Disebuahcafé franchise yang amat terkenal, terdapat dua buah kereta sport yang menarikperhatian orang ramai dan mereka mula mengambil gambar. Sebuah Ferarri Romamilik Naz dan McLaren 570s milik Ben. Naz dan Ben merupakan rakan baik Iskandarsejak mereka berada di zaman sekolah lagi. Kedua – dua mereka juga bukan darikeluarga biasa, dari cara pemakaiannya dengan kereta yang dipandu mereka jugadatang dari keluarga usahawan. Naz dan Ben bersama dengan pasangan kekasihmereka menunggu rakan mereka dengan penuh sabar.
"Nak bet tak Naz?' tanya Ben yang tersengih sambil melihat kearah Naz.
"Nak bet apa?" tanya Naz kembali
"Jom kita bet... Is dia bawa kereta apa? Aku rasa dia bawa Aventador atau 911" kata Ben sambil tersenyum.
"Kita dah kawan lama dengan Is... Kau masih tak kenal dia Ben... Aku kata dia ride... Motor apa aku tak tau sebab aku tak minat motor... Tapi yang pasti memang motor" kata Naz tersenyum.
"Is naik motor takkan lah" kata Ben cuba menidakkan kata Naz.
"Kau tak ingat masa kita buat A-Level dulu, kita semua beria – ria pakai kereta... Is dia pakai 125z ja" kata Naz.
"Itu dulu... Masa kita student sekarang lain Bro... Ok... Aku letak Rolex... Naz kau kena letak IWC yang kau pakai sekarang" Ben tersengih yakin. Naz hanya tersenyum dengan kata kata Ben.
Tidak lama kemudian bunyi motosikal mengaum memasuki simpang ke café tersebut. Melihat motorsikal Ducati Diavel yang berhenti dan penunggang itu mula meletakkan motorsikalnya di tempat parking dan berjalan sambil perlahan – lahan menanggalkan helmetnya. Ben mula risau dengan tingkah langku penunggang motorsikal tersebut, manakala Naz pula tersenyum kerana dia tahu rakan yang ditunggu mereka telah tiba. Iskandar masuk dan terus menuju kearah mereka berempat yang sedang ketawa.
"Ladies can you give us some space" kata Naz pada kekeasih mereka. Mendengar permintaan Naz kekasih mereka berdua meninggalkan mereka dan menuju ke meja sebelah. Kedua – dua gadis tersebut memerhati dengan teruja kearah Iskandar. Mereka bertiga bersalam dan berpelukan.
"Miss you Bro... Amacam kau punya kelana across America and Europe" tanya Naz.
"Alhamdulillah... aku bukan kelana bodoh je... Aku kerja juga... Sempat juga la masuk dalam company family aku" kata Is.
"So sekarang kau dah confirm la masuk AGV?" tanya Ben. Iskandar mengangguk.
"Korang pun dah masuk company family kan?" tanya Iskandar.
"Dah masuk... tapi macam biasa la bapa aku mana nak percaya dengan aku... Aku pun manager je" kata Ben dengan nada tidak puas hati.
"Macam mana bapa kau nak percaya... Balik lambat, bertukar girlfriend macam tukar baju... Ni yang ke berapa ni? Aku pun tak tahu nama apa" cerita Naz tersengih. Iskandar hanya tersenyum.
"Baru aku nak tanya ni girlfriend ke berapa" kata Iskandar sambil ketawa.
"Korang berdua pantang betul... asal ada peluang mesti nak kenakan aku" kata Ben.
"Kita bukan muda lagi Ben... Sampai bila kita nak berseronok ja?" kata Iskandar.
"Naz... kurang2 nye dia dah tunang dengan girlfriend dia" kata Iskandar lagi.
"Is... kau pun sama... pandai cakap je... Habis kau dengan Eliza tu... Siap boyfriend saya tidak mahu dikenali la, dia seorang pemalu, tidak mahu menganggu karier lakonan saya..." kata -kata Ben membuatkan Iskandar hairan.
"Apa yang kau cakap Ben?" tanya Iskandar bertambah pelik. Naz dan Ben memandang kearah diri mereka.
"Kau tak tahu ke? Tanya Naz. Dia mengeluarkan telefonnya dan menghantar beberapa gambar melalui aplikasi whatsapp. Iskandar menerimanya dan mula membaca kelipan surat khabar yang dihantar. Hahaha Iskandar tertawa.

KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.