"Julia dah tak cintakan Abang lagi. Cukuplah sampai sini Abang." Kata Julia
"Abang... Abang berhak mencari kebahagian. Maaf sebab Julia bukan yang terakhir untuk Abang" kata Julia pada Iskandar.
"Kenapa Julia buat keputusan macam ni... Abang sayangkan Julia. Sampai mati Abang sayangkan Julia" kata Iskandar.
"Kalau Abang sayangkan Julia... Habis tu, Liya siapa?" tanya Julia. Pertanyaan Julia membuatkan Iskandar terkedu. Iskandar terjaga dari tidurnya dengan peluh membasahi badannya. Iskandar begitu terkejut dengan mimpi yang dia alami, Iskandar beristighfar sendiri perlahan – lahan. Dia terus bangun dan mandi dan terus menunaikan solat tahajud sementara menunggu waktu solat Subuh. Pagi itu Iskandar bersama dengan PakTam ke masjid untuk mengerjakan ibadat solat Subuh di masjid. Kembali dari solat Subuh, Iskandar terus dengan rutin mingguannya seperti ke gym dan berenang. Hatinya tidak tenang dengan apa yang dimimpikannya.
"Adilkah aku untuk Liya?" tanya Iskandar kepada dirinya sendiri. Dia sayangkan Liya tetapi mimpi itu mengingatkannya kembali pada Julia. Sedikit sebanyak mimpi tersebut menganggu mindanya. Pemergian Julia merupakan satu misteri buatnya. Sejak dia Julia pergi langsung tiada khabar berita dari Julia. Bukan Iskandar tidak pernah mencari, pencarian Iskandar hanyalah seperti mencari bayang – bayang, wujud tubuhnya tetapi pasti tidak akan dapat disentuhnya.
Iskandar dibawah pancuran air mandi, masih memikirkan perkara yang menganggu emosi dan fikirannya. Tiba – tiba pintu bilik mandi diketuk Tok...Tok...Tok
"Tn.Iskandar... ada panggilan telefon dari Cik Aliya" MakTam memberitahu. Iskandar terkejut mendengar kata – kata MakTam. Iskandar cepat -cepat mengambil robe towel dan terus keluar dari bilik mandi. Dia mengambil telefonnya dari tangan MakTam
"Is... Is terlupa ye?" suara yang sangat merdu bertanya.
"Sorry Liya... Is baru sudah mandi, tadi baru sudah jogging" kata Iskandar.
"Ingat Is terlupa tadi." Kata Liya
"Is ingat... Can you give me 30 minutes...? Is nak siap kejap" pinta Iskandar.
"Okay... Dah sampai missed call ye" kata Liya yang sambil tersenyum. Is dapat merasakan yang Liya tersenyum kepadanya dengan nada suaranya yang menghantui Iskandar. Iskandar sambil tersenyum terus bersiap.
Sementara itu diapartment 3 dara, Liya mematikan telefonnya dia terfikir sesuatu. Liya merasakan sesuatu yang pelik dari panggilan tadi. Setakat pengetahuan Liya, Iskandar tinggal bersendirian.
"Siapa perempuan tadi? Kenapa dia panggil Is, Tuan Iskandar" tanya Liya pada dirinya sendiri. Liya termenung sendiri. Kak Nisa yang keluar dari biliknya melihat yang Liya sedang termenung.
"Aik nak keluar dating pun monyok?" tanya Kak Nisa.
"Taka da apalah Kak... Tadi Liya call Is... suara perempuan yang jawab" jawab Liya.
"Huh??? Perempuan yang angkat phone Iskandar" terkejut Kak Nisa. Liya tersenyum melihat reaksi Kak Nisa yang begitu terkejut.
"Bukan perempuan yang macam akak fikir tu" kata Liya. Mendengar kata- kata Liya, wajah Kak Nisa terus lega.
"Perempuan tu panggil Iskandar, Tuan Iskandar. Lagipun apa yang Liya tahu Iskandar dia tinggal berseorangan" kata Liya pada Kak Nisa yang sedang berfikir.
"Liya tak perlu risaulah... Mungkin tu orang ambil upah untuk bersihkan rumah" jawab Kak Nisa.
"Orang bujang kadang – kadang memang upah orang datang kemas rumah" tambah Kak Nisa. Kata – kata Kak Nisa berjaya menghilangkan rasa curiga Liya pada Iskandar.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomansaAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.