Xandra-02

46.9K 2.3K 133
                                    

Terkejut Alayna apabila pintu bilik ditutup dengan kuat. Ayyan baru sahaja masuk ke dalam bilik kerjanya dan dia sempat melihat wajah Ayyan yang kelihatannya sedang menahan marah.

"Aduh, siapa lagi dah rosakkan mood Tuan Ayyan ni?" garu kepala dia dengan perubahan mood Ayyan. Lelaki ni kalau dah marah mana kisah dengan sekelilingnya. Kalau boleh dia nak bom bangunan ni, dia bom.

Kedengaran pintu bilik dibuka. Alayna terus mengangkat kepalanya apabila terdengar bunyi tersebut.

"Alayna masuk!" arah Ayyan dengan tegas.

Mendengar arahan tersebut, Alayna terus berdiri dan membuka langkah dengan besar menuju ke bilik kerja Ayyan.

Masuk sahaja dia ke dalam bilik, benda pertama yang menyapanya adalah pandangan maut Ayyan. Cepat-cepat dia tundukkan kepalanya tak nak terus dipandang oleh mata hitam itu.

"Dari mana kau pungut perempuan gatal tu? Kenapa dia boleh jadi rakan kerja aku?" soal Ayyan tak puas hati.

"Siapa Tuan?" soal Alayna meminta kepastian. Siapa pula perempuan gatal yang dimaksudkan ni.

"Perempuan tadi tu lah!"

"Maaf Tuan. Saya tak sangka pula Luthfia perangai macam tu." Ujar Alayna membela dirinya. Manalah dia nak tahu perangai sebenar Luthfia.

"Dahlah! Kau blah sebelum aku hilang sabar!" usir Ayyan yang membuatkan Alayna terus sahaja berlari keluar dari ruangan tersebut.

"Orang lain yang buat masalah, aku pula yang kena tempiasnya!" kutuk Alayna apabila dia sudah berada di luar bilik majikannya.

Ayyan cuba untuk tenangkan dirinya. Gila! Perempuan tadi memang gila!

"Siapa dia tu? Kenapa muka dia sama dengan Viera?" masih segar lagi wajah Luthfia di dalam ingatannya. Senyuman perempuan itu sama seperti Xaviera.

Tanpa fikir panjang dia menelefon Edeline bertanya tentang latar belakang perempuan gatal tadi.

...

Kerna tak puas dengan apa yang dikatakan oleh Edeline di telefon tadi, Ayyan ajak jumpa. Dia nak dengar sendiri tentang perempuan yang bernama Luthfia.

"Kau betul ke dia normal? Gedik semacam je aku tengok." Ujar Ayyan dengan datar.

"Fia tu jarang tau nak gedik-gedik dengan lelaki. Mungkin dia selesa dengan you, tu dia berperangai macam tu." Balas Edeline. Rasanya sepanjang dia kenal Luthfia, wanita itu tak banyak cakap. Sangat bertentangan dengan apa yang diceritakan Ayyan tadi.

"Tapi kan dia tu ada adik ke? Kenapa muka dia sama dengan..."

"Viera. Viera kan? I dah bagitahu  yang you akan teringat Viera kalau nampak muka Fia." Kata Edeline yang laju sahaja memotong ayat Ayyan.

"Dia dengan Viera ada kaitan ke?" soal Ayyan dengan penuh tanda tanya.

Edeline menggelengkan kepalanya.

"Awalnya I pun fikir yang dia tu ada kaitan dengan Viera korang tapi bila I tanya dan tanya dia, I dapat tahu yang dia tu anak tunggal anak kepada pengusaha kaya yang terkenal di Itali." Cerita Edeline dengan penuh semangat.

Ayyan diam mencerna apa yang baru sahaja Edeline beritahunya. Ini bukan satu kebetulan ke? Dia nak percaya yang Luthfia tu ada kaitan dengan Viera tapi bila fikir balik perangai Luthfia memang jauh beza dengan Xaviera jadi tak mungkin perempuan itu ada hubungan darah dengan kakak iparnya.

"You tak payahlah nak risau sangat. Dekat dunia ni kan kita ada tujuh kembar yang sama tapi langsung tak ada kaitan." Apa nak hairan. Banyak je kot orang yang ada wajah sama tapi langsung tak berkenal.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now