Chapter 35: Lega

6.3K 82 1
                                    

Liya terjaga dari tidurnya, dia berada di tempat yang asing baginya. Liya bertambah panik apabila dia dapat merasakan ada dua orang yang tidur disebelahnya. Liya mula panik dia memegang tubuh badannya, pada mulanya dia ingat dia telah dikerjakan oleh Zack dan Bad. Apabila dia memegang badannya, dia dapat merasakan pakaian masih melekat dibadannya cuma dia kini berpakaian berbeza. Liya bergerak perlahan – lahan turun dari katil, dalam suasana yang gelap dia bergerak ke pintu apabila melihat cahaya di kaki pintu.

Liya keluar perlahan – lahan dari bilik, dengan cahaya yang masuk ke bilik dia sedar yang Kak Nisa dan Mia adalah orang yang menemaninya tidur. Lega hati Liya kerana dia tahu dia tidak diapa-apakan oleh dua orang lelaki durjana. Sekarang dia ingin menyiasat dimanakah dia berada. Liya berjalan perlahan – lahan ke ruang tamu yang suram cahayanya. Liya dapat melihat waktu pada ketika itu adalah 4:30 pagi. Liya berjalan perlahan, dia dapat melihat ada tubuh yang sedang tidur diatas sofa ruang tamu. Hati Liya bertambah lega apabila melihat lelaki yang sedang tidur diatas sofa. Liya duduk diatas lantai berlapikkan carpet Turkey yang lembut. Liya betul – betul duduk dihadapan Iskandar dan bertelaku di hadapan wajah Iskandar.

"Terima kasih... Is... Is selamatkan Liya" kata Liya pada Iskandar yang sedang tidur.

"Liya bersyukur sangat ada orang yang sayangkan Liya macam Is" kata Liya lagi, pada ketika itu Liya semangnya ikhlas mencintai lelaki itu. Liya mula mengusap rambut lelaki tersebut, tiba – tiba air mata Liya menitis kerana dia sedar sekiranya lelaki itu tidak datang tepat pada waktunya entah apa yang akan terjadi padanya.

Iskandar membuka matanya perlahan – lahan kerana dia merasakan ada sentuhan tangan di pipinya.

"Liya..." Iskandar terus bangun apabila melihat air mata Liya mengalir.

"Liya... you okey?" tanya Iskandar kedua – dua tangan Iskandar menyentuh lembut pipi Liya. Liya mengangguk.

"Im scared to death of what happened yesterday" kata Iskandar dia mengambil tangan Liya dan mengenngam tangan Liya.

"Liya... Is minta maaf dengan Liya. Is sepatutnya tunggu dengan Liya. Is tak patut tinggalkan Liya untuk balik sendiri. Is sepatutnya jaga Liya dari perkara – perkara macam ni. Is dah janji dengan parents Liya. Liya maafkan Is." Rayu Iskandar diatas kesalahan dan kelalaiannya. Tidak disangka Liya yang Is menitiskan air matanya. Liya kalau ikut hatinya mahu sahaja di memeluk lelaki itu.

"Is tak salah... Is dah sedaya upaya jaga Liya. Is... terima kasih. Is memang selamatkan Liya tepat pada waktunya" kata Liya.

"Liya... Is sayangkan Liya... Is sayangkan Liya sangat... If anything, happen to you... Im loss. Is janji... Is akan jaga Liya sampai bila - bila" kata Iskandar. Liya tersenyum mendengar kata Iskandar.

"Liya pun sayangkan Is... Sangat -sangat sayangkan Is" kata Liya. Madah cinta mereka didengari oleh dua orang yang mengintai dari bilik.

"Nampaknya kita kena plan cari orang baru nak sewa Kak Nisa" bisik Mia, Kak Nisa tersenyum mendengar kata Mia.

Pagi itu MakTam menyediakan sarapan untuk penghuni dan tetamu yang berada di apartment Iskandar. MakTam dibantu oleh tetamu yang berada dirumah Iskandar. Liya ingin membantu tetapi dilarang oleh MakTam dan menyuruh Liya berehat sahaja Liya menghabiskan masanya melihat gambar – gambar yang menghiasai apartment tersebut. Iskandar juga meminta Liya untuk berehat sahaja dirumahnya, dia tidak mahu Liya ke pejabat pagi itu, begitu juga Kak Nisa dan Mia mengambil cuti kecemasan. Mereka berempat akan ke balai polis dan akan meneruskan untuk membuat laporan polis. Orang yang paling panik waktu pagi tersebut adalah Kak Dilah. Pagi – pagi lagi dia menelefon Iskandar untuk mengetahui keadaan Liya. Lega hatinya apabila mengetahui Liya selamat di sisi Iskandar.

"Ini gambar keluarga Is?" tanya Liya apabila melihat gambar keluarga.

"Ya..." kata Iskandar sambil memperkenalkan kesemua ahli keluarganya.

"TanSri Umar ni macam tegas je orangnya" kata Liya apabila melihat riak wajah Ayahnya.

"Ayah Is memang tegas orangnya. Kadang – kadang Is pun tak boleh ikut kehendak Ayah" kata Iskandar sambil mengangguk.

"Tapi Is rasa, Liya akan selesa dengan Kak Alyana... Kak Yana paling rapat dengan Is. Semua masalah Is, selalu nasihat Is, selalu tegur Is... Kak Yanalah orangnya." Kata Is.

"Kak Yana dia tak tinggal disini?" tanya Liya lagi.

"Kakak – kakak dan Abang, Tn Iskandar diorang tak tinggal di Malaysia" sampuk MakTam yang tersenyum melihat kemesraan Liya dengan Iskandar.

"Tak tinggal Malaysia? Habis tu tinggal di mana?" tanya Liya.

"Liya... Kan business AGV ni besar. So diorang kebanyakan tinggal di luar negara. Cuma Akak tak pasti saudara Is tinggal dimana" kata Kak Nisa. Iskandar hanya tersenyum.

"Kak Yana dia di London, Kak Aria di LA dan Abang Amril dia di Dubai" kata Iskandar.

"So bila Is cakap yang Is pergi outstation tu... Is pergi sana ke?" tanya Liya.

"Kadang kadang Liya. Kerapnya kesitu lah... Tengok business disana" kata Iskandar.

"Mak dengan Ayah Is?" tanya Liya lagi.

"Kerap di Penang... tapi macam sekarang ni Mak dan Ayah Is ada di Mekah tengah buat umrah. Is akan bawa Liya jumpa diorang di US" kata Iskandar. Mendengar kata Iskandar MakTam tersenyum hingga ke telinga.

"Kenapa MakTam? Tanya Kak Nisa apabila melihat MakTam.

"Alhamdulillah... Nak juga Iskandar berkahwin... Ingat dah tak nak kawin" kata MakTam tersenyum lagi.

"Orang macam Is taknak kahwin MakTam?" kata Kak Nisa perasaan sebagai wartawan mula tergerak untuk mencari cerita.

"Is... mungkin sekarang masa tak kena? Boleh Kak Nisa interview Is dan buat scoop untuk majalah dan suratkhabar Kak Nisa" tanya Kak Nisa.

"Nampak gaya Is memang tak boleh elak la kan?" kata Iskandar.

"Please Kak merayu ni" rayu Kak Nisa. Iskandar melihat kearah Liya. Liya tidak berkata apa – apa. Iskandar seperti berfikir samaada untuk menerima pujukan Kak Nisa atau tidak.

Mereka berempat bersama dengan pengawai keselamatan berada di Balai Polis untuk siasatan. Kak Nisa dan Mia hanya tunggu di luar. Sementara itu pegawai keselamata, Liya dan Iskandar masuk ke bilik untuk siasatan lanjut. Siasatan dari pihak polis berjalan lancar, dan Liya sedar ada beberapa pegawai atasan polis menegur dan mengenali Iskandar.

Pada masa yang sama, di luar bilik siasatan Kak Nisa yang menunggu terjumpa dengan rakan sekerjanya yang sedang membuat liputan.

"Nisa buat apa dekat sini?" panggil rakan sepejabatnya yang bernama Anne.

"Aku teman rakan serumah aku, dalam bilik penyiasatan" kata Kak Nisa.

"Fuh... Aku ingat kau cover case aku, kaukan cover pasal business tetiba cover pasal jenayah pelik juga aku" kata Anne lega.

"Case apa yang kau tengah scoop ni?" tanya Kak Nisa.

"Case sendiket pelacuran kelas atasan... Melibatkan VIP dan artis" kata Anne lagi yang ternampak Iskandar bersama Liya keluar dari pejabat polis.

"Perempuan dengan lelaki tu ke kawan kau?" tanya Anne. Kak Nisa hanya mengangguk.

"Kenalkan aku dengan lelaki tu... Cerah mata I tengok dia" kata Anne tersengih.

"Kau cakap la dengan girlfriend dia tu" kata KakNisa tersenyum sambil menunjukkan kearah Liya.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang