Chapter 43: Apa Lagi???

4.9K 55 0
                                    

Seperti yang dikatakan Iskandar hari itu Liya dan Achik akan mengikut Iskandar berjumpa dengan keluarga Iskandar. Setelah mendapat kebenaran untuk pulang awal, Liya sedang sibuk mengemaskan barang – barangnya bersama dengan adiknya. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan Liya rasa tidak senang, wajah Liya jelas yang dia tidak gembira. Achik hanya melihat keadaan kakaknya yang tidak berbual dengan dia seperti biasa.

"Akak... Kenapa murung je? Selalu kalau akak kalau nak keluar dengan Abang Is selalu happy je?" tanya Achik. Liya tidak menjawab soalan adiknya itu.

"Akak... Kenapa ni?' tanya Achik lagi.

"Akak rasa tak senang la Achik" kata Liya.

"Kenapa?" tanya Achik kembali.

"Sejak orang mula kenal siapa Abang Iskandar... Ada sesetengah orang dekat office selalu kata Akak gunakan Abang Is." Kata Liya.

"Diorang selalu kata Akak tak sayangkan Abang Is. Akak cuma mahukan harta Abang Is. Akak nak kikis harta Abang Is" kata Liya kecewa air matanya menitis.

"Akak... Biarkanlah apa orang nak kata Kak... Biasalah kak bila perempuan rapat dengan lelaki yang datang dari keluarga senang orang akan cakap macam tu" kata Achik.

"Akak dah fikir semua tu Achik... Tapi bila kawan akak dekat pejabat pun boleh fikir macam tu... Sedih Cik" kata Liya.

"Akak pernah cakap yang akak kenal Abang Is sebelum Akak sendiri tahu yang Abang Is tu anak Tan Sri Umar" tanya Achik. Liya mengangguk.

"Tapi siapa pun tak percaya... Diorang ingat Akan saja rahsiakan sebab tak nak bersaing dengan diorang" kata Liya.

"Kita siapa Achik kalau nak compare dengan diorang. Seksi, bergaya," kata Liya.

"Tapi Abang Is masih pilih akak... Dia tak pernah pula pandang orang lainkan" kata Achik

"Kak Nisa dengan Kak Mia macam mana?" tanya Acik

"Kak Nisa dengan Kak Mia okay. Diorang lagi tahu macam mana akak kenal dengan Abang Is" jawab Liya.

"Alah Akak... Biarkan aja... At least akak ada Kak Nisa dengan Kak Mia... Tak payah difikirkan sangat pasal kawan pejabat akak. Acik tahu Akak jenis nak jaga hati semua orang... Hati Akak jenis lembut" kata Acik. Liya tersenyum mendengar kata adiknya itu.

"Sekarang ni Mak dengan Ayah dah bagi restu... Cuma sekarang ni Akak nak minta restu parents Abang Is saja" kata Achik.

"Lepas Akak kahwin mesti orang tak cakap banyak dah lepas tu" kata Achik lagi. Pujukan adiknya sedikit sebanyak menenangkan hatinya. Mereka terus mengemas dan menyiapkan pakaian mereka. Liya yang habis mengemaskan begnya bangun dan terus memakai tudungnya.

"Achik... Akak nak pergi kedai depan apartment... Nak beli toiletries... Nak pesan apa – apa tak?" tanya Liya.

"Kalau Akak nak pergi Family Mart... Oden and Pudding please..." sengih Acik. Liya tersenyum melihat adiknya itu. Liya terus turun kebawah dan berjalan keluar dan menuju kearah kedai serbaneka itu. Jam menunjukkan waktu 1:45 petang, hanya ada beberapa orang yang berada di dalam kedai serbaneka tersebut memandangkan hari itu merupakan hari Jumaat. Liya terus memasuki kedai tersebut.

"Liya..." panggil satu suara. Liya memusingkan kepalanya, Aiman tersengih melihat Liya.

"Aiman buat apa dekat sini?" tanya Liya jelas yang dia terkejut.

"I tengah tunggu you" kata Aiman tersenyum.

"Tak kerja? Tak pergi Solat Jumaat ke?" tanya Liya. Pertanyaan Liya tidak dijawab oleh Aiman. Dia sedar tentang kebodohannya.

"Liya you nak makan apa – apa? I belanja" kata Aiman.

"Tak... I dah makan" balas Liya. Dia terus pergi dan mencari barang yang dia ingin beli dan barang yang dipesan oleh Acik.

"Liya... Esok you free?" tanya Aiman sambil membontoti Liya.

"Maaf Aiman... Esok I ada hal" kata Liya.

"Lusa?" tanya Aiman lagi

"I busy Aiman" jawab Liya.

"Minggu depan... Please?" tanya Aiman lagi. Liya menarik nafasnya dalam – dalam.

