Julia
Seorang lelaki sedang duduk dibawah pokok, dia sedang membaca nota berdepan dengan sebuah banggunan di padang yang sedang berbunga dengan pelbagai jenis bunga. Cuaca yang agak nyaman membuatkan lelaki focus dengan bacaannya.
Seorang gadis keluar dari bangunan fakulti, dia melihat sekeliling mencari seseorang. Dia ternampak lelaki tersebut, dia terus tersenyum dan dia berjalan sambil tersenyum. Rambutnya yang ditiup angin lembut membuatkan dia bertambah anggun dan keayuannya terserlah. Gadis itu berjalan dengan perlahan agar lelaki itu tidak menyedari kedatangannya. Lelaki itu begitu focus langsung tidak menyedari kedatangan gadis tersebut. Gadis tersebut terus berbaring di atas rumput dan meletakan kepalanya di atas riba lelaki tersebut dan menutup wajahnya dengan nota – nota lelaki tersebut. Lelaki itu tersenyum melihat gadis tersebut berbaring diatas ribanya.
"Macam mana exam?" tanya lelaki itu. Gadis itu mengeleng – geleng kepalanya wajahnya masih ditutup dengan nota. Lelaki itu mengambil notanya dan gadis itu tersenyum melihat kearah lelaki tersebut.
"Alhamdulillah... Because of you keep praying for me, teman I study and always support me. My Prince" kata gadis tersebut menarik hidung lelaki itu dengan lembut dan manja. Lelaki itu senyum lega dengan jawapan gadis tersebut.
"You mesti penatkan Sayang overnight semalam" kata lelaki itu lagi.
"Bila Sayang dengan Abang Is... Penat dah hilang." Kata gadis itu sambil tersenyum.
"Abang... Jom pergi tengok wayang nak? Lama tak pergi tengok. Lagipun exam dah habis ni" kata gadis tersebut melihat kearah Iskandar penuh dengan rasa sayang.
"Sayang. Abang Iskan ada presentation esok" kata Iskandar memberi alasan. Gadis itu mendengar dan melakukan aksi merajuk manja. Iskandar tahu yang gadis tersebut hanya mahu bermanja dengan kekasih hatinya.
"Cik Julia... My Baby... My Princess... Abang Is bawa Julia pergi tengok wayang lepas Abang habis presentation esok ye" kata Iskandar. Julia memusingkan kepalanya sambil tersenyum.
"Ok... Ju tunggu Abang dekat sini juga ye... Waktu Abang presentation esok." Janji Julia. Iskandar memimpin tangan Julia.
Julia merupakan seorang gadis yang pintar. Dia antara pelajar cemerlang yang mendapat tawaran biasiswa dari Yayasan Keluarga Amer. Pertemuan kali pertama antara Iskandar dan Julia didalam Persatuan Anak Yayasan Amer membuatkan Iskandar dan Julia jatuh kedalam lembah cinta sedalam -dalamnya. Julia pada ketika itu dia ditahun pertama manakala Iskandar di tahun akhir pengajian ijazahnya. Setelah Iskandar tamat pengajian dia bekerja di Kota New York di salah sebuah syarikat naungan AGV. Kemudian dia kembali menyambung pengajian Sarjana kerana dia mahu sentiasa bersama dengan Julia. Eliza juga merupakan pelajar di Universiti yang sama dan merupakan pelajar di tahun yang sama dengan Julia. Cuma membezakan Julia dan Eliza adalah course yang diambil mereka.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.