Seorang wanita yang seksi memandu keretanya dengan laju menuju kearah sebuah bangunan. Apabila dia melihat berita terkini tersebut dia terus berkejar ke pejabat Iskandar bersama Pengurusnya.
"Cepat Eliza, ni lah masa dia kau nak buat public appearance dengan Iskandar tu" kata Zufa. Eliza memandu dengan laju dan tidak menghiraukan lampu isyarat. Mereka tiba ketika para wartawan sedang bersiap untuk pulang ke pejabat masing – masing. Manakala Paparazzi sentiasa menunggu di sekitar banggunan untuk mendapatkan gambar atau cerita untuk dijual kepada majalah ataupun suratkhabar untuk dijadikan bahan gossip. Ketibaan kereta yang dipandu Eliza mengejutkan para wartawan. Mereka terus menyerbu kearah kereta Eliza. Eliza keluar dengan senyuman.
"Eliza apa tujuan datang kesini?" tanya seorang wartawan.
"Saya datang nak beri sokongan kepada teman baik saya" kata Eliza tersenyum.
"Apa hubungan Tn Amer Iskandar dengan Eliza?" tanya seorang lagi wartawan.
"Saya dengan Iskandar kami rapat sejak dari zaman University lagi. Lagipun kedua ibu bapa kami rakan baik" Kata Eliza sambil tersenyum.
"Cik Liya dengan Tn Amer berpasangan ke?" tanya seorang wartawan berdasarkan jawapan Eliza tadi. Eliza tidak menjawab hanya tersenyum dengan soalan tersebut.
"Maafkan saya... Saya pergi dulu ye... Jumpa lain kali ye" kata Eliza yang terus memasuki lobby pejabat tersebut. Eliza terus menuju ke lobby dan meminta kad pelawat dan terus menuju ke tingkat 30. Dia tahu dia perlu mengajak Iskandar keluar dengannya, supaya dia mendapat liputan luas di media. Apabila tiba di tingkat 30 dia terus menuju kearah pejabat Iskandar. Dia cuba memasuki pejabat Iskandar tetapi dihalang oleh Kak Dilah.
"Eliza kenapa datang sini? Tn Iskandar tak ada dia keluar" kata Kak Dilah dengan tegas. Meluat Kak Dilah melihat cara pemakaian Eliza yang berskirt pendek dan bertshirt v-neck yang cuba menunjukkan buah dadanya kepada orang ramai.
"Dia keluar pergi mana?" tanya Eliza meninggikan sedikit suaranya.
"Tn Iskandar jumpa client..." jawab Kak Dilah dengan selamba.
"Bila dia balik. Cakap dekat dia saya nak jumpa dengan dia" kata Eliza yang masih cuba menolak pintu pejabat Iskandar.
"Eliza... Awak tak boleh masuk pejabat Tn Iskandar" tegas Kak Dilah. Eliza cuba mengawal emosi, tetapi didalam kepalanya pasti wartawan akan tertanya kenapa dia pulang awal apabila berjumpa dengan Iskandar.
"Okay saya tunggu diruang menunggu buatkan saya coffee" kata Eliza dia terus menunggu di situ dan tidur di atas sofa dalam keadaan yang tidak sopan. Kak Dilah hanya menggelengkan kepalanya melihat Eliza dan meletakkan cawan kopi.
"Uish tak malu betul ye Si Eliza tu" kata seorang pekerja.
"Kalau adik aku nak buat bini 100% aku bantah. Nasib baik mata Tn Iskandar sekarang dekat si Aliya tu" kata seorang lagi pekerja.
"Nasib baik Tn Iskandar dan Aliya tu keluar cepat sikit. Kalau tidak mesti kecoh" kata seorang lagi. Pada masa yang sama Kak Dilah sibuk bermesej dengan seseorang tentang apa yang terjadi.
Helikopter yang membelah awan hampir tiba di Cameron Highlands. Liya sedar yang dia sedikit sebanyak mula memasuki kedalam hidup Iskandar. Sememangnya kehidupan Iskandar amat berbeza dengan kehidupannya. Mereka berdua turun dari helicopter di situ ada sebuah kereta klasik tersedia dengan seorang lelaki dan seorang wanita agak berusia sedang menunggu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomanceAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.