Chapter 11: Aiman, Aliya dan???

4.7K 74 0
                                    

Sebulan Liya di Kuala Lumpur kerja yang ditugaskan makin mencabar, keakraban Liya dan Iskandar berlanjutan, Iskandar dan Liya seperti berjanji setiap hari mereka akan pergi dan balik bersama melainkan bila Iskandar perlu ke outstation. Manakala kesibukannya membuatkan Aiman merasakan Liya cuba menjauhkan dirinya dari dia. Aiman merasakan yang Liya mula curang dengannya. Liya mendapat gaji pertamanya. Setelah membahagikan gajinya mengikut keperluan. Liya berhajat ingin membelanja orang yang penting buat dirinya, dia mengajak Aiman untuk keluar dengannya pada hari Sabtu tersebut. Liya sabar menunggu Aiman untuk menjemputnya.

"I dah sampai... Ada dekat bawah" kata Aiman melalui smartphonenya.

"Okay I turun sekarang" kata Liya yang terus turun kebawah dan menuju kearah kereta Myvi berwarna putih yang amat dikenalinya dan dipandu lelaki itu sejak dari zaman university lagi. Liya terus memasuki kedalam kereta tersebut dan tersenyum melihat lelaki itu.

"Kita nak pergi mana ni?" tanya Aiman.

"Kita pergi Pavillion boleh... I nak belanja B makan sempena I dapat gaji pertama" kata Liya tersenyum. Aiman hanya memandu mengikut kehendak Liya. Liya cuba menceriakan suasana.

"B... I miss you" kata Liya pada Aiman sambil tersenyum. Aiman membalas senyuman pada Liya.

"Miss you too" balas Aiman.

"Macam mana kerja?" tanya Aiman.

"Alhamdulillah Ok... Team kami kena design hotel yang company I nak developed dekat Maldives." Kata Liya.

"Tapi I kena design bilik je" tambah Liya.

"How's your work B?" tanya Liya.

"Biasa – biasa je tak ada la sampai kena buat kerja untuk project Maldives" kata Aiman sedikit menyindir. Liya tahu sindiran itu memang ditujukan kepadanya, tapi kerana dia cuba menjernihkan suasana Liya mengabaikan sahaja.

"B... If kita kahwin... Kita kena plan nak duduk area mana... Liya rasa kita kena cari tengah – tengah in between Gombak denga Bukit Bintang." kata Liya.

"Duduk je lah dekat Gombak... Apa masalahnya duduk dekat area Gombak" kata Aiman. Liya tahu kalau dia teruskan pasti pergaduhan akan berlaku. Akhirnya Liya hanya mendiamkan diri hingga mereka tiba di Pavillion. Liya membawa Aiman menuju kesebuah restoran yang ada di Pavillion dan duduk disebuah meja.

"B nak makan apa makanlah Liya belanja B hari ni" kata Liya tersenyum. Mereka berdua menjamu selera tengah hari itu. Memang terdapat perubahan cara Aiman melayannya. Liya terasa yang Aiman melayannya bagai orang asing. Liya sedikit hilang sabar.

"B... Kenapa B macam lain je... Tak macam dulu?" tanya Liya perlahan

"Nak I macam mana lagi... I sama ja... U sahaja yang asyik busy..." kata Aiman. Kata – kata Aiman menyakitkan hati Lia.

"Betul I memang busy... Tapi malam – malam kita masih chatkan?" tanya Liya.

"Chat pun macam tak ikhlas... Dulu sebelum kerja anytime I msg boleh je reply" kata Aiman.

"Dulu I tak kerja... I just duduk rumah tolong mak dengan ayah ja... I have all the time in the world" kata Liya

"Orang lain pun kerja... Tapi takkan sibuk nonstop 8-6" kata Aiman lagi

"Habis you nak I berenti kerja ke apa?" tanya Liya. Tiada jawapan dari Aiman.

"Aiman you rasa tergugat dengan I ke? Tanya Liya lagi.

"Kenapa? You rasa you hebat sangat ke? I dah tak layak untuk you?" tanya Aiman kembali

"Aiman I tak pernah rasa macam tu sekali pun... I sayang you but lately perangai you buat I jadi keliru Aiman" kata Liya

"Keliru... sebab you ada lelaki lain bukan?" tuduh Aiman. Luruh hati Liya bila dituduh sebegitu.

