Xandra-04

38.9K 2K 179
                                    

Tak serik dengan ugutan Ayyan, hari ini dia sekali lagi jejakkan kakinya di syarikat kepunyaan lelaki itu. Dia semakin suka nak ganggu Ayyan melihat kepada cara lelaki itu yang jual mahal.

Kebetulan Alayna tak berada di meja kerjanya membuatkan Luthfia terus sahaja masuk ke bilik kerja Ayyan.

Ayyan langsung tak memandang sosok yang berada di depan pintu biliknya. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya.

"Ehem.." kedengaran deheman seseorang memecahkan kesunyian bilik tersebut.

"Ada apa-apa schedule saya ke hari ni Alayna?" soal Ayyan tanpa memandang kehadapan. Hanya Alayna sahaja dibenarkan masuk ke dalam biliknya.

"Ada! Berkenalan dengan I." Jawab Luthfia dengan senyuman manis menghiasi bibirnya.

Terdongak terus kepala Ayyan apabila suara asing itu melanggar gegendang telinganya. Wajah itu kosong menunjukkan kedatangan wanita ini langsung dialu-alukan.

"Maaf, aku tak berminat nak berkenalan dengan kau." Dia terus mengalihkan matanya melihat kertas yang berada di atas meja.

Luthfia dengan beraninya mengatur langkah menuju ke meja kerja Ayyan. Punggungnya terus sahaja selamat mendarat di kerusi membuatkan mereka kini duduk secara berhadapan.

"Janganlah sombong, ini bukan diri you. I berminat sangat dengan you ni, jangan jual mahal." Pen yang berada di atas timbunan kertas diambil lalu dia mainkan pen tersebut.

"Dahlah Ayyan. Yang berlalu biarkan berlalu. Jangan kenangkan sangat masa lalu you." Ujar Luthfia yang membuatkan rasa marah Ayyan membuak-buak.

Pen yang berada di tangannya dilempar jau dari tangannya. Badan disandarkan dibelakang kerusi lalu matanya memandang wajah Luthfia.

"Kalau you nak, I boleh je jadi pengganti kekasih lama you. I boleh jadi lebih baik dari bekas you." Katanya menyakinkan Ayyan bahawa dia boleh jadi pengganti kekasih hati Ayyan.

Ayyan tersenyum sinis dengan tawaran bodoh itu. Melihat kepada senyuman Ayyan membuatkan Luthfia menjadi teruja. Badannya dimajukan sedikit lalu dia menongkat dagu menikmati senyuman indah Ayyan.

"Kau tahu ke siapa bekas kekasih aku?" katanya.

"I tak berminat nak tahu siapa bekas kekasih you." Ujarnya dengan nada suara yang langsung tak berminat dengan soalan tersebut.

Ayyan berdiri dari tempat duduknya dan dia menuju ke tempat Luthfia. Kerusi Luthfia dipusing menghadap kearahnya kemudian badannya dibongkokkan sedikit dengan tangan diletakkan di kedua-dua pemegang kerusi yang diduduki Luthfia.

"Tapi aku berminat nak cerita tentang bekas kekasih aku. Untuk pengetahuan kau, tak ada sesiapa yang layak gantikkan tempat dia apalagi perempuan macam kau." Tersungging senyuman sinis dibibir Ayyan.

"Dia terlalu sempurna kalau nak dibandingkan dengan kau yang kelihatan sangat murah!" Luthfia sedaya upaya mengawal emosinya.

"Kenapa? Marah? Marah dipanggil murah?" jelas wajah Luthfia terpampang yang dia sedang menahan marah.

Luthfia menggelengkan kepalanya lalu dia mendekatkan wajahnya dengan Ayyan.

"Mungkin cara pemakaian I yang membuatkan I nampak murah. But it's okay baby, sebab I dah jumpa calon suami yang boleh bimbing I." Kerna jarak mereka terlalu dekat membuatkan Ayyan menjauhkan badannya.

Luthfia turut berdiri dari tempat duduknya.

"I balik dulu. Nanti ada masa, I datang sini lagi." Dibetulkan terlebih dahulu bajunya yang sudah berkedut. Sebelum dia pergi sempat dia memberikan flying kiss kepada Ayyan yang memandangnya dengan pandangan dingin.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now