Kereta yang berwarna kelabu gelap menysusuri lebuh raya petang Ahad itu. Pada asalnya kereta tersebut patutnya tiga penumpang kini hanya ada dua penumpang. Dhila yang memulakan cuti semester terus tinggal di kampung. Iskandar memandu dengan berhati – hati, kerana ketika itu dia membawa orang yang dia sayang.
"Liya..." panggil Is. Liya terus memandang ke arah Iskandar sambil memusingkan badannya.
"Ye... Baby" kata Liya cuba mengusik Iskandar dengan membuat aksi manja menggada. Iskandar ketawa perlahan melihat aksi Liya.
"Thanks, bawa Is balik Kampung Liya. Bawa jumpa keluarga Liya" kata Iskandar.
"Lega la tu..." usik Liya lagi sambil tersengih.
"Mesti la lega... Dah ganti Liya jadi anak kesayangan Mak dengan Ayah Liya" kata Iskandar tersenyum.
"Amboi... nak ambil parents' orang... Tak malu" kata Liya.
"Is ambil parents Liya... Liya ambil parents Is... Kita tukar" cadang Iskandar sambil tersenyum.
"Nak tukar macam mana?" tanya Liya.
"1st step... Liya kena buat passport... 2nd Liya kena jumpa parents Is baru boleh kita tukar" kata Iskandar.
"Kenapa perlu sampai berpassport? Rumah Is dekat Penang je kan?" tanya Liya.
"Betul... tapi kita tak akan jumpa parents Is dekat Penang... Minta Acik buat passport juga ye... Kita pergi bila dia cuti hujung sem nanti dan pastikan bawa baju winter yang Is bagi tu" jawab Iskandar. Terkejut Liya bila mendengar ajakan Iskandar.
Esok seperti biasa Liya menantikan Iskandar di MRT dan seperti biasa juga Iskandar terlebih dahulu sampai dengan setia dia menunggu Liya. Setiap kali dia melihat Iskandar menunggunya, setiap kali itulah dia akan jatuh cinta, hatinya sentiasa berbunga – bunga melihat lelaki itu. Liya begitu yakin yang Iskandar boleh menjadi suami yang baik untuknya selepas membawa Iskandar pulang ke kampungnya. Setelah bersarapan dengan Iskandar, dia terus masuk kepejabatnya dan memulakan kerja.
"Aik happy lain macam pagi ni?" tanya Kak Ana jiran meja Liya di pejabat.
"Tak ada apa – apa la Kak. Happy sebab baru balik Kampung jumpa orang tua" kata Liya.
"Owh cuti minggu lepas sebab balik Kampung la ye?" tanya Kak Ana.
"Ye... Kakak Liya dia buat kenduri Aqiqah." Jawab Liya. Kak Ana mengangguk.
"Nanti tahan telinga ya dengan En Zack" pesan Kak Ana.
"Kenapa?" tanya Liya dengan rasa hairan.
"Dia bising – bising kamu tak ada minggu lepas. Siap cakap project tak siap... ambil cuti." Kata Kak Ana lagi.
"Masalahnya dia yang luluskan cuti Liya... Lepas tu marah - marah" Liya mula merungut.
"Buat kerja Liya... En Zack dah masuk office" kata Kak Ana. Liya terus membuka computer Mac pejabatnya dan juga laptopnya dan memulakan kerja designnya.
Penyelia Liya yang bernama Zack sedang berada dipejabatnya sementara menunggu seseorang rakannya. Rakannya itu tersengih apabila melihat Zack sedang membaca email dikomputernya.
"Zack... Jom minum dulu?" ajak Bad. Zack terus bangun dan keluar mengikut Bad.
"Kejap" kata Zack dan terus menuju ke meja Liya.
"Nanti hantar design bilik hotel untuk project Maldives" kata Zack.
"Tapi... En Zack belum review design saya sebelum ni saya dah hantar" kata Liya. Muka Zack berubah kerana dia tersilap dan terlupa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.