Chapter 46: Holiday 2

6.4K 61 1
                                        

Malam itu mereka sekeluarga bersama – sama menikmati makan malam. Liya dan Acik sememangnya menjadi sasaran buat Kak Yana (1st Kakak), Kak Aria (2nd Kakak) dan Kak Nadia(Kakak Ipar). Iskandar hanya melihat kearah Liya yang tersipu – sipu melayan Kakak dan Iparnya. Manakala Acik begitu seronok melayan anak – anak saudara Iskandar. Iskandar lega melihat penerimaan keluarganya dengan ahli keluarga Liya.

"Is... Bila lagi?" tanya Abang Akmal (1st in law)

"Bila?" tanya Iskandar kembali pada Abang iparnya.

"Kahwin la" kata Abang Iparnya.

"Kena tunggu Mak dengan Ayahla kalau diorang setuju" kata Iskandar. Liya mencuri dengar apa yang dibualkan Iskandar dia hanya tersenyum sendiri. Malam itu sememangnya Liya dan Acik disambut dengan meriah dan mesra. Liya mula berasa senang dengan keluarga Iskandar. Tidak disangkannya keluarga Iskandar yang digambarkan di dalam televisyen dan akhbar.

"PakSu... Esok kita pergi skiing boleh?" ajak anak saudara Iskandar yang paling sulung.

"Boleh aja... "kata Iskandar.

Boleh ajak MakSu sekalikan?" kata anak saudara perempuan Iskandar. Tersedak Liya mendengar kata – kata anak buah Iskandar.

"MakSu... Syaza?' tanya Kak Yana sambil tersenyum pada anak perempuan bongsunya.

"Yelah... MakCik Liya ni bukan MakSu ke?" tanya Syaza tanpa rasa berslah.

"Belum lagi lah Syaza... Tapi MakCik Liya dengan MakCik Dhilah boleh je ikut" kata Iskandar tersenyum pada anak buahnya itu. Setelah selesai makan malam Liya meminta Acik mengambil beg yang dibawanya sejak dari KL dan dia menyerahkan cendera hati untuk saudara saudara Iskandar. Iskandar terkejut kerana kain yang dibeli oleh Liya sebagai cenderahati bukannya murah.

"Maaf ye Kakak, Abang, MakCik dan PakCik... Liya mampu beli kain je... Nak belikan baju tak tahu saiz. Itu yang beli kain saja" kata Liya merendah diri.

"Eh Liya... Jangan cakap macam tu... Cantik kain ni" kata Mak Iskandar tersenyum sangat berpuas hati. Iskandar tahu yang ibu dan kakaknya suka dengan kain yang Liya belikan.

"Ni yang lelaki ni sama colour boleh la buatkan untuk hari bertunang ke? kahwin ke?" kata TanSri Umar pada semua anak dan menantu lelakinya.

"Banyak Liya belanja" kata Is berbisik pada Liya.

"Is lagi banyak belanja keluarga Liya" balas Liya sambil tersenyum.

"MakCik Liya tak beli hadiah dekat kita orang ye... kami kecewa" kata kata Syafiq anak saudara Sulung Iskandar yang berlakon penuh kekecewaan.

"Amboi Syafiq dramatic sangat ni... Tak malu minta hadiah" kata ibunya Kak Yana.

"Ada... MakCik Liya ada beli. Kamu pergi ambil di dalam bilik Paksu" kata Iskandar. Mendengar kata Iskandar mereka terus berlari. Liya sendiri teruja apa yang dibelikan oleh Iskandar untuk anak buahnya.

"Wow... Terima kasih MakCik Liya" kata semua anak saudara Iskandar. Liya hanya tersenyum, anak saudara perempuan Iskandar semua diberikan samada set lego ataupun Barbie. Manakala untuk anak saudara lelaki, hadiahnya mengikut minat anak buah lelakinya.

"Macam mana MakCik Liya tahu minat kami" tanya Syafiq. Liya sedikit terkedu dengan pertanyaan Syafiq. Iskandar terus memotong Liya.

"MakCik Liya tanya PakSu la... Apa yang kamu semua suka" kata Iskandar. Malam itu Liya dan Acik melayan anak buah Iskandar dengan bermain dengan mereka. Sementara melihat Liya dan Acik melayan anak – anak mereka.

"Pandai kamu pilih Is" kata Kak Yana dan Kak Aria.

"Orang Pahang ke dia? Akak dah ada geng macam ni" tanya Kak Nadia yang merupakan orang dari Temerloh.

Kau PengakhirankuCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang