*** mature content***
Gadis itu berjalan dengan penuh amarah, keluar dari pejabat bangunan tersebut. Dia terus menuju kesebuah kereta yang menunggu gadis tersebut. Dia terus memasuki kedalam kereta tersebut.
"Macam mana? Dapat jumpa tak?" tanya seorang wanita yang sedang menunggu Eliza.
"Dapat jumpa tu... Memang dapat... Masalahnya kena halau kut" kata Eliza kepada Zufa yang merupakan pengurus Eliza.
"Kau kata dia bestfriend kau masa dekat US." Kata Zufa. Eliza tidak membalas kata – kata Zufa.
"Kita kena make sure kau sentiasa popular... Dan wartawan sentiasa cari gossip and story pasal kau" kata Zufa.
"Maybe aku kena tukar style mungkin" kata Eliza.
"Kau nak tukar style macam mana?" tanya Zufa.
"Kalau tengok girlfriend dia masa kitaorang study dia suka orang yang suka lemah lembut" kata Eliza.
"Itu memang bukan kau la Eliza" tawa Zufa.
"Tapi kalau aku nak buat dia suka dekat aku... Aku kena la berlakon... Mesti berlakon depan dia" kata Eliza.
"Tapi kalau susah sangat kita buat story kau bercinta dengan Norman pelakon lelaki baru popular tu... Lagi senang rasanya." Kata Zufa.
"Lagi senang??" tanya Eliza
"Lagi senang... Dengar cerita dia tu Playboy... by the time kita nak breakup kita cakap je lah Norman curang... Ramai orang akan simpati dengan kau... Lagipun aku dengar dia memang tengah cuba nak buat drama dengan kau" kata Zufa.
"Hmmmm" Eliza mengeluh.
"Aku tak suka bila bapa Iskandar bagi masa setahun untuk dia" kata Eliza.
"Aku tak faham la Eliza... Family kau dah kaya. Kenapa kau mesti nak juga dengan anak Tan Sri Amer ni" tanya Zufa.
"Kau ingat semua Dato ni kaya ka?" tanya Eliza pada Zufa. Zufa mendengar
"Keluarga aku kaya sebab harta belah mak aku saja... Aku ada duit sikit sebab aku rajin buat product review masa zaman instafamous." Kata Eliza.
"Yang kau belajar dekat US boleh ja bapa kau tanggung" kata Zufa.
"Bapa aku tangung!!!... Kalau mak aku dan bapa aku tak mulut manis... Jangan harap la Bapa Is tu nak tanggung aku belajar dekat US under Yayasan Bapa dia." Kata Eliza.
"Ya memang keluarga aku consider berduit la... Tapi kalau kahwin dengan dia aku dah tak payah kerja 7 keturunan. Lagipun dia handsome" kata Eliza sambil tersenyum. Ketika itu semasa Eliza bercerita Zufa sedang membaca mesej.
"Kalau dia handsome tapi tak berharta macam mana?" tanya Zufa menduga.
"You know me... sebab tu bila kau cakap pasal Norman malas aku nak layan" balas Eliza.
"Ni Abang Penerbit kau tengah cari kau? Nak pergi sana ke?" tanya Zufa sambil menunjukkan mesej yang diterimanya.
Zufa... Minta Eliza datang sini...
I ada tawaran drama...
Sekarang juga ye...
Minta Eliza bawa fresh milk ye. ;-P
"Pergi je lah... Aku tengah angin ni" kata Eliza
Kereta yang dipandu oleh Zufa terus bergerak laju meninggalkan kawasan Bukit Bintang.
***********************************
Sementara itu Aliya sedang membeli makanan untuk makan tengah harinya. Dia langsung tidak mengharap untuk berjumpa dengan Iskandar pada waktu tengah hari kerana dia tahu kesibukan kerja Iskandar. Dia mula menjamah makanannya sambil melihat suasana Kuala Lumpur pada waktu tengah hari, orang keluar masuk kedalam bangunan berdekatan menyebabkan dia sedikit khayal. Khayalannya dikejutkan oleh bunyi telefonnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.