuk.
"Jemput masuk Iskandar" kata Mak Leha. Iskandar terus menuju kearah Mak Leha dan bersalam dengan Iskandar. Entah kenapa Mak Leha berasa senang bila Iskandar bersalam dan mencium tangganya.
Iskandar terus masuk dan melihat dua orang lelaki sedang berbual sambil menonton televisyen sambil menemani anak mereka yang sedang tidur.
"Is yang tu Abang Long nama dia Dzul, yang sorang lagi tu Abang Ipar Liya nama dia Fawzi panggil Abang Ngah pun okay" kata Liya sambil memperkenalkan kedua lelaki tersebut.
"Abang Long... Abang Ngah ni Iskandar kawan Alang" Liya memperkenalkan Abang abangnya.
"Iskandar jemput duduk" kata Abang Longnya dan terus bersalam dengan kedua -dua mereka. Iskandar duduk bersama mereka dan berbual.
"Iskandar dah lama kenal Liya?" tanya Abang Long.
Pada waktu yang sama Liya bersama dengan Maknya dan saudara yang lain berada di dapur. Kak Longnya terus membancuh air untuk mereka yang berada di ruang tamu.
"Liya bagitahu Mak... Siapa Iskandar tu?" tanya Maknya.
"Kawan Liya mak... Kawan sepejabat Liya" jawab Liya dengan yakin.
"Special untuk kamu?" tanya Maknya lagi. Liya mengangguk. Mak Liya mula risau.
"Kamu tahu kenapa Mak suruh kamu balik minggu ni?" tanya Mak Liya. Liya hanya mengeleng kepalanya.
"Kak Ngah kamu nak buat kenduri aqiqah untuk anak dia esok ..." kata Mak Leha tetapi terputus katanya.
"Okay bagus la macam tu" kata Liya.
"Keluarga Aiman nak merisik kamu Liya" kata MakLeha. Kata – kata itu membuatkan jantung Liya berheti berdegup sedetik keranaterkejut. Dhila terbungkam matanya mendengar kata Maknya itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.