Chapter 17: Interview

4.6K 62 1
                                    

Iskandar terjaga dari tidurnya untuk mengerjakan solat Subuh. Dia terus mandi dan menunaikan tanggung jawabnya pada Allah. Selepas dia menunaikan solat dia terus turun ke gym yang disediakan di kompleks apartmentnya. Setelah beberapa jam dia meluangkan masa di gym dia kembali ke apartmentnya.

"Tn Iskandar. MakTam dah siapkan breakfast? Tn Iskandar makan ye" kata MakTam. Iskandar tersenyum melihat MakTam yang sedikit takut dengan Iskandar.

"MakTam... PakTam mana? Ajak PakTam sekali kita makan sama – sama ye. Saya mandi dulu ye Mak Tam" kata Iskandar tersenyum. Sepanjang dia tinggal di situ amat jarang untuk Iskandar berbual dengan kedua - dua orang gajinya. Teguran kakaknya membuatkan dia cuba bermesra dengan mereka berdua. Panjang perbualan mereka bertiga pada pagi itu, sedikit sebanyak Iskandar bertambah mesra dengan Pak Mat dengan isterinya.

Sementara itu disebuah rumah lagi tiga orang teman serumah keluar agak awal menuju ke pasar berhampiran dan membeli barang serba sedikit untuk mereka masak untuk dihidangkan pada tetamu istimewa.

"Liya... Si Iskandar tu suka makan apa?" tanya Mia.

"Setakat Liya tengok dia makan. Dia tak memilih bab makan" kata Liya.

"Jangan kau bantai buat Patin Tempoyak sudah lah" kata Mia tersengih.

"Eh... Kau yang tak makan" kata Liya membalas senyuman Mia.

"Kak Nisa cadang kita masak lauk biasa – biasa je... Takut jugak Iskandar kalau dia tak makan – makanan daerah ni" peasn Kak Nisa. Liya bersetuju dengan kata – kata Kak Nisa.

Sepanjang perjalanan pulang Liya mengingati teknik-teknik memasak yang pernah diajar oleh ibunya. Tanpa mereka sedari ada seseorang lelaki mengikut mereka dengan menggunakan motorsikal. Apabila kereta Mia memasuki kawasan apartment lelaki itu memberhentikan berhampiran di sebuah kedai 24jam yang agak terkenal dan dia duduk disitu dan memerhatikan pergerakan 3 orang gadis tersebut.

Mereka bertiga terus ke dapur dan memulakan operasi besar – besaran. Liya menjadi chef utama, Mia dan Kak Nisa hanya membantu dengan memotong bahan-bahan mentah yang diperlukan. Liya berusaha masak dengan baik.

"Fuh... bersungguh Akak tengok Liya memasak... Macam nak jamu suami" Kata Kak Nisa tersenyum.

"Ish Akak ni... Kan Liya nak belanja semua... So kena la bersungguh masak" balas Liya.

"Tapi untuk Iskandar lain kan" kata Mia tersengih melihat Liya.

"Korang ni. Tak sudah – sudah nak mengusik Liya. Keluar pergi duduk depan tengok TV" kata Liya. Liya selesai memasak lebih kurang pukul 12:30 tengah hari. Dia terus menuju ke ruang tamu dan duduk berehat seketika.

"Liya ajak Iskandar datang pukul berapa?" tanya Mia.

"Liya ajak dia datang lepas solat Zohor." Kata Liya.

"Elok lah macam tu. Kita bersiap lah dulu solat semua. Boleh akak interview dia lama sikit." Kata Kak Nisa.

Sementara itu, Iskandar baru siap bersolat dan terus mengambil jaket kulit dan terus menyarungnya dan mengambil helmet yang selalu digunakannya. Dia keluar melihat PakTam dan MakTam selesai makan tengah hari. Awal – awal Iskandar sudah berpesan bahawa yang dia ada jemputan.

"Is... Nak PakTam hantar ke?" tanya PakTam.

"Tak payah PakTam. Is pergi naik motor je." Kata Iskandar tersenyum. Tiba – tiba panggilan telefon berbunyi.

"Hi... Is. You ada dekat mana? Teman I pergi One City" suara Eliza mengajak.

"I busy hari ni. Ajak lah manager you atau pun kawan artis you" kata Iskandar dan terus mematikan telefonnya.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang