Chapter 44: Ke Aspen

4.8K 62 2
                                    

Perjalanan malam itu tenang, Iskandar yang duduk di hadapan sedang bercakap dengan seseorang melalui telefonnya. Liya membiarkan sahaja Is berbual. Acik seperti pelik dia melihat keluar kerana itu bukan perjalanan ke arah KLIA mahupun KLIA 2.

"Akak kita nak pergi mana ni? Ini bukan ke KLIA" kata Acik. Liya hanya menahan adiknya, selepas Iskandar menamatkan panggilannya.

"Liya... Acik... Mak Abang Is kirim salam, tak sabar dia nak jumpa dengan Liya dengan Acik" kata Iskandar tersenyum. Liya dan Acik membalas salam.

"Is... Ini bukan jalan ke KLIA kan?" tanya Liya.

"Ya... Kita bukan ke KLIA... Flight kita akan dari Subang" kata Iskandar.

"Tapi dekat Subang tak ada international flight kan?" tanya Acik.

"Ya memang tak ada" kata Iskandar tersenyum. Liya dan Acik berasa pelik dengan senyuman Iskandar. PakTam juga tersenyum dengan perbualan mereka bertiga. Malam itu perjalanan ke Subang agak sibuk memandangkan malam itu merupakan malam minggu. Akhirnya kereta yang dipandu PakTam tiba di Subang, tetapi PakTam tidak berhenti di pintu utama Airport Subang dia terus melajakkan kereta yang dipandunya sedikit kehadapan dari pintu utama. Ketibaan mereka disambut oleh dua orang pekerja.

"PakTam tak payah turun... Saya bawa keluar beg... PakTam boleh balik terus ya" kata Iskandar. PakTam hanya mengangguk. Iskandar terus keluar dan diikuti oleh Liya dan Acik. Seorang pekerja menegur Iskandar.

"Good evening, Mr. Iskandar... Welcome to Subang Skypark." Kata pekerja tersebut.

"Evening... Can you please help me carry the luggage? Here our passport" kata Iskandar. Pekerja lelaki itu terus membuka trunk kereta dan mengeluarkan 3 buah luggage milik mereka bertiga. Iskandar menyerahkan passport mereka bertiga kepada pekerja wanita tersebut. Pada ketika itu, ada beberapa lensa kamera mula mengambil gambar Iskandar bersama dengan Liya. Mereka bertiga terus masuk kedalam banggunan khas yang terasing dari Airport Subang. Mereka dibawa kesebuah bilik menunggu.

"Mr. Iskandar this your room. I will call your Captain for briefing. Does anyone of you would like to have meals or drinks? Tanya pekerja tersebut sambil tersenyum. Iskandar melihat kearah Liya dan Acik.

"Liya... Acik... Nak makan atau minum apa – apa?" tanya Iskandar. Mereka berdua masih dalam keadaan teruja. Mereka cuma menggelengkan kepalanya. Iskandar hanya tersenyum.

"2 latte and 1 fresh orange..." kata Iskandar. Pekerja tersebut tersenyum dan terus menghilangkan diri. Liya terus bertanya pada Iskandar.

"Is... Kita naik flight apa ni? Tanya Liya. Iskandar hanya melihat kearah Liya.

"Kita naik guna flight milik keluarga Is" kata Iskandar. Terkejut Liya dan Acik mendengar. Pada hemat Liya dia sudah melihat kekayaan keluarga Iskandar apabila menaiki helicopter peribadi. Kali ini dia kembali sedar betapa jauhnya kekayaan keluarga Iskandar. Krew Kapal terbang Iskandar tiba dan memberi sedikit penerangan tentang penerbangan malam tersebut.

Tepat pukul 10 malam, Iskandar, Liya dan Acikmula bergerak ke ruang pelepasan. Passport mereka dipulangkan kepada mereka dansebuah kereta sedang menunggu mereka. Mereka dibawa oleh pekerja Skypark kesebuah kapal terbang.

 Mereka dibawa oleh pekerja Skypark kesebuah kapal terbang

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang