Chapter 48: Skiing

9.8K 122 27
                                    

Liya bersama dengan adiknya dibilik mereka berdua.Pemandangan dari bilik mereka sendiri cukup cantik. Dia bersyukur pada Allah kerana memberinya peluang untuk datang ke Aspen, Colorado. Dia masih tidak percaya walaupun dia sudah berada disitu hampir 3 hari. Sepanjang dia berada disitu, keluarga Iskandar melayannya seperti dia sebahagian keluarga Amer. Salji yang memutih diluar seperti mengambarkan betapa keluarga Iskandar merupakan keluarga yang bersih hati mereka. Liya didalam hatinya juga bersyukur kerana diberikan kesempatan mengenali Iskandar. Setiap hari dia makin mencintai lelaki itu. Dia tersenyum sendiri mengingat lelaki itu. Acik tiba -tiba keluar dari bilik air, dia sedang menggulung tuala di kepalanya.

"Kak Lang, senyum sorang – sorang kenapa?" tanya Acik yang tersengih melihat kakaknya itu.

"Tak ada apalah Acik. Cuma rasa bersyukur yang kita ada peluang datang sini" kata Liya.

"Ye ke? atau Kak Lang teringatkan Abang Iskandar" kata Acik yang terus tersengih. Liya hanya tersenyum melihat adiknya.

"Nak teringat buat apa, Abang Is depan mata pun" kata Liya tersenyum pada adiknya. Tiba- tiba telefon dibilik mereka berbunyi. Liya terus mengangkat telefon dan menjawab. Tidak berapa lama dia meletakkan telefon tersebut.

"Acik, Jom turun breakfast. PakCik dengan MakCik dah ada dekat bawah tengah tunggu kita." Kata Liya.

"Akak turun dulu. Acik nak keringkan rambut dulu" kata Acik. Liya terus memakai tudungnya dan turun kebawah. Dia berjalan sendiri melalui bilik Iskandar, tiba – tiba Iskandar membuka pintu.

"Eh... Liya, nak turun breakfast. Jom Sayang" ajak Iskandar sambil tersenyum. Liya membalas senyuman Iskandar itu.

"Hari ni kita pergi main ski ye. Kita bawa anak sedara Is sekali" kata Iskandar. Liya hanya mengangguk bersetuju.

Mereka berdua turun bersama, langkah mereka berdua menarik perhatian kedua ibu bapa Iskandar dan saudaranya juga. Mereka hanya tersenyum melihat pasangan tersebut. Iskandar dan Liya memandang dengan penuh rasa curiga..

"Kenapa semua senyum" tanya Iskandar pada mereka semua. Mereka semua hanya menggelengkan kepala mereka masih tersenyum.

"Hari ini apa aktiviti kamu?" tanya TanSri Umar.

"Rasa macam mana nak pergi ski... First time Liya nak ski" kata Iskandar. Mata anak saudara sulung bercahaya mendengar kata Iskandar.

"PakSu nak ikut boleh?" tanya Syafiq.

"Boleh aja. Tapi tak boleh la ikut track Syafiq." kata Iskandar. Selepas berbincang seketika, hampir kesemua anak buah Iskandar dan juga abang – abang dan kakak -kakaknya akan bermain ski. Selepas bersarapan mereka semua bersiap sedia. Rumah mereka yang berdekatan dengan station gondola membuatkan mereka berjalan sahaja sambil membawa peralatan ski masing – masing. Mereka satu keluarga menaiki dua gondola.

"Liya pernah main ski ke?" tanya Kak Yana.

"Tak pernah Kak... Ini kali pertama Liya dengan Dhilah" kata Liya sambil tersenyum.

"Jangan risaulah la Dhila, Liya... Akak pun tak pandai juga" kata Kak Aria sambil ketawa pada dirinya sendiri.

"Nak tengok orang jatuh macam cempedak tengok je kami berdua nanti" kata Kak Yana tersenyum. Liya ketawa mendengar kata – kata Kak Yana dan Kak Aria. Tidak disangka Liya sepnajang tiga hari dia berada disitu dia begitu mesra dengan saudara Iskandar, terutama dengan Kak Yana, Kak Aria dan juga Kakak Ipar Iskandar. Setelah hampir 20 minit menaiki gondola mereka semua turun. Liya sempat membaca papan tanda. Aspen Mountain Ski Resort mempunyai beberapa level ketinggian.

"Kami suka main dekat level 3 ni... Sebab track dia boleh turun terus ke rumah" kata Kak Aria tersenyum melihat peta bersama dengan Liya.

"Lagi satu dia sesuai untuk orang yang dah pandai ski dan juga orang yang tak pandai ski. Macam anak Kak Yana dengan anak sulung Kak Aria diorang suka main dekat track yang challenging sikit" kata Kak Yana.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang