****** matured content********
Hari itu Iskandar keluar bersama dengan PakTam, sejak Iskandar mula dikenali agak sukar buat Iskandar untuk pergi kemana – mana secara bersendirian. Iskandar mempunyai temujanji dengan rakannya yang memerlukan bantuan untuk melaksanakan project baru. Perjalanan mereka pada ketika itu tenang tetapi Iskandar tahu masih ada wartawan dan paparazzi yang mengikutnya. Sejauh mana Iskandar dibincangkan di kaca televisyen bukan sekadar tentang syarikatnya sahaja tetapi lebih kepada kehidupan peribadinya. Bagi Iskandar biar mereka berbincang perkara yang tidak betul asal dia melindungi Liya dari dibincangkan di media. Liya dan Iskandar sudah membincangkan tentang yang Iskandar tidak mahu Liya terdedah dengan media.
Iskandar tiba ditempat yang dijanjikan dimana kedua sahabat baiknya menetap sepanjang mereka di KL. Dia terus menuju kearah restoran yang ada didalam hotel tersebut. Dua sahabatnya sedang menunggu, Iskandar terus bersalam dengan mereka berdua.
"Assalamualaikum... Mr. Charming... "kata Naz sambil tersenyum
"The Most Eligible Bachelor..." tambah Ben. Iskandar menjawab salam dengan senyuman mendengar kata sahabatnya itu kerana usikan dari sahabatnya yang menggunakan gelaran yang diberikan oleh media padanya.
"Lama kau tak balik Penang?" tanya Naz tersenyum.
"Macam mana nak balik... Aku sibuk dengan kerja...Lagipun parents aku sekarang tengah busy tour tengok cucu lepas umrah hari tu" kata Iskandar. Ben dan Naz mengangguk.
"Kita discuss dulu la pasal business... "Kata Ben. Mereka berdua menyerahkan proposal untuk dibaca oleh Iskandar. Iskandar mengambil masa sedikit masa untuk membaca.
"So korang nak AGV jadi venture korang ke? Macam mana?" tanya Iskandar.
"Eh... Ini venture kita bertiga... Tak melibatkan company bapa kita pun" kata Naz yang bersungguh – sungguh. Iskandar hanya mengangguk.
"Aku boleh je kalau nak jadi partner. Cuma aku kena jadi sleeping partner je la... Tolong sikit - sikit" kata Iskandar.
"Tak apa... Aku dengan Ben yang akan uruskan. Lagipun aku rasa dah sampai masa aku venture kearah lain" kata Naz.
Selepas seketika mereka mula berbual tentang diri masing -masing.
"Is... gossip makin dahsyat kau ye sekarang" kata Ben.
"Gossip apa pula? Aku sendiri tak amik tahu Ben" kata Iskandar.
"Kau ni... Kena ambil tahu sikit la gossip pasal kau" kata Naz.
"Tak ada kepentingan untuk syarikat aku tak ambil tahu sangat" kata Iskandar.
"Eliza selalu datang pejabat kau kan?" tanya Naz.
"Yeah... tapi aku malas nak layan. Dia datang pun aku tak tau. Secretary aku je la ya bagitahu aku." Kata Is".
"No wonder berita artis sekarang berbunyi kau dengan Eliza. Selalu lunch dengan Eliza la... Eliza bawa bekal untuk bakal suami la" Kata Ben.
"Tadi aku nampak Eliza tengah shooting dekat golf course pagi tadi" kata Naz. Tiba – tiba mereka ditegur oleh satu suara yang kuat.
"Hey...Korang... Ada dekat sini buat apa? Is pun ada" kata perempuan tersebut. Tanpa dijemput perempuan tersebut terus dengan mereka dan bersebelahan dengan Iskandar.
"Aku dengan Naz ada training dengan MITI. Ajak Is jumpa sekejap" kata Naz tersenyum.
"I pun ada shooting dekat sini. Untuk filem baru" kata Eliza.
"Drama dah habis ke?" tanya Iskandar.
"Wow... Is, You tengok drama I ke? Drama dah habis, tapi dekat tv masih ongoing sekarang tengah shooting filem." Kata Eliza sambil memandang tepat ke arah Iskandar.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.