Chapter 10: Keliru

4.1K 62 2
                                    

Liya berada di kawasan Apartmentnya, semasa dia didalam lift, dia terfikirkan apa yang dia rasai semasa dia meninggalkan Iskandar.

"Liya kau jangan Liya..." kata Liya pada dirinya sendiri. Liya masuk kerumahnya dia melihat Mia dan Kak Nisa tersenyum melihat kearahnya. Liya melihat kearah mereka kehairanan, dia terus menuju kebiliknya untuk mandi dan menunaikan tanggungjawabnya kepada maha Esa. Liya masih terfikirkan apa yang berlaku tadi. Dia keluar dan mula duduk bersama rakan rakan serumahnya.

"Liya siapa lelaki tadi?" tanya Mia, Kak Nisa terus berhenti dari menonton drama di TV

"Siapa?" tanya Liya kembali.

"Alah lelaki yang hensem teman kau tadi tu" kata Mia. Liya mula rasa serba salah dengan pertanyaan Mia.

"Dia kawan satu company... Kau ingat tak masa aku datang interview... Yang ada orang tolong aku sebab tak bawa beg duit" kata Liya.

"Owhhhhh... Itulah Iskandar... Mata aku cerah tengok dia" kata Mia tersengih.

"Hensem ke Mia?" tanya Kak Nisa teruja ingin mengertahui.

"Hensem Kak... Tinggi orangnya... Boleh sangkut punyalah. Hensem daripada Aimankan Liya" Kata Mia yang tersenyum kearah Liya. Kata – kata Mia membuatkan Liya terkedu.

"Ahhh korang ni melebih je lah... Tengok drama lagi bagus" kata Liya mengalihkan pandangannya kearah televisyen.

"Apa tajuk cerita ni?" tanya Liya.

"Standard la Liya cerita pukul 7, Dia Boyfriendku, Dia Suamiku, Kau Kecoh Kenapa?" kata Kak Nisa. Mereka menonton drama tersebut. Sehinggalah watak utama wanita muncul di kaca televisyen.

"Dia ni bukan instafamous ke?" tanya Liya.

"Aah... Celebrity instagram sekarang dah jadi pelakon. Eliza nama dia" Kata Kak Nisa.

"Berani dia pakai macam tu dalam drama" kata Mia melihat watak Eliza memakai baju yang sememangnya tak cukup kain.

"Yang ni korang cakap seksi... Cuba jumpa dia betul – betul lagi berani dia sebenarnya" kata Kak Nisa.

"Eliza ni harap seksi dan tayang body saja... Akak berani cakap Liya lagi seksi dan lagi cantik dari Eliza tu kalau tengok depan – depan" tambah Kak Nisa lagi.

"Dia ada gossipkan, katanya berkawan dengan usahawan kaya?" tanya Mia sambil melihat kearah Kak Nisa.

"Aaah... tu pun apa yang dia cakapla... Tak pernah pula tunjuk... Tapi dikalangan wartawan kami rasa macam anak TanSri Amer yang jadi CEO AGV tu. Tapi tu lah macam Kak Nisa cakap hari tu siapa pun tak tahu latar belakang CEO AGV sekarang ni" kata Kak Nisa.

"Artis mesti nak cari orang kaya... Jangan haraplah orang biasa – biasa macam kita ni" kata Mia sambil ketawa.

"Tapi Iskandar tu mesti orang senangkan... Tengok dari segi pakaiannya pun kita boleh agak dia orang senang" kata Mia.

"Kalau orang senang? Kenapa hari – hari dia naik public. Makan pun dekat café company je" kata Liya.

"Alah Liya... Orang yang kaya – kaya ni kan kadang – kadang dia tak nak menunjuk" kata Mia.

"Tak lah aku percaya Is macam kita – kita je... Bukan dari keluarga Dato mahupun DatoSri" kata Liya dengan penuh bersemangat.

"Liya pertahankan sangat Iskandar tu kenapa ye? Liya suka Iskandar tu ye?" tanya Kak Nisa tersenyum mengusik. Liya tergamam mendengar soalan Kak Nisa.

Iskandar tiba agak lewat, dia melihat kakaknya dan Abang iparnya duduk diruang tamu sambil menonton televisyen. Is cepat – cepat masuk kerana dia perlu mandi dan menunaikan solat Maghrib dengan kadar segera. Tidak lama kemudian dia keluar dari biliknya dan duduk bersama dengan kakak dan Abang iparnya.

"Is dah makan...? Mak Tam tinggalkan lauk... Kamu hangatkan je" kata Kak Yana.

"Dah makan Kak..." kata Iskandar sambil matanya ke TV tapi dia hanya menatap kearah kosong. Kakaknya melihat sahaja kearah adiknya itu.

"Is... bakal isteri kamu berlakon tu" kata Kakaknya sambil memuncungkan mulutnya kearah TV. Is hanya melihat Eliza tanpa ada perasaan.

"Macam mana dengan ehem...ehem...?" tanya Kak Yana.

"Is dengan dia bukan ada apa – apa la Kak... Lagipun dia dah ada boyfriend." Jawab Iskandar. Kakaknya agak terkedu. Jelas di wajah Iskandar ada kekecewaan diwajahnya yang cuba disembunyikan.

"Sejak bila Kak Yana suka tengok drama pukul 7 ni?" tanya Iskandar.

"Dah si Eliza tu bising – bising suruh tengok... Kak tengok la... Dekat Malaysia saja ada drama macam ni... Kak Yana kalau dekat London tak dak maknanya nak tengok... Tak sempat pun tengok TV" kata Kak Yana lagi.

"Memang si Eliza ni kalau berlakon memang jadi perempuan gatal ke? Pakai baju tapi macam nak bogel je?" tanya Kak Yana.

"Tengok la masa majlis kita buat hari Sabtu baru ni... Kak tengok pun pening kepala" kata Kak Yana.

"Cuba la tengok insta Eliza... Lagi berserabut" kata Iskandar. Kak Yana terus mencari di smartphonenya, Kak Yana hanya mengelengkan kepalanya.

"Eh... ni bukan bilik tetamu dekat rumah Ayah ke?" tanya Kak Yana bila melihat menunjukan satu gambar di telefonnya.

"Amboi caption... Retreating at our rest house" kata Kak Yana. Mereka bertiga berbual agak lama tentang Eliza.

"Esok kamu nak pergi kerja... pergi la dengan Akak la... Kak dengan Abang nak balik Penang pagi tu. Malam Kak nak balik London dengan kanak – kanak comel" kata Kakaknya yang sering membahasakan anaknya anak – anak comel.

"Is nak masuk awal Kak... Is naik public je" kata Iskandar.

"Kamu Is memang hari – hari naik public ke?" tanya Abang Akmal. Iskandar mengangguk.

"Kamu tahu Pak Tam cakap dekat Akak yang dia segan nak ambil gaji penuh sebab dia tak pernah drive kamu. Melainkan kalau kamu nak jumpa client saja" kata Kak Yana. Is hanya tersenyum.

"PakTam ingat kamu tak sukakan dia. Is kena juga jaga hati orang tua. Terlampau ikut prinsip payah juga" nasihat Kakaknya manakala Abang Iparnya mengangguk bersetuju dengan kata – kata isterinya.

"Lagi satu Mak pesan make sure clearkan dari sebarang aktiviti hujung tahun ni" kata Kak Yana lagi.

"Nak buat apa... Awalnya dah bagi tahu." Tanya Iskandar

"Mak kata dah lama sangat kita tak bercuti dekat Aspen... So, make sure kamu clearkan cuti... If possible bawa sekali Liya" kata Kakaknya.

"Apa kakak merepek ni... Liyakan ada boyfriend" kata Kakaknya.

"Is... Akak lagi rela Liya jadi adik ipar akak dari si Eliza tu. Kak Aria dengan Abang Amril mesti setuju dengan apa yang Akak cakap. Kalau Liya jodoh kamu, tuhan akan mudahkan." Kata Yana dengan penuh yakin. Iskandar seperti serba salah.

"Is... Akak kenal adik Akak ni... Bila Akak tanya pasal Liya mata cerah sama macam bila Akak cakap pasal Julia" kata Alyana lagi.

"Kalau Is suka dengan Liya ni... Is kena la cuba macam Abang Akmal dulu dengan Kak Alyana. Kak Yana kamu banyak peminat tapi Abang Akmal beranikan diri tanya Kak Yana kamu. Tapi Kak Yana suruh jumpa Ayah dan cakap dengan Ayah. Dua bulan lepas tu terus kahwin" cerita Abang Akmal mengingati kisah semasa dia cuba memikat Kak Alyana sambil tersenyum.

"Usaha Is... Kita tak tahu kalau tak usaha. Dengan Julia kamu betul berusaha kenapa tidak dengan Liya. Bagi usaha yang sama pada Liya" kata Kakaknya lagi.

"Kak... Julia adalah masa lampau Is." Kata Iskandar

"Kalau Julia masa lepas kamu, jadikan Liya masa depan kamu" kata Kakaknya bersungguh.

Is termenung diatas katilnya memikirkan apa yangdicakapkan oleh Kakaknya. Kepalanya berserabut memikirkan perlukah dia merebuthati Liya dari kekasihnya. Iskandar sendiri tidak menyangka yang Liya berjayamengetuk pintu hatinya. Sementara itu, Liya yang berbaring diatas katilnya jugamemikirkan Iskandar, lelaki yang baru dikenalinya tetapi begitu mudah dia mesradengan Is. Berbeza bila dia dengan Aiman. Aiman mengambil masa yang lama untukberjaya memikatnya tetapi dengan Is dia boleh berkongsi masalah dengan Is.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang