Xandra-18

29.9K 1.7K 102
                                    

Selepas dua hari kedatangan Malia ke rumah, Tengku Aryan kelihatan tak senang duduk. Dia yakin Luthfia akan buat sesuatu yang boleh mendedahkan hubungannya dengan wanita itu.

"Macam mana aku nak hentikan Luthfia dari terus kacau hubungan aku dengan Malia." Jujur dia buntu. Luthfia licik dan dia akui bukan mudah nak gertak wanita itu.

Sedang dia menikmati waktu sendirinya, Tengku Faiza yang kebetulan dari dapur mendekati suaminya.

"Abang, kenapa belum tidur?" soal Tengku Faiza dengan hairan. Rasanya tadi sebelum dia turun, suaminya ada diatas.

"Aku belum mengantuk." Balasnya dengan datar.

Mendengar jawapan suaminya membuatkan Tengku Faiza menggelengkan kepalanya. Cara layanan Tengku Aryan sudah tak seperti dulu. Kalau dulu dia masih bahasakan dirinya sebagai 'abang' tapi sekarang dah beraku kau. Tapi Tengku Faiza abaikan sahaja. Mungkin suaminya selesa dengan panggilan tersebut.

"Abang," panggilnya dengan senyuman lebar.

"Nanti saya nak ajak Malia tidur sini lagi. Seronok rasanya ada kawan berbual." Bila teringat pasal Malia, hatinya menjadi tenang dan masalahnya hilang.

"Tak payahlah. Ganggu masa dia je. Dia kan dah ada suami." Pantas sahaja Tengku Aryan menghalang rancangan isterinya. Mampus kalau Malia sering diajak ke sini.

"Tapi Malia ada bagitahu saya yang suaminya selalu kerja luar, tinggal lah dia sendiri di rumahnya. Itu sebab saya nak ajak dia datang sini, Malia tak sunyi saya pun tak sunyi."

"Ehem." Tengku Aryan berdehem.

"Dia cakap macam tu ke?" bukan salah Malia. Isterinya tu pun mesti tersepit dengan soalan-soalan bini pertamanya.

"Iya, kata Malia dalam seminggu tu suaminya akan kerja luar." Tengku Faiza belum dapat tangkap makna disebalik kata-kata Malia.

Tengku Aryan cuba bersikap tenang. Sepertinya isterinya ni tak faham akan maksud Malia. Memang dalam seminggu tu, tiga hari dia akan tinggalkan Malia untuk balik ke rumah sini.

"Ajak je lah dia tapi jangan selalu. Dia tu pun ada suami juga."

"Abang, apa kata kita pergi bercuti. Rasanya dah lama kita tak bercuti satu keluarga. Boleh bawa Malia sekali." Idea itu timbul dengan tiba-tiba.

Nak terbatuk Tengku Aryan dengan cadangan tersebut. Bercuti? Bawa Malia sekali? Memang tempah maut lah dia.

Tapi kalau dia berdalih dan bagi banyak alasan nanti nampak betul yang dia nak mengelak dari Malia. Boleh timbulkan curiga pula.

"Diam tandanya setuju lah tu kan. Abang kosongkan jadual kerja abang, jumaat ni kita gerak. Tempat biar saya yang urus." Tengku Faiza terus sahaja berkata supaya suaminya tak bagi alasan lagi.

...

Berita mengenai percutian sudah sampai ke telinga Luthfia dan Ayyan. Mereka juga ikut percutian tersebut. Sudah diajak takkan nak tolak pula.

Luthfia sudah mengatur rancangan yang paling baik. Rasanya sudah tiba masa untuk dia dedahkan hubungan sebenar Tengku Aryan dengan Malia.

Matanya meliar di setiap ruang bangunan ini mencari keberadaan Malia. Isteri kedua Tengku Aryan pasti berada di sini, nak jaga suamilah katakan.

Melihat bayangan Malia yang sedang memasuki bangunan tempat dia bekerja membuatkan senyumannya melebar. Mangsa dah sampai.

"Aunty!" panggil Luthfia. Kebetulan dia bertugas bersihkan tingkat bawah senanglah dia nak sapa Malia.

Malia terkejut melihat Luthfia. Mukanya kelihatan tak senang sahaja dengan kehadiran Luthfia. Suaminya ada bagi amaran dengannya supaya tak dekat dengan Luthfia kerna wanita ini boleh bahayakan dirinya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now