"I tak ada lelaki lain... Biasalah kalau dah nama rakan sekerja." Kata Liya.

"Kalau you tak mengatal takkan la diorang nak berkawan dengan you nak mengorat you" tuduh Aiman lagi.

"Aiman mengucap Aiman... Sampai hati B cakap Liya macam tu... B... Kalau macam ini lah perangai B... We go our own separate ways... Liya tak boleh nak ikutkan kehendak B..." kata Liya yang cuba menahan air matanya. Liya mengeluarkan wang dan meletakkan diatas meja dan terus dia pergi meninggalkan Aiman. Ego dan cemburu Aiman membuatkan dia tidak sedar tentang tulusnya cinta Liya padanya. Suatu hari nanti dia akan menyesal dengan apa yang dilakukannya pada Liya

Liya berjalan keluar dari Pavillion meninggalkan Aiman. Dia ingin menangis dengan tuduhan – tuduhan liar yang dilemparkan kepadanya oleh Aiman semuanya disimpan didalam hati. Dia berjalan berseorangan menuju kearah station MRT yang terdekat. Liya tersedar yang dia melalui depan pejabatnya, panas tengah hari membuatkan dia masuk ke dalam lobby pejabatnya dan duduk diruang lobby itu, dia mula menitiskan air matanya.

"Eh Cik Liya... Hari Sabtu pun datang pejabat?" tegur Pengawal Keselamatan yang selalu ditegur Liya bila menunggu Is sekiranya mereka ingin pulang. Liya mengangkat kepalanya melihat Pengawal Keselamatan tersebut. Pengawal Keselamatan tersebut seperti faham.

"Cik Liya duduklah dulu... Tenangkan diri dulu" kata Pengawal Keselamatan tersebut lalu dia membiarkan Liya sementara itu dia hanya duduk di mejanya. Tidak lama kemudian seorang lelaki turun ke lobby, dia ingin menuju ke lift yang akan membawanya ke parking area. Lelaki itu terhenti langkahnya melihat gadis yang duduk di lobby sedang menekup wajahnya yang kekecewaan.

"Liya... Kenapa ada dekat sini bukan keluar dengan Aiman?" tanya lelaki itu. Liya mengangkat kepalanya melihat lelaki itu. Iskandar lihat matanya yang kemerahan dan air matanya mengalir.

"Tunggu sini... Jangan pergi mana" pesan Iskandar. Iskandar kembali ke lift dan dia hilang dari pandangan Liya, tidak lama kemudian Iskandar munculkan diri dengan sebuah helmet tambahan.

"Liya... Jom..." ajak Iskandar. Pengawal Keselamatan ingin menabik hormat tetapi Iskandar memberi signal supaya dia tidak berbuat begitu. Mereka terus menuju ke tempat parking, Iskandar membawanya kesebuah motosikal. Iskandar memakaikan Liya jaket kulitnya beserta helmet, Iskandar tahu yang Liya kecewa tersangat kecewa. Iskandar yang memakai t-shirt berlengan panjang hitam dan jeans biru gelap menghidupkan mortosikal Harley Davidsonnya itu.

"Naik Liya" arah Iskandar. Liya tanpa berfikir panjang terus membonceng motorsikal yang dibawa Iskandar. Iskandar terus membawa motorsikal membelah jalanraya Kuala Lumpur tanpa arah tuju. Dia sebenarnya tahu apa yang Liya perlukan, seperti juga Iskandar selepas Julia meninggalkannya. Liya perlukan ketenangan. Sepanjang perjalanan itu Liya menangis, Is hanya mampu melihat Liya menangis dari side mirror dia membiarkan Liya menangis semahu - mahunya. Mata Iskandar juga bergenang air matanya seperti dia dapat merasai kesedihan Liya, Iskandar bertekad didalam hati.

"Liya... Menangislah sekarang... Aku janji kau tak akan menangis lagi selepas ini" kata Iskandar dalam hati. Akhirnya air mata Iskandar menitis juga kerana dia faham apa yang Liya rasa.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang