Chapter 28: Malam Kenduri

5.6K 71 2
                                    

Waktu senja sementara menunggu waktu Maghrib, Iskandar yang berada didalam bilik sedang bersiap. Sepenjang dia tinggal di rumah keluarga Liya dia berkongsi bilik dengan adik bongsu Liya yang bernama Ghazi atau dikenali sebagai Usu. Sementara itu dibilik Mak dan Ayah Liya, perbincangan hebat sedang berlangsung.

"Abang macam mana ni?" tanya Mak Leha

"Nak buat macam mana... Liya dah tak sukakan Aiman... Kita kena la cakap esok" kata Ayah Liya.

"Tapi Liya pun baru sangat kenal Iskandar" kata Mak Leha.

"Kita dulu kenal ke? Kita pun bercinta lepas kahwin kan" kata Ayahnya.

"Liya ada bagitahu tak kenapa dia putus dengan Aiman?" tanya Ayahnya.

"Dia cakap Aiman tu terlampau cemburu. Dia dapat kerja dekat tempat dia sekarang pun nak jealous" kata Mak Leha. Ayahnya hanya mendengar.

"Awak tengok Iskandar tu sukakan anak kita ke?" tanya Ayahnya lagi.

"Kalau tengok caranya memang dia ikhlas dengan Aliya" kata ibunya.

"Kan lebih baik kalau dia bawa keluarga dia sekali" kata Ayahnya.

"Kita cakap la dengan dia nanti." Kata Mak Leha.

"Tapi Abang nak test dia. Aiman tu langsung Abang tak sempat nak test. Kita mengikut kehendak Liya" kata Ayahnya.

"Tapi Iskandar tu segak juga orangnya kan... Handsome" kata Mak Leh tersenyum.

"Saya masa muda lagi handsome. Kalau tak takkan la awak nak kahwin dengan Abang" kata Ayahnya tersengih. Mak Leha dengan Ayahnya ketawa.

Sementara itu Liya berada dibiliknya bersama dengan Acik. Tiba- tiba pintu biliknya diketuk wajah Kak Long dan Kak Ngahnya di pintu tersengih. Diikuti oleh adik lelaki Liya Ghazi.

"Asu kenapa tak teman Abang Is" tanya Liya. Melihat adiknya bersama dengan Kak Ipar dan kakaknya.

"Malu la Kak Lang. Nak berbual dengan Abang Is tu tak ada topik" kata Ghazi yang baru berada di tingkatan 4 dia terus duduk bersandarkan katil kakaknya itu.

"Liya macam mana Liya boleh kenal dengan Iskandar tu. Handsome kut. Mak macam berkenan dengan Iskandar" kata Kak Longnya. Liya hanya tersenyum mendengar kata Kak Longnya.

"Nanti Akak berdua dengan Achik tahulah. Ayah mesti interview Is nanti." Kata Liya.

"Kak Long tengok Alang dengan Iskandar tu macam sepadan. Sama – sama handsome sama – sama cantik" kata Kak Long sambil mengangguk dan dipersetujui oleh Kak Ngahnya.

"Mana adalah... Kita semua sama – sama cantik... Kalau tak orang Kampung tak panggil kita Puteri Cikgu Bakar" kata Liya mengenang cerita lama. Keluarga Cikgu Bakar memang dikenali dengan anak dara yang cantik dan anak lelaaki yang kacak. Sehinggakan adik bongsu mereka ada yang sudah merancang untuk dijadikan menantu.

"Daripada Kak Ngah, Alang dengan Achik... Alang la yang paling cantik... Semua cakap macam tu" kata Kak Ngahnya. Liya tidak membalas kata – kata kakaknya. Semasa di zaman persekolahan Liya pernah menjadi penyebab rakan sekelasnya bergaduh tetapi dia sendiri tidak mengetahui kenapa mereka bergaduh. Selepas disiasat merek berdua bergaduh kerana mereka berdua sukakan Liya. Kerana itulah semasa dia di tingkatan 4 Liya dihantar ke sekolah berasrama penuh.

"Bagila tahu sikit pasal Iskandar" tanya Kak Longnya.

"Okey... Is tu dia anak bongsu dari 4 orang... Dia student scholar, study dekat US" kata Liya.

"Umur dia berapa?" tanya Kak Ngah.

"29 tahun..." jawab Liya.

"Eloklah kamu baru 24. Kahwin buat anak banyak sikit" kata Kak Ngahnya tersengih. Tiba – tiba mereka diejutkan oleh Mak Leha.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang