Mereka bertiga akhirnya tiba di Midvalley, sebuah pusat membeli belah yang menjadi pilihan orang ramai. Samada untuk membeli belah atau berekreasi mahupun mereka menghabiskan masa bersama keluarga. Tempat pertama yang mereka tuju adalah MPH Bookstores, Dhila ingin membeli beberapa barang keperluan pengajiannya dan Liya menemani adiknya mencari barang – barangnya.
"Liya... Is pergi tengok buku ye... Dekat sana... Apa – apa roger Is okey" kata Is pada Liya sambil dipandang oleh Dhila. Liya hanya mengangguk. Semasa Dhila memilih barang – barang yang diperlukannya.
"Kak Lang suka dengan Abang Is kan?" tanya Dhila bersahaja.
"Suka tu memang suka... Dia ambil berat pasal Kak Lang... Banyak tolong Kak Lang... Tapi..." kata Liya teragak – agak.
"Abang Is banyak berahsia kan Kak..." jawab Dhila. Liya mengangguk.
"Banyak yang Kak Lang tak tahu pasal dia... Acik" jawab Liya.
"Kalau Kak Lang tanya Acik... Abang Is tu, Mak dengan Ayah mesti berkenan... Boleh jadikan menantu. Kalau Kak Lang dengan dia nak kahwin esok Mak dengan Ayah mesti setuju. Compare dengan Abang Aiman." Kata Dhila. Liya mendengar sahaja kata adiknya itu.
"Kenapa dengan Abang Aiman? Apa yang jadi sebenarnya Kak Lang?" tanya Dhila.
"Cemburu membabi buta... Tak boleh Kak Lang lebih sikit daripada dia. Asal something good happen mula tuduh yang Kak Lang curang. Kak Lang sibuk dengan kerja pun dia cakap Kak Lang curang. Sekarang ni hari – hari dia call dan mesej Kak Lang, tapi Kak Lang malas betul nak layan." cerita Liya.
"Kak Lang sebenarnya kan, Acik, Acu, Mak dengan Ayah tak pernah sukakan Abang Aiman. Tapi sebab Kak Lang suka sangat dengan Abang Aiman, diorang terima sahaja pilihan Kak Lang" rahsia yang cukup lama dipendam oleh Dhila dan keluarganya. Terangkat satu kening Liya apabila mendengar kata – kata Adiknya itu.
"Kak Lang kalau Kak Lang rasa perlu tahu latar belakang Abang Is... Tanya dia baik – baik. Sebab Acik rasa Abang Is ni bukan calang – calang orangnya." Kata Dhila
"Kenapa Acik cakap macam tu?" tanya Liya.
"Sem ni Acik ambil subject psychiatrist, boleh la agak - agak sikit character Abang Is ni macam mana" kata Dhila sambil tersengih.
"Tapi yang pasti Abang Is memang sukakan Kak Lang. Abang Is ni kalau dia suka seseorang dia susah nak lupakan orang tu" kata Dhila lagi. Liya tersenyum sendiri.
"Kak Lang tak nak kenalkan Abang Is pada Ayah dengan Mak?" tanya Dhila.
"Macam mana Kak Lang nak kenalkan pada Mak dengan Ayah. Kak Lang pun tak habis kenal dengan Abang Is" kata Liya.
"Sebab tu la Acik suruh tanya... Kalau Kak Lang berharap Abang Is bagitahu rasanya sampai kesudah dia tak akan cerita" kata Acik.
Selepas selesai mereka berdua selesai membeli barang peralatan Dhila. Mereka terus mencari Iskandar yang sedang khusyuk membaca sebuah buku self-improvement.
"Is... Kami dah sudah... Acik dah siap beli barang dia" kata Liya pada Iskandar yang masih khusyuk membaca. Mendengar kata Liya, Is mengambil bakul yang dibawa Dhila dan memasukkan sekali buku yang dibelinya. Terus Is pergi ke kaunter dan terus membayar sekali untuk barangan Dhila.
"Eh... Abang Is..." kata Dhila terkejut apabila Iskandar terus membayar untuk barang – barangnya sekali.
"Tak apa... Ni kira Abang hadiahkan pada orang tengah berjihad" kata Iskandar sambil tersenyum pada Dhila. Dhila masih dengan rasa serba salahnya.
"Is... Jangan la macam tu" kata Liya.
"Tak apa... Bukan selalu nak belanja adik Liyakan. Dah... Jom" ajak Iskandar keluar dari MPH.
Seharian mereka di Midvalley membuatkan Dhila begitu selesa dengan Iskandar. Liya pula berasa senang hati kerana walaupun Dhila seorang yang peramah dan mesra, tetapi dia yang paling berwaspada dengan orang yang rapat dengannya. Melihat adiknya yang begitu selesa dengan Iskandar meyakinkan Liya tentang satu perkara. Liya tersenyum sendiri kerana dia sudah pasti.
Ketika mereka bertiga bersiar – siar mereka terserempak dengan orang yang berpusu – pusu kearah sekumpulan manusia dengan kelengkapan camera dan juga lampu. Orang yang berpusu – pusu itu membuatkan ada tarikan Dhila menarik tangan Liya untuk mengikutnya. Iskandar hanya mengikut dari belakang. Dhila agak teruja melihat kumpulan manusia tersebut yang sibuk melakonkan watak – watak mereka. Iskandar hanya melihat sahaja.
"Is... Eliza dengan Norman" bisik Liya kepada Iskandar kepada dua pelakon itu yang mula membuka langkah.
"Eh...kata tak minat dengan Eliza" kata Iskandar sambil tersenyum kembali kepada Liya.
"Kita bagitahu sajalah... Bukan minat pun." Balas Liya.
"Ke memang follow dia dekat IG?" duga Iskandar sambil tersenyum.
"Aik... macam mana boleh tahu yang Eliza ada IG? Is follow ye? Orang sexy kan..." usik Liya kembali kepada Iskandar.
"Hahaha tak ada maknanya Liya... Is sendiri tak ada IG macam mana nak follow" kata Iskandar sambil tersenyum. Eliza yang sedang berlakon ternampak lelaki yang digilakannya tersenyum, lagi menaikan marahnya apabila dia melihat dengan siapa Iskandar bersama sambil tersenyum mengalahkan pasangan kekasih lain. Hati Eliza penuh membara dengan penuh kebencian, Eliza terus berhenti berlakon dan terus berjalan sambil dikejar Zufa pembantunya. Tindakan Eliza membuatkan penonton sekeliling terkejut, begitu juga dengan crew drama yang berada disitu. Iskandar hanya ketawa didalam hatinya.
"Liya... Jomlah... Ajak Dhila tu" kata Iskandar yang melihat Dhila terkejut dengan suasana kecoh tadi. Iskandar dapat merasakan suasana kecoh itu terjadi kerana dia bersama dengan Liya. Mereka bertiga terus ke sebuah restoran yang berada di situ.
Sementara itu Eliza yang menghilangkan diri tadi berada di tandas jalan berulang alik sambil meratib dalam kemarahan.
"Celaka punya betina... Berani Is bawa betina tu keluar datang sini. Aku kena jumpa betina gatal tu" kata Eliza sendiri.
"Is ni saja nak menyusahkan aku. Apasal dia bodoh sangat. Ntah budak mana la dia sebat" kata Eliza lagi sendiri. Tiba – tiba Zufa muncul di mana Eliza berada.
"Kau kenapa Eliza? Penat aku nak explain dekat Director tadi." kata Zufa.
"Iskandar ada dekat sini. Siap bawa betina yang aku nampak dia berjalan berdua dari office hari tu" kata Eliza yang makin panas baran.
"Budak ni ke?" tanya Zufa sambil menunjukkan gambar ditelefonnya. Eliza yang melihat gambar tersebut membuatkan dia memaki hamun pada gambar tersebut didalam hati.
"Aku dah dapat gambar dia. Kau pun tahu dia kerja dekat company Iskandar tu. So pandai – pandailah cari" kata Zufa. Mendengar kata – kata Zufa membuatkan Eliza tersenyum kerana dia mula merancang sesuatu.
"Lagi satu... Tn Director minta kau build chemistry dengan Norman. Korang berdua dah okay cuma chemistry kurang. So dia suruh berlatih" kata Zufa lalu dia pergi meninggalkan Eliza.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.
