Chapter 26: Hadiah Tidak Terduga.

4.7K 66 4
                                    

Seharian mereka bertiga meluangkan masa di Midvalley. Kenangan manis yang tercipta membuatkan Liya lebih yakin dan dia perlu lebih berani sekiranya dia ingin tahu tentang kebenaran yang dicari – cari. Seketika Liya dan Dhila menghabiskan masa antara mereka berdua, Iskandar menghilangkan diri seketika. Liya cuba mencari dan dia cuba menelefon Iskandar tetapi tiada jawapan. Tidak lama kemudian Iskandar muncul dia hanya tersenyum pada Liya.

"Kenapa Is... Senyum lain macam?" tanya Liya mencurigai senyuman Iskandar.

"Tak ada apa – apa... Liya." Balas Iskandar.

Liya... Kita pergi Universal Traveller kejap ye" pinta Iskandar. Liya hanya mengangguk tetapi dia ada rasa curiga dengan senyuman tersebut. Mereka bertig terus menuju ke Universal Traveller kedai yang menjual pakaian musim sejuk. Apabila mereka tiba disitu Iskandar melihat baju sejuk yang dipamerkan disitu. Liya yang melihat hanya menelan air liur dan meletakkan kembali baju sejuk tersebut.

"Liya... Dhila ada winter clothing?" tanya Iskandar.

"Tak ada Is... Kami mana pernah pergi luar negara... Overseas Liya pergi Penang dengan Sabah je la... Over the sea" sambil ketawa. Iskandar hanya tersenyum mendengar jenaka Liya.

"Liya dengan Dhila pilihlah baju mana berkenan" arah Iskandar. Mendengar kata – kata Iskandar membuatkan Liya dengan Dhila terkejut.

"Abang Is... Serious ke?" tanya Dhila dengan mata yang membulat besar.

"Is... Jangan la macam tu. Is banyak belanja sangat ni" kata Liya yang makin serba salah.

"One day Liya akan kena pakai winter clothing ni. Percaya la cakap Is" kata Iskandar.

"Kalau Liya perlu pergi baru la beli" kata Liya

"Liya anggap je ni hadiah awal birthday Liya. Lagipun adik Liya akan ada trip ke Korea. Dia perlukan baju sejuk" kata Iskandar yang mengetahui perkara tersebut melalui perbualan mereka sepanjang mereka di Midvalley.

"Is...." kata Liya. Dia sebenarnya terharu, kerana Dhila meminta bantuan kakaknya utuk membuat persedian untuk ke Korea. Mereka berdua kalau seboleh – bolehnya tidak mahu meyusahkan kedua ibu bapa mereka.

"Kalau Liya tak tahu nak pilih... Is pilihkan untuk Liya, Okay" kata Iskandar. Iskandar terus memilih beberapa helai baju untuk Liya dan juga Dhila. Liya melihat pilihan Iskandar dia langsung tidak merungut cuma dia terkejut kerana pilihan Iskandar mengikut citarasa Liya.

Selepas selesai membeli belah, Iskandar dan Liya menghantar Dhila pulang ke universitynya. Apabila mereka tiba. Dhila mengucapkan terima kasih pada Iskandar tanpa henti.

"Abang Is... Terima kasih sangat. Belanja Dhila banyak hari ni" kata Dhila tersengih.

"Tak mengapa Dhila... Abang Is ikhlas belanja Liya" kata Iskandar.

"Tapi... Still Dhila terhutang budi... Abang Is baru je kenal Dhila... Tapi belanja macam belanja adik ipar dah ni" gurau Dhila. Iskandar hanya tersenyum mendengar kata – kata Dhila. Liya sempat mencubit tangan adiknya.

"Okey Dhila bila – bila kita jumpa lagi ye" kata Iskandar.

"Eh... Abang Is nak jumpa Dhila tiap – tiap minggu pun tak apa... Tapi kena la bawa Kak Lang" ketawa Dhila lagi.

"Okey la Achik... Kak Lang balik dulu ye. Study jangan lupa" kata Liya pada adiknya. Dhila terus bersalam dengan kakaknya dan dia memeluk kakaknya sambil berbisik.

"Kak Lang kena tanya kalau nak tahu siapa Abang Is" bisik Dhila. Mereka berdua akhirnya meninggalkan Dhila dan Iskandar mula memandu untuk menghantar Liya pulang. Liya betul – betul memikirkan apa yang dipesan oleh adiknya untuk bertanya tanpa menyinggung perasaan Iskandar.

"Is... terima kasih Is... Hari ni banyak Is belanja Liya dengan Acik" kata Liya.

"Liya bukan selalu Is belanja kan... Kalau Is belanja pun selalu dekat anak saudara Is saja. Diorang pun bukan tinggal disini" balas Iskandar.

"Hmmm... "keluh Liya.

"Kenapa Liya?" tanya Iskandar.

"Liya ada banyak benda nak tanya... Tapi Is jangan marah dengan Liya okay" pinta Liya. Iskandar hanya mengangguk.

"Is... Siapa Is sebenarnya?" tanya Liya. Banyak perkara yang terbuku dihatinya. Iskandar tidak menjawab soalan itu.

"Is... Rasanya Is tahu perasaan Liya pada Is... Liya pun rasa apa yang Is rasa. Cuma Liya nak kenal siapa Iskandar sebenar – benarnya." Kata Liya lagi.

"Hmmmm..." Iskandar melepaskan nafas yang panjang sambil mendengar kata – kata Liya

"Is... Liya sendiri tak tahu nama penuh Is. Liya cuma tahu pasal Is semua perkara on the surface saja. Is lagi tahu pasal Liya dari Liya pasal Is" kata Liya dengan bersungguh. Is memikirkan apa yang dikatakan oleh Liya. Iskandar menghentikan keretanya disebuah café franchise berdekatan.

"Liya kita minum coffee dulu... Is janji Is bagitahu semua perkara tentang Is. Apa sahaja yang Liya nak tahu" Kata Iskandar.

Mereka berdua masuk kedalam café tersebut dan membuat pesanan dan mereka terus duduk di sebuah penjuru supaya tiada sesiapa akan menganggu mereka berdua.

"Apa yang Liya nak tahu?" tanya Iskandar.

"Nama penuh Is?" tanya Liya. Iskandar menghirup air caramel macchiato yang terhidang sebelum menjawab soalan Liya.

"Amer Iskandar B. Amer Umar" jawab Iskandar. Mendengar nama yang disebut Is, terkedu Liya mendengarnya. Matanya tebungkam bulat.

"Is anak TanSri Amer Umar???" tanya Liya berbisik. Iskandar hanya menganguk.

"Is anak kepada pemilik AGV" kata Liya lagi. Iskandar mengangguk.

"Is... CEO tempat kita kerja?" tanya Liya lagi. Is mengangguk lagi.

"Kenapa Is tak nak bagitahu tentang Is?" tanya Liya.

"Kalau Is bagitahu Liya, Liya nak berkawan dengan Is?" tanya Iskandar. Liya tidak mampu memberi jawapan. Sekiranya dia tahu sudah pasti caranya akan berbeza. Tetapi ada perkara yang mula menganggu fikiran Liya. Kalau diteruskan perhubungan itu, darjat mereka berdua terlampau jauh.

"Liya... Sejujurnya Is memang sukakan Liya, Is sayangkan Liya. Jangan Liya sesekali fikirkan pasal darjat" kata Iskandar yang dapat mengagak apa yang difikirkan Liya.

"Liya... Is harap Liya boleh terima Is macam orang biasa. Is pun orang biasa" kata Iskandar.

"Tapi Is... Perbezaan darjat itu pasti ada Is... Keluarga Liya terlampau biasa kalau nak dibandingkan dengan keluarga Is" kata Liya.

"Macam ni Liya... Kalau Liya sudi boleh Is jumpa dengan Ayah dan Ibu Liya. Is ikhlas sayangkan Liya" kata Iskandar. Pada masa yang sama dia mengeluarkan sebuah kotak Habib Jewels dan menyerahkan pada Liya.

"Is bagi ni, tanda ikhlas Is pada Liya. Liya adalah pemegang kunci hati Is" kata Iskandar sambil memandang tepat kearah mata Liya. Liya membuka kotak tersebut ada seutas gelang tangan yang mempunyai bentuk hati dan kunci. Terkejut lagi Liya apabila melihat gelang tersebut, dia tidak mampu berkata apa – apa.

Malam itu Liya berbaring diatas katil diamelihat gelang yang dipakaikan Iskandar tadi. Fikiran Liya serba salah tetapihatinya gembira, keikhlasan dan kesungguhan Iskandar ingin berjumpa dengan ibudan bapanya. Tetapi Iskandar meminta Liya tidak menceritakan dan memberitahupada sesiapa tentang dirinya. Pada rakan serumah Liya, dia masih mahumerahsiakan status dan identitinya. Liya pula mula merancang bila dia perlumemperkenalkan ibu dan ayahnya kepada Iskandar.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang