Chapter 9: Hadiah

4.5K 68 0
                                    

Petang itu Iskandar bermesyuarat dengan Kakak dengan Abang Iparnya bersama dengan board director membincangkan pembangunan hotel baru mereka di Maldives. Perbincangan panas berlaku antara Iskandar dengan sebahagian Board Directors berlaku.

"Saya tak faham kenapa perlu buka tender pada company luar untuk pembinaan hotel ni" tanya Iskandar.

"Company yang kita bekerjasama tu dah lama dengan kita... Kita patut bagi peluang pada mereka" kata salah seorang Board.

"Itu dulu kalau semasa kita belum terlibat dengan property dan asset development" kata Iskandar

"Kita bagi saja pada unit Development kita untuk came up dengan design. Kita ada banyak talented architect and designer and yet kita tak pernah bagi mereka peluang" tambah Iskandar lagi.

"TAPI KITA DAH BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT TU DAH LAMA" jerkah seorang Board Directors.

"Itu tak penting... Banyak perkara saya rasa tak kena dengan syarikat ni... 1:5 adalah rekod Syarikat ni." kata Iskandar. Board Director melihat kearah Iskandar.

"5 project yang kita tawarkan pada Syarikat ni... Mereka hanya mampu selesaikan 1 project... Tetapi kita masih serahkan project pada mereka. Development kali ini melibatkan 250 juta ringgit... Saya akan pastikan project kakak saya kali ini akan berjaya." Kata Iskandar.

"Banyak lagi perkara yang saya rasa tak kena dengan cara pengurusan kita. We need to review case by case. This is a warning to all the Boards... If I find something hanky... I'm not scared to dismiss even my VP" kata Iskandar dengan tegas.

"Saya rasa kita boleh pass the assignment to design the hotel to our own Asset and Property unit" kata Iskandar. Mesyuarat tersebut tamat lebih kurang pukul 5:30 petang.

"Bagus Is control board" kata Abang Iparnya tersenyum. Abang iparnya baru faham kenapa bapa mertuanya begitu mahukan Iskandar menjadi peneraju untuk AGV.

"Is... bukan ada hal ke petang ni" kata kakaknya. Is mengangguk dan terus bergerak ke surau dan menunaikan solat Asar dan kembali kepejabatnyan dia melihat Kakak Yana sedang berbincang dengan Kak Dilah tentang sesuatu.

"Is balik dulu ye" bila melihat jam tanggannya sudah menunjukkan waktu 5:45. Iskandar tergesa – gesa menuju ke lift dan menekan punat G. Apabila tiba di lobby dia melihat Liya sedang menunggu di lobby. Lega hati Iskandar dia ingatkan dia telah terlambat.

"Assalamualaikum... Liya" kata Iskandar melihat Liya sedang menunggunya di Lobby.

"Waalaikumsalam... Is... Jomlah..." kata Liya yang membawa paper beg ditangannya. Mereka berjalan menuju ke station MRT Bukit Bintang.

"Kita lepak dekat kedai area rumah Liya boleh?" tanya Liya.

"Dekat Cyberjaya!!!" kata Iskandar terkejut.

"Eh... Taklah... Liya dah pindah ke area Damansara" kata Liya tersenyum.

"Owh... Ingat nak pergi sampai Cyber tadi... Is ingat Liya duduk dengan Abang Liya lagi." Kata Is.

"Kenapa Liya nak jumpa Is?" tanya Iskandar

"Bukan dekat sini... Ini pasal personal life Liya" jawab Liya. Is hanya mengangguk. Sepanjang perjalanan mereka pulang perbualan mereka lebih tertumpu kepada orientasi Liya dan hari pertamanya bekerja.

"Tak sangka AGV bawa pergi PD... Is dulu masa orientation diorang bawa pergi mana?" tanya Liya. Is terkedu bagaimana dia ingin menjawab soalan Liya itu.

"Ah sama saja macam Liya... Pergi PD juga..." kata Is.

"So hari ni kena buat apa?" tanya Is.

"Hari ni tak buat apa sangat... Boss minta Liya study rules and regulations development itu saja" kata Liya. Iskandar mengangguk.

"Biasalah Liya... Kena belajar benda asas dulukan" kata Iskandar. Akhirnya mereka tiba di sebuah restoran makanan thai yang agak terkenal di kota Damansara.

"Liya selalu datang sini ke?" tanya Iskandar.

"Tak actually ni first time... Teman serumah yang cakap sedap" kata Liya tersenyum. Mereka duduk didalam restoran dan terus memesan makanan. Untuk Iskandar ini merupakan pengalaman yang agak unik buatnya. Dia jarang makan makanan luar. Kerap kali ada orang yang akan memasak untuknya.

"Sebenarnya Is tak pernah makan dekat sini" kata Is membalas senyuman. Liya berasa hairan

"Selalunya malam Is akan makan roti dengan jam saja" kata Iskandar

"Is tak boleh macam tu... Kena makan makanan yang seimbang. Is duduk sorangkan kalau sakit siapa nak jaga" kata Liya tersenyum lagi. Is tersenyum simpuk mendengar nasihat gadis itu.

"Liya ada benda nak bincang apa dengan Is?" tanya Iskandar. Wajah Liya terus berubah mendengar pertanyaan Iskandar.

"Maaf ye Is... Liya nak tanya Abang Liya macam tak kena... So, Liya kena tanya Is sebagai lelaki bujang yang ada girlfriend" kata Liya dengan yakin. Is tersenyum simpul.

"Lelakikan... kalau pasangan dia gaji lebih kan, perlu ke cemburu?" tanya Liya. Iskandar tersenyum

"Boyfriend Liya ke?" tanya Iskandar. Liya melihat kearah Iskandar dan mengangguk.

"Untuk pengetahuan Liya... Is tak ada girlfriend..." tambah Iskandar yang tersenyum

"Apa yang Is boleh cakap memang ada lelaki akan rasa macam tu... Tapi ada je yang ok... Dia bangga kalau girlfriend dia lebih berjaya." Kata Iskandar.

"Dulu dia tak macam tu... Kenapa tiba – tiba dia berubah." Tanya Liya.

"Semua lelaki ada ego Liya... Cuma dekat mana dia punya ego tu. Mungkin selama ni boyfriend Liya ada monetary advantage atas Liya... Tiba – tiba Liya ada income yang lebih... Bagi dia Liya mungkin tak akan perlukan dia lagi" kata Iskandar

"Liya kena berhati – hati... Jangan dia nampak Liya dengan lelaki lain dia akan fikir yang bukan -bukan dan dia juga mungkin akan fikir lelaki tu lebih hebat daripada dia" tambah Iskandar.

"Tak kan sampai macam tu sekali?" tanya Liya.

"Mungkin... Is tak boleh kata pasti akan jadi macam tu... Cuma berhati - hati" kata Iskandar.

"Macam sekarang ni... Kalau dia nampak pasti dia akan fikir yang Liya curang dengan dia" kata Is.

"Macam mana ni?" tanya Liya pada diri sendiri.

"Sekarang ni... Apa yang Liya boleh buat... Liya kena yakinkan dia yang Liya perlukan dia" cadang Iskandar. Mendengar kata – kata Iskandar ada rasa semangat di wajah Liya smbil tersenyum.

"Bodoh kau Is..." kata Iskandar pada dirinya sendiri didalam hati.

Mereka berada di restoran tersebut hingga hampir waktu Maghrib. Iskandar berjalan menemani Liya hingga mereka tiba di depan apartment Liya.

"Is terima kasih mendengar masalah Liya... dan bagi nasihat pada Liya" kata Liya.

"Sama – sama Liya" kata Iskandar pada Liya.

"Is... Liya tak tahu nak bagi apa pada Is sempena hari lahir Is" kata Liya dan menghulurkan paper beg yang dibawanya dari pagi kepada Iskandar.

"Selamat Hari Lahir... Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki" kata Liya

"Liya... Liya gaji pun tak dapat lagi... Ni pun dah belanja Is hari ni" kata Iskandar mengeluh.

"Is... Liya ada je duit... Tak mengapa... Is ambil lah...Ikhlas memang Liya nak hadiahkan pada Is" kata Liya sambil cuba meletakkan beg tersebut ditangan Iskandar. Kedua – dua tangan mereka bersentuh, seperti ada percikan elektrik diantara mereka membuatkan mata mereka bertemu. Renungan mata mereka makin dalam hingga menusuk ke hati. Pandangan mata mereka terhenti kerana suara panggilan Azan Maghrib.

"Is... Liya masuk dulu ye" kata Liya dengan nada gemuruh dan malu – malu.

"Terima kasih Liya untuk hadiah dengan belanja hari ni" kata Iskandar. Mereka berdua senyum kearah diri masing masing. Liya terus masuk kedalam kawasan apartment lalu melambaikan tanggannya kearah Iskandar.Iskandar membalas lambaian tersebut, senyuman mereka langsung tidak terputus.


Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang