Chapter 8: Majlis

4.7K 67 0
                                    

Selepas Maghrib ahli keluarga Iskandar mula berkumpul diruang veranda belakang yang menuju kearah kolam. Cahaya menerangi rumah tersebut dengan lampu, agak lama rumah itu tidak disinari dengan cahaya lampu yang menceriakan. Ayah Iskandar pulang bersama dengan beberapa ahli jawatankuasa masjid dan beberapa orang jemaah masjid. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa kesyukuran. Selepas tamat bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan majlis hari lahir Iskandar.

"Balik juga kamu ye... Is" kata Abang Iparnya Dzakir dengan Kakak Keduanya Kak Aria yang mula duduk disebelahnya. Kakak Sulungnya Kak Yana bersama dengan suaminya Abang Akmal begitu juga dengan Abangnya Amril dan isterinya Kak Nadia.

"Nasib baik terjumpa Dzakir, kalau tak jumpa dekat Brixham... Masa nak deal dengan supplier untuk kita punya cruise ship. Jangan harap la Is nak balik." Kata Kak Yana tersenyum.

"Is buat apa dekat Brixham?" tanya Abang Amril kehairanan. Brixham merupakan sebuah bandar kecil yang berada di Selatan England dan terkenal dengan industry perikanan. Mendengar soalan Abangnya Iskandar tersenyum.

"Kamu betul – betul nak tahu Am... Is jadi nelayan" kata Kak Yana.

"Masa Kak Yana jumpa tu pun Kak tak perasan dengan berjambang, rambut panjang dengan bau ikan... Masa tu pun sebab dia hantar ikan dekat supplier yang Kak Yana tengah deal tu." tambah Kak Yana.

"Masa Abang Dzakir jumpa dekat Los Angeles... Is tengah ride motorsikal... Abang Dzakir tegur... Terus jalan tak pandang belakang... Nasib baik sebelum tegur Abang sempat tangkap gambar dulu, tunjuk dekat Kak Aria kamu. Kak Aria menangis suruh Abang cari Is" kata Abang Iparnya itu. Is tersenyum mendengar cerita Abang dan kakaknya. Ben dan Naz juga mendengar perbualan adik beradik itu.

"Abang Dzakir Is memang minta maaf sebab buat macam tu... Is tak nak orang jumpa Is lagi waktu tu. Is hanya nak tenangkan diri" kata Is.

"Ride? Bukan waktu tu Is dengan Julia dekat New York ke?" tanya Abangnya lagi. Wajah Kakaknya terus berubah dan mengerling kearah Amril dengan pandangan yang tajam. Iskandar tersenyum mendengar dan melihat reaksi abang dan kakaknya itu.

"Lepas Julia pergi... Is decide nak took the tour across America dan Europe" jawab Iskandar, jelas ada wajah sayu diwajahnya.

"Setahun lebih dekat US dan 8 bulan lebih dekat Europe" kata Is lagi. Iskandar menceritakan serba sedikit pengalamannya sepanjang berkelana. Saudaranya baru tahu bagaimana dia sentiasa dekat dengan syarikat keluarga walaupun dia hilang. Sepanjang dia berkelana dia kadang kala akan memasuki Syarikat Keluarganya dan bekerja disitu tanpa pengetahuan saudaranya dan ayahnya. Tiba – tiba perbualan mereka disertai oleh ibu dan ayahnya berserta dengan keluarga Eliza.

"Kamu semua berbual tentang apa?" tanya Dato Faiz yang merupakan bapa Eliza.

"Saja merisik cerita Iskandar pergi mana dan dia buat apa" jawab Kak Aria. Mereka semua tersenyum.

"Dah alang – alang Is dan semua anak Ayah dan Mak dah ada dekat sini. Ada perkara yang Ayah nak bincang dengan kamu Is" kata Ayahnya sambil mempersilakan Dato Faiz memulakan bicara.

"Pak Cik nak sampaikan hajat besar pada Is... Pakcik dengan Makcik Fatimah kamu..." kata Dato Faiz. Iskandar dapat mengagak kemana perbualan ini akan berakhir Iskandar terus menyampuk.

"Dato... Datin... Apa sahaja hajat Dato dan Datin... Maaf saya tak dapat tunaikan. Saya minta maaf sangat" kata Iskandar. Wajah Dato Faiz dan Datin Fatimah berubah, begitu juga Eliza

"Is dengar dulu apa yang PakCik Faiz dengan MakCik Fatimah kamu nak cakap" kata ibunya. Saudara – saudaranya semua terdiam. Iskandar begitu marah tetapi disimpan sahaja, Kak Yana perasan dengan kemarahan yang mula timbul didalam mata Iskandar.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang