Iskandar yang berjalan berseorangan tersenyum sendiri menuju kearah bangunan wisma AGV. Iskandar memastikan yang Liya tidak berada di Lobby dan mula mengambil langkah menuju ke kaunter pertanyaan.
"Encik... Nak daftar interview perlu ke tingkat 1 dan tunggu di Hall Cendana ye" kata Receptionist yang bertugas. Iskandar hanya tersenyum dengan kata Receptionist tersebut.
"Maaf... Saya bukan datang untuk interview... Saya ada appointment dengan Pengarah Eksekutif Syarikat" kata Iskandar sambil tersenyum lembut. Receptionist tersebut sedikit terkejut dan memerhati kearah Iskandar.
"Boleh saya tahu nama Encik?" tanya Receptionist tersebut.
"Saya Amer Iskandar" kata Iskandar. Mendengar nama tersebut membuatkan pekerja di lobby itu tertunduk malu kerana tidak mengenali lelaki itu. Receptionist tersebut meminta pengawal keselamatan menemani Iskandar.
"Tak apa... Awak teruskan kerja awak... Saya boleh naik sendiri" kata Iskandar lagi sambil tersenyum. Receptionist terus memberikan access key kepada Iskandar.
"Terima kasih" kata Iskandar sambil tersenyum dan terus menuju kearah lift disitu ada beberapa pekerja menunggu untuk menaiki lift. Apabila lift tiba, Iskandar masuk dan melalukan access kad di pintu lift dan menekan punat lift ke tingkat paling atas. Apabila dia menekan punat paling atas. Pekerja yang menaiki lift dengannya mula memerhatikannya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Iskandar hanya senyum kearah mereka.
Iskandar tiba di tingkat teratas, dia melihat suasana didalam pejabat tersebut. Iskandar hanya memberi salam kepada pekerja yang berada di situ. Pekerja pekerja tersebut terkejut melihat lelaki asing yang tidak dikenali datang ke situ.
"Boleh saya bantu?" tanya seorang setiausaha yang keluar dari pejabatnya apabila melihat Iskandar seperti ingin menuju ke bilik Pengarah.
"Kak Dilah... Saya nak jumpa dengan Kak Alyana" kata Iskandar sambil tersenyum. Wanita yang dipanggil Kak Dilah terkejut melihat lelaki tersebut. Dia memerhatikan lelaki tersebut agak lama. Matanya terbuka luas apabila dia sedar dengan siapa dia bercakap.
"Iskandar... Ya Allah balik juga kamu... Makin handsome... Mesti ramai girlfriend ni" kata Kak Dilah yang merupakan setiausaha kepada Pengarah Syarikat tersebut.
"Ish Akak ni... Mana adalah... Biasa – biasa je" kata Iskandar.
"Saya masuk dulu ye Kak" kata Iskandar lagi. Pn Dilah terus memberitahu Pengarah Syarikat melalui intercom. Iskandar mengetuk pintu dan menghulurkan kepalanya melihat kakaknya yang sedang bekerja.
"Assalamualaikum... Pn Pengarah" kata Iskandar sambil tersengih melihat Kakaknya.
"Is... sampai pun... Akak suruh datang sekali dengan Akak taknak... Suka menyusahkan diri sendiri naik public transport." Kata Kakaknya.
"Ahh bagus pun, kamu shave jambang kamu tu... Nampak kemas sikit kalau tidak macam apa je" tambah Kakaknya lagi.
"Tadi Is sampai ramai datang interview ye untuk jawatan baru." Kata Iskandar.
"Aah... kita perlukan ramai staff baru untuk batch kali ni... Sebab kita nak buka business unit baru dan tahun ni ramai jugak yang sampai umur persaraan" kata kakakmya.
AGC atau nama penuh syarikat tersebut Amer Global Ventures, merupakan syarikat yang tertubuh lebih dari 5 generasi. Bermula dari sekadar menjadi pengeksport rempah ratus dan juga tekstile, AGC kini merupakan syarikat yang terkenal di serata dunia dengan penglibatan dalam pelbagai industry. Perlancongan, Perbankan, Perubatan, Teknologi Pembuatan, Oil and Gas, Pendidikan, Pembangunan Perumahan dan Bandar adalah antara industri yang AGV terlibat. Ada beberapa lagi industry yang mereka terlibat, hingga mereka boleh diiktiraf yang mereka adalah antara keluarga terkaya didunia. Yang membezakan mereka dari keluarga terkaya yang lain adalah mereka amat merendah diri. Keluarga mereka terlampau merendah diri sehingga ada yang tidak mengenali siapa Amer Umar.

KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.