Chapter 38: Kekok

4.8K 67 0
                                    

Liya yang sedang menunggu lift menunggu dengan sabar. Liya diperhatikan oleh beberapa staff yang lain dan ada yang mula berbisik di kalangan mereka. Apabila pintu lift terbuka dia terus melalukan kad kerjanya dan menekan punat tingkat 30. Ada pekerja yang tersenyum dan ada juga yang menjeling dengan rasa meluat. Liya hanya membiarkan pandangan tersebut. Sehinggalah lift hanya ada Liya dan seorang lagi yang Liya tidak kenal. Tiba – tiba lelaki itu bertanya

"Kamu siapa? Kamu dari department mana?" tanya lelaki itu, suaranya seperti kemenggahan. Lelaki yang berusia lebih kurang sebaya dengan ayah Liya. Lelaki itu yang berbadan besar dan berperut buncit dengan rambut yang jarang terdapat beberapa helai rambut disikat ketepi untuk menutup kepalanya yang botak. Dia beberapa kali mengelap muka dan lehernya yang berpeluh dengan kain sapu tanggannya.

"Saya dari Unit Asset & Property Development. Nama saya Aliya Adina" jawab Liya dengan hormat kerana dia tahu siapa lelaki itu kerana pernah diperkenalkan semasa Liya menghadiri orientasi walaupun hanya sekadar dari gambar sahaja.

"Hmmmm" kata lelaki itu sambil tersenyum, tetapi senyumannya dilindungi oleh misainya yang tebal. Liya dapat merasakan lelaki itu melihatnya dari kepala tudungnya sehingga ke hujung kakinya.

"Awak staff baru ke? Tak pernah nampak pun?"" tanya Lelaki itu.

"Saya baru join dengan AGV tahun ni" jawab Liya.

"Sayang orang semanis dan secantik awak di parkkan kedalam unit tu... Apa kata saya pindahkan awak kedalam Depament Kewangan. Boleh bersama dengan saya" kata lelaki itu.

"Tak mengapa Dato' Ramli... Lagipun kepakaran saya bukan dalam bidang kewangan" jawab Liya.

"Owh... Awak kenal saya ye..." katanya dengan tersengih. Akhirnya lift tiba di tingkat 25, tetapi lelaki itu tidak turun dari lift tersebut.

"Dato... Dato bukan tingkat ini ke?" tanya Liya.

"Tak apa saya temankan awak ke tingkat 30" kata lelaki itu. Mereka berdua terus menunggu sehingga lift membawa mereka ketingkat 30. Tiada perbualan antara mereka selepas itu sehingga Liya tiba ditingkat 30.

"Dato saya turun sini" kata Liya yang terus turun dan menuju ke arah pejabat Iskandar. Lelaki itu melihat setiap langkah Liya. Dia menumpukan penglihatannya kepada punggung Liya dan tanpa disedari sesiapa dia menjilat bibirnya sambil tersenyum.

Liya terus berjalan menuju kearah office yang paling hujung. Disitu Liya sedar ditingkat tersebut hanya ada beberapa pejabat. Liya dapat melihat pejabat Chairman yang merupakan pejabat ayah Iskandar, meeting room, board room. Di tingkat itu hanya ada 4 orang yang bekerja, salah seorang daripadanya Kak Dilah. Kak Dilah tersenyum apabila melihat Liya berjalan kearahnya. 3 lagi pekerja hanya tersenyum kerana itu merupakan kali pertama mereka berjumpa dengan Liya.

"Assalamualaikum Liya... Duduk dalam office akak dulu ye... Tn Iskandar tengah jumpa dengan press kejap" kata Kak Dilah. Liya hanya mengangguk dan terus duduk di sofa yang berada didalam pejabat Liya.

"Liya... Akak nak tangkap gambar Liya boleh? Kakak.. Tn Iskandar minta" kata Kak Dilah tersenyum. Terkejut Liya mendengar permintaan Kak Dilah.

"Eh Kak... Malulah..." kata Liya tersenyum dan jelas kemerahan pipi Liya.

"Tak apa... Lagipun Keluarga Dato Amer dah tahu pasal Liya." Kata Kak Dilah lagi. Liya terkejut sekali lagi apabila mendengar apa yang dikatakan Kak Dilah. Keluarga TanSri Amer mengetahui tentangnya. Tanpa Liya sedari Kak Dilah terus mengambil gambar Liya dan menunjukkan pada Liya.

"Gambar ni cantikkan... Sama pula warna pakaian Liya dengan Tn Iskandar hari ni" kata Kak Dilah dan menunjukkan gambar tersebut kepada Liya secara bersahaja. Liya pada hari itu kebetulan memakai blouse dan berjaket yang sepadan warnanya dengan Iskandar, Liya baru sedar kerana kepanikkan yang dilaluinya pagi tadi. Tidak lama kemudian, beberapa orang keluar dari pejabat Iskandar mereka semua keluar dengan membawa camera. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Kak Dilah dan terus pergi.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang