Chapter 22: Kenangan

5.5K 53 0
                                    

*** matured content ***

Iskandar dan Julia mula membina kehidupan sendiri sejak mereka mula pulang ke New York. Seminggu selepas mereka pulang, Iskandar meneruskan niatnya berkahwin dengan Julia tanpa pengetahuan sesiapa. Memandangkan Iskandar berniat untuk tidak berhubung dengan keluarganya dia mula bekerja di sebuah syarikat pemasaran di New York dan pada masa yang sama dia juga meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana yang hampir tamat. Manakala Julia belajar sambil bekerja bekerja separuh masa di sebuah restoran pada waktu malam untuk membantu Iskandar dalam meneruskan kehidupan mereka di kota New York.

Kehidupan di kota New York memang mencabar dengan kos hidup yang tinggi berbanding ketika mereka di University. Iskandar yang sebelum ini hidup penuh dengan kemewahan, mula belajar hidup dengan penuh sederhana. Di New York juga Iskandar mula belajar menggunakan public transport sebagai pengangkutan utamanya. Syarikat tempat Iskandar bekerja merupakan sebuah syarikat consultant yang sederhana saiznya.

Malam itu Iskandar yang sedang membuat kira- kira di meja makan memikirkan cara untuk menambah kewangan mereka. Pintu apartment dibuka, Julia yang baru pulang dari tempat kerjanya melihat suami yang amat disayanginya sedang berfikir.

"Abang... Buat apa?" tanya Julia membuka baju sejuknya dan disimpan didalam closet terus dia duduk di sebelah Iskandar.

"Abang kira budget ye?" tanya Liya.

"Yep... Macam biasa bulan ni kita kena berjimat cermat." Kata Iskandar tersenyum tawar pada Julia.

"Itulah Abang, Ju boleh saja pergi Uni naik bas tapi Abang insist suruh pakai kereta." Kata Julia tersenyum, Julia tahu yang apa yang Iskandar lakukan adalah untuk keselesaan Julia.

"Abang ada ambil surat tak hari ni?" tanya Liya tersenyum.

"Abang lupa la Sayang" kata Iskandar. Liya memberikan surat yang diambilnya dari peti surat mereka. Iskandar mula membaca satu persatu surat yang diberikan oleh Julia. Hinggalah dia tiba pada surat yang berjata dari University mereka. Iskandar membuka surat tersebut dan membaca. Iskandar tersenyum bangga membaca surat tersebut. Julia tersenyum gembira apabila melihat Iskandar tersenyum

"Alhamdulillah Sayang... Finally, Sayang dah graduate" kata Iskandar pada Julia yang tersenyum.

"Dan ada satu surat lagi, tapi maafkan Ju sebab Ju buka dulu" kata Julia sambil mengeluarkan surat yang berjata Universiti yang dibukanya terlebih dahulu. Jelas pada sampul tersebut nama Iskandar. Iskandar mula membaca lalu dia tersenyum.

"Tahniah Abang pun dah graduate Masters" kata Ju lalu terus mencium di pipi Iskandar.

"Alhamdulillah... Sayang kita graduate time yang sama" kata Iskandar terus mencium bibir Julia. Julia menyambut ciuman Iskandar.

"Lagi satu Abang." Kata Julia mengeluarkan satu lagi surat.

"I've got a job" kata Julia tersengih sambil menunjukkan surat yang diterimanya.

"Seriously Sayang" kata Iskandar terkejut. Julia mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah... Syukur... Maybe we can move to Manhattan dekat sikit tempat kerja Sayang dengan Abang" kata Iskandar

"Tak apa Abang... Kita terus tinggal disini sampai habis lease. Tak perlu terkejar – kejar. Ju pun masih lagi kerja dekat kedai buku tu lagi 2 bulan ni sebelum kerja dekat tempat baru" kata Julia. Is tersenyum dan mencium lagi isterinya. Tenang hati Iskandar kehidupan susah mereka akan sedikit berkurangan. Semenjak Julia berkahwin dengannya dia langsung tidak mampu membawa isterinya berbulan madu. Mahupun untuk memberi sedikit kemewahan untuk isterinya jauh sekali. Kereta yang dibelikan untuk Julia juga merupakan kereta yang entah keberapa pemiliknya. Tetapi bagi Julia itu semua mencukupi, Julia juga tahu banyak yang Iskandar berkorban untuknya. Sepanjang dia masih belajar, duit perbelanjaan hariannya, duit bukunya dan banyak lagi.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang