Xandra-45

28.3K 1.8K 288
                                    

Bianca menekup mulutnya melihat tubuh Luthfia yang sedang berdiri di tengah-tengah jalan raya. Badannya terkejut sehingga dia tak tahu nak buat apa walhal dia boleh saja berlari tarik tangan Luthfia jauh dari laluan tersebut.

Matanya beralih melihat kereta yang sedang meluru laju ke arah Luthfia. Apakah?

"Puan Muda!" teriak Bianca sambil matanya dipejam dengan erat. Dia tak nak tengok apa yang bakal terjadi dekat Luthfia dan dalam hatinya dia berdoa Ayyan datang untuk selamatkan isterinya.

Fikiran Luthfia menjadi kosong. Dia hanya memandang kereta yang meluru ke arahnya dengan pandangan biasa sahaja. Perlahan-lahan matanya di pejam bersama dengan senyuman pahit. Baru sahaja matanya dipejam, terasa badannya ditolak dengan kasar.

Secara automatik Luthfia menggenggam erat baju orang yang telah selamatkan dia dan pegangan di pinggangnya juga terasa semakin erat.

Haruman yang menusuk di hidungnya sesungguhnya tak asing. Haruman yang sangat menenangkan dia.

"Kenapa bodoh sangat? Memang nak mati ke?" keras sahaja suara itu bersuara.

Tambah kuat dia mencengkam baju lelaki yang bersuara itu. Ayyan! Itu, Ayyan. Lelaki yang sudah selamatkan dia Ayyan.

Perlahan-lahan mata yang dipejam dibuka membiarkan anak matanya melihat apa yang sudah berlaku. Bertembung sahaja pandangan mereka membuatkan air mata Luthfia bertakung dengan serta merta.

"A..abang..." laju sahaja air matanya mengalir ke bawah. Perasaannya sekarang susah nak diungkapkan tapi ada satu perasan lega yang terbit. Lega sebab masih boleh bernafas.

"Kenapa tak elak tadi Xandra? Memang nak tunggu aku datang ke?!" rasa marahnya masih lagi tersisa.

Luthfia merehatkan dahinya tepat di dada Ayyan. Luthfia cuba mengawal pernafsaannya. Dadanya berombak dengan sangat kencang dan aturan pernafasannya masih lagi tak normal. Laju dan semakin menyesakkan.

Ayyan mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya. Bibirnya tak henti mencium ubun-ubun Luthfia.

"Tenang Xandra!" ujar Ayyan sekali dia mengusap belakang isterinya. Masih terasa badan isterinya menggigil.

Luthfia mendongak memandang wajah suaminya. Wajahnya sudah pucat lesi ditambah lagi dengan kepalanya yang berdenyut-denyut membuatkan dahinya berkerut menahan sakit tersebut.

Walaupun keadaannya tak baik namun bibirnya yang sedikit kering dan mengelupas tetap membentuk senyuman untuk Ayyan.

"Terima kasih datang selamatkan I." Pandangannya berbalam-balam. Panas terik membuatkan matanya hampir tertutup ditambah lagi dengan denyutan di kepalanya yang semakin menjadi-jadi.

Ayyan mencengkam lembut rahang isterinya apabila melihat mata Luthfia yang semakin kuyu.

Luthfia tak mampu untuk bertahan lagi. Lututnya terasa lembik sahaja. Ayyan bertindak dengan pantas. Dikuatkan lagi lingkaran tangannya di sekitar pinggang Luthfia bila dia terasa tubuh isterinya nak tumbang.

"Xandra!" ditepuk lembut pipi isterinya mencuba untuk sedarkan Luthfia yang sudah terpejam rapat.

"Kita bawa dia pergi hospital!" datar sahaja suara Jebat members arahan kepada Ayyan. Duk tampar-tampar mana jalan.

Ayyan terus mencempung tubuh Luthfia dan dibawa masuk ke keretanya. Tanpa menunggu lama kereta tersebut meluncur laju menuju ke hospital berdekatan.

...

Ayyan setia menunggu isterinya sedar dari pengsan. Sudah dua jam namun Luthfia masih tak sedarkan diri.

Risau.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now