Chapter 21: Ride

8.1K 77 2
                                    

"Liya keluar la sekejap" rayu lelaki itu melalui telefonnya.

"Cukuplah Aiman. Tak guna Aiman buat macam ni" balas Liya dengan lembut.

"Sekejap je. Please. Aiman nak minta maaf depan – depan Liya. Aiman nak betulkan balik" kata Aiman.

"Please Aiman... Jangan paksa Liya boleh. Liya dah tak ada hati. Liya harap Aiman dapat jumpa dengan orang yang lebih baik daripada Liya" balas Liya. Mendengar kata – kata Liya membuatkan Aiman naik angin dan terus melenting.

"Woi... Perempuan kau ada jantan lain bukan?" jerkah Aiman. Jerkahan Aiman membuatkan Liya terkejut.

"Jantan tu hebat sangat ke? Baik sangat dari aku ke?" tanya Aiman yang masi tinggi suaranya.

"Aiman. Benda -benda macam ini lah yang buat Liya makin hilang rasa sayang pada Aiman" kata Liya.

"Tak berhenti – henti menuduh. Semua benda Liya kena ikut cara Aiman. Aiman pernah fikir apa yang Liya rasa selama ni" kata Liya.

"Aiman terlampau cemburu selama kita bersama dulu banyak benda Liya kena mengalah. Liya penat Aiman. Lagipun kalau Liya betul ada orang lain sekalipun. Itu hak Liya untuk mencari yang terbaik sebagai teman hidup Liya." Kata Liya lalu dia mematikan telefonnya. Lega hatinya kerana dia dapat meluahkan perkara yang terbuku dihatinya. Diatas meja disebelah katilnya sejambak bunga rose masih segar dan dijaga dengan baik oleh Liya. Dia tersenyum melihat bunga tersebut begitu juga hatinya berbunga – bunga menenangkan hatinya.

Liya keluar dari biliknya dia memerhatikan dua rakan serumahnya sedang memerhatikannya. Jelas diwajah mereka yang mereka berdua risau.

"Mia, Kak Nisa tak perlu risau. Liya baru habis bertekak dengan Aiman" kata Liya dia terus duduk di sofa.

"Liya ok tak?" tanya Mia

"Okay je. Biasalah Mia. Aiman masih dengan perangai dia. Kata nak pujuk tak pasal – pasal terus menuduh" kata Liya. Kak Nisa tersenyum dengan kata – kata Liya.

"Liya, Mia petang ni kita pergi Bukit Ampang nak?" tanya Kak Nisa.

"Mia okay je, Liya jom lah kita pergi relax – relax" ajak Mia. Liya berfikir tentang ajakan Kak Nisa dan Mia.

"Liya ajak Iskandar sekali." kata Kak Nisa.

"Tak kacau orang ke? Ajak secara mengejut. Liya tak pernah ajak Is tiba – tiba" kata Liya

"Ini lah nak tahu kalau dia suka Liya atau dia test market je?" kata Kak Nisa tersenyum. Sebenarnya Kak Nisa memang mengetahui yang Iskandar menyukai Liya. Cuma Kak Nisa hanya mahu memastikan sejauh mana Liya menyukai Iskandar.

Selepas Maghrib mereka bertiga keluar menaiki kereta Honda Jazz milik Kak Nisa. Kuala Lumpur bandar yang penuh dengan orang yang mencari rezeki. Ada sesetengah manusia di kota Kuala Lumpur siangnya mereka bekerja di pejabat malamnya mereka akan berniaga secara kecil – kecilan. Kebanyakan dari mereka bekerja untuk mencari rezeki untuk sesuap nasi untuk meneruskan hidup. Perjalanan mereka ke Bukit Ampang pada malam itu tenang kereta yang agak banyak.

"Tadi kau bawa apa dalam beg tadi?" tanya Liya apabila dia teringat sebuah beg yang dibawa oleh Mia ketika dia turun agak lambat sikit dari Liya dan Kak Nisa.

"Taka da apa – apalah. Cuma barang yang aku nak donate" kata Mia tersenyum. Liya hanya mengangguk tanpa ada ragu – ragu.

"Pandai Liya pujuk Is" tanya Kak Nisa.

"Mula – mula dia malu juga kalau dengan Liya saja. Tapi bila Liya cakap berempat dia okay" kata Liya. Kak Nisa hanya tersenyum mendengar kata – kata Liya. Melihat Kak Nisa tersenyum Liya bertanya.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang