Majlis kenduri Aqiqah yang dirancang berjalan dengan penuh lancar dan meriah. Orang kampung makin ramai yang datang. Selepas waktu Zohor orang makin ramai datang, sehinggakan Keluarga Cikgu Bakar terpaksa bergilir – gilir untuk berehat, mandi dan menunaikan solat Zohor. Iskandar yang baru sudah bersolat membaringkan badannya dan merengangkan badannya. Tiba – tiba Usu memasuki bilik.
"Abang Is..." panggil Usu. Iskandar terus duduk.
"Abang Is dah makan?" tanya Usu lagi.
"Sudah Usu... Abang makan tadi sebelum mandi dengan solat" jawab Iskandar. Ghazi seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Abang Is sukakan Kak Lang?" tanya Ghazi secara tiba – tiba. Terkejut Iskandar mendengar soalan Gahzi.
"Kenapa Usu?" tanya Iskandar kembali.
"Ada kakak-kakak dekat sini minta nombor telefon Abang Is..." kata Ghazi.
"Usu cakap apa?" tanya Iskandar.
"Usu cakap la... Abang Is dah ada girlfriend dengan orang dekat sini" kata Usu. Iskandar tersenyum mendengar cerita Usu.
"Diorang tanya siapa... Usu cakap je lah... Mana boleh bagitahu sebab tunang pun belum" kata Usu.
"Bagus Usu... kalau orang lain tanya Usu jawab saja macam tu" pesan Iskandar tersengih.
"Tapi Abang Is tak jawab lagi soalan Usu... Abang Is suka dengan Kak Lang?" tanya Usu lagi. Iskandar hanya mengangguk sambil tersenyum pada Usu. Usu seperti berpuas hati dengan jawapan Iskandar.
"Apa yang Usu buat betulah. Jangan risau Abang Is, Usu akan pertahankan Abang Is dari perempuan gatal." Kata Usu dengan penuh yakin. Iskandar dan Usu keluar bersama selepas Iskandar berehat seketika.
Orang kampung berkurangan apabila waktu menjejak pukul 3 petang. Liya mula rasa lega kerana kelibat Aiman dan keluarga tidak kelihatan. Kalau mengikut apa yang diberitahu Mak Leha mereka akan datang pada pukul 2 petang. Jam didinding mula menginjak ke 3:45 petang.
"Bila Aiman nak datang?" tanya Iskandar pada Liya.
"Ntah tak datang pun bagus" kata Liya jelas diwajah Liya dia menyampah dengan nama Aiman. Iskandar sedar yang Liya langsung tidak mempedulikan Aiman lagi. Sedang mereka mula mengemas rumah dan membersihkan kawasan rumah, 3 buah kereta memasuki kawasan rumah Keluarga Pak Bakar. Wajah Liya berubah melihat pemandu kereta pertama yang memasuki perkarangan rumahnya dia terus masuk tanpa berkata apa – apa pada Iskandar.
Melihat Pak Bakar dan Mak Leha menyambut tetamu tersebut, Iskandar terus memasuki bilik, dia merasakan itu bukan tempat dia untuk masuk campur urusan keluarga Pak Bakar dan Mak Leha. Dia sendiri berdebar dengan perbincangan yang bakal berlangsung antara Keluarga Liya dan Keluarga Aiman. Rasa cemburunya mula membuatkan dia berfikir yang bukan – bukan. Terfikir dihatinya untuk pulang sahaja ke Kuala Lumpur petang itu juga.
"Is... keluar kejap" panggil suara Pak Bakar. Iskandar dengan berat hati keluar dari bilik.
"Kenapa kamu sembunyi... Kamu sebahagian dari keluarga. PakCik nak kamu ada sekali" kata Pak Bakar. Pada masa yang sama Liya keluar bersama dengan Kak Ngahnya. Mereka melihat kearah sesama sendiri. Liya terus duduk disebelah Mak Leha manakala Iskandar duduk bersama Abang Long dan Abang Ngah Liya. Iskandar dapat memerhatikan yang Aiman melihat kearahnya dengan rasa marah dan benci kepadanya. Iskandar tidak pasti bagaimana, tetapi Aiman mengenalinya.
"Mengenai apa yang kita bincangkan tadi... saya tak nak paksa anak saya" kata Pak Bakar.
"Apa yang saya difahamkan... Aiman dan Liya sudah tak berhubungan lagi hampir 5 bulan." kata Pak Bakar.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomantikaAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.