"Aiman... Cukuplah... Kita dah tak ada apa – apa lagi. Awak sendiri tahu saya bersama dengan siapa sekarang" kata Liya.

"Kau suka dengan dia sebab dia kayakan? Keluarga aku tak sekaya keluarga dia. Dia mesti dah tabur banyak duit dekat kau kan?" kata Aiman.

"Aiman... Awak memang salah sangka dengan Liya... Salah sangka dengan Iskandar" kata Liya.

"Liya kenal Iskandar sebelum dia umumkan dia CEO ataupun anak TanSri Umar" jawab Liya.

"Ahh... Kau boleh cakap... Silap – silap kau memang dah tidur dengan dia" kata Aiman. Mendengar tuduhan Aiman, telinga Liya berdesing. PANGGGG, tamparan kuat di pipi Aiman. Orang disitu mula melihat drama yang berlaku didepan mata mereka.

"Kau ingat aku jenis murah Aiman... Aku bersyukur sebab Allah tunjukkan perangai kau yang sebenar sebelum kita kahwin ataupun bertunang" kata Liya. Dia terus membayar dan terus keluar dari kedai. Hati Liya cukup panas pada ketika itu, dia terus menaiki lift dan menuju kerumahnya. Liya memberikan barang yang dipesan oleh Achik dan terus ke bilik air dan mengambil wudhu dan terus menunaikan solat Zohor, marahnya mula sejuk.

Malam itu Liya dan Achik sedang menunggu panggilan dari Iskandar. Kak Nisa dan Mia juga sedia menghantar mereka kebawah. Sementara menunggu mereka sedang berbual.

"Flight korang pukul berapa?" tanya Mia.

"Tak pasti pula Mia, Is cakap lepas Isya dia akan jemput kami berdua" jawab Liya.

"Bestkan... Bercuti dekat overseas. Untung Achik" kata Mia sambil tersengih.

"Achik menumpang untung Akak je" kata Achik.

"Berapa lama korang bercuti ni?" tanya Kak Nisa pula.

"Kalau ikut plannya 1 minggu" kata Liya lagi.

"Akak doakan semua di permudahkan... Lagi satu tangkap la gambar semua keluarga TanSri Umar. Teringin nak tengok semua ahli keluarga TanSri" kata Kak Nisa.

"Kak Nisa jangan tiba – tiba masuk paper atau magazine pula" kata Liya tersenyum.

"Tak lah... Akak memang minat dengan keluarga TanSri Umar. Keluarga yang best untuk diikuti. Liya jangan rasa insecure pula. Keluarga Is tu memang cantik – cantik dan kacak – kacak semuanya" kata Kak Nisa.

"Kan kita dah pernah tengok gambar keluarga Is." Kata Liya.

"Gambar tak sama dengan tengok depan – depan. Liya tengok Iskandar gambar ke handsome atau depan – depan?" kata Kak Nisa. Liya terkedu apabila menerima pertanyaan Kak Nisa, pipinya kemerahan menahan malu. Soalan sebegitu ditanyakan kepadanya dihadapan adiknya. Mereka semua tersenyum apabila melihat Liya malu – malu. Mujur telefon Liya berbunyi di screen telefonnya terpampang wajah Iskandar tersenyum. Liya terus menjawab panggilan tersebut, selepas seketika.

"Is dah ada dekat bawah... Acik Jom." Ajak Liya. Mereka berempat turun bersama dengan 2 buah luggage besar yang dibantu oleh Kak Nisa dan Mia. Apabila mereka tiba dibawah Pak Tam dan Iskandar sedang menunggu di bawah, melihat mereka berempat keluar dari lobby apartment. Iskandar tersenyum melihat perempuan yang dia cintai dan bakal diperkenalkan kepada keluarganya.

"Assalamualaikum... PakTam... Is..." Liya memberi salam. Acik menundukkan kepalanya tanda hormat kerana itu kali pertama dia berjumpa dengan PakMat. Iskandar terus mengambil beg mereka berdua dan memasukkan kedalam trunk kereta.

"Is... jaga Liya dengan Acik bebaik" kata Kak Nisa.

"Inshaallah... itu sudah pasti" kata Iskandar tersenyum.

"Kak Nisa dengan Mia akan doakan, semua perkara dimudahkan" kata Kak Nisa sambil tersenyum.

"Terima kasih Kak... "kata Iskandar.

"Liya... Acik... Jom kita gerak sekarang" ajakIskandar. Sementara menunggu mereka semua bersalam PakTam terus memasukikedalam kereta dan menunggu. Sementara itu Iskandar hanya melihat aksi rakanserumah itu. Setelah selesai mereka bertiga memasuki kedalam kereta dan keretayang dipandu oleh PakTam mula bergerak. Kereta yang dipandu secara tenang itutelah diikuti oleh beberapa orang.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang