Xandra-55

35.3K 2.2K 457
                                    

Luthfia terlebih dahulu masuk ke rumah untuk dia hidangkan donut yang dia beli tadi. Tiba-tiba nak makan donut pula, nasib sahaja di jalanan tadi mereka lalu di hadapan cafe terus dia minta Ayyan berhenti serta merta.

Ayyan menghantar pemergiaan Luthfia dengan pandangan kosong. Fikirannya betul-betul kosong. Sejujurnya dia masih terkejut dengan semuanya dan tak tahu nak macam mana nak layan Luthfia. Dia terlalu sakit sampai nak bunuh je Luthfia dengan tangannya sendiri.

Kedengaran keluhan keluar dari mulutnya. Untuk beberapa saat, dia letakkan kepala di stereng kereta mengumpul segala kekuatan.

"Siap kau Xandra! Kau dah hancurkan keluarga aku! Kau dah sakitkan hati aku! Aku tak akan bagi muka dekat kau!" dan selepas itu dia keluar dari perut kereta. Perasaannya terhadap Luthfia sudah mati.

Luthfia tersenyum manis melihat kelibat suaminya yang sedang melangkah masuk. Pinggan yang berisi donut diletakkan di atas meja dan air smoothie yang dia beli tadi juga diletakkan bersebelahan dengan donut tadi.

"Abang, jom makan!" ajaknya dengan gembira.

Ayyan hanya beriak biasa sahaja. Kakinya mendekati meja makan dan tanpa membuang masa dia terus letak punggungnya di atas kerusi.

Luthfia mengambil satu donut kemudian disuakan kepada Ayyan namun Ayyan hanya memandang sepi donut tersebut.

"Abang, tak nak ke?" pelik dia bila Ayyan sepertinya tak berminat nak mengambil donut tersebut.

Ayyan memandang wajah isterinya kemudian matanya beralih pula ke donut yang berada dihadapannya. Tanpa kata dia menepis donut tersebut membuatkan Luthfia terkejut.

"You ni kenapa? Kalau tak nak makan, tak payahlah nak buat makanan macam tu!" emosi jadinya melihat makanan yang dia suka dibuat seperti tadi.

"Aku rasa kau dah boleh buka topeng dekat muka kau tu." Nadanya kedengaran dingin di gegendang telinga Luthfia.

"Apa maksud You? Topeng?" soal Luthfia dengan polos.

Ayyan berdiri dari duduknya kemudian tanpa ada rasa bersalah dia mencengkam rambut Luthfia dengan kuat sehingga kepala Luthfia terdongak sedikit ke atas.

"Sakitlah!" Luthfia berusaha untuk lepaskan rambutnya dari cengkaman Ayyan namun tenaga Ayyan terlalu kuat.

"Sampai bila kau nak bodohkan aku? Sampai bila kau nak berlakon baik Luthfia Xandra!" semakin keras suara Ayyan.

Luthfia mengawal reaksi mukanya. Walaupun cengkaman semakin kuat tetapi dia cuba berlagak biasa.

"Sampai You sedar yang You dibodohkan oleh isteri sendiri." Jawab Luthfia dengan senyuman sinis.

Tambah sakit hati Ayyan melihat senyuman Luthfia yang seakan-akan mengejeknya.

"Kenapalah awal sangat You tahu? I belum puas lagi nak hancurkan You dengan keluarga bodoh You tu!" semakin hangat suasana mereka saat ini. Luthfia tak takut nak mencabar kemarahan suaminya.

Ayyan membalas senyuman Luthfia.

"Sebelum kau hancurkan keluarga aku, aku dulu yang hancurkan kau Fia!" Ayyan menolak tubuh Luthfia sehingga belakang Luthfia terlanggar dengan dinding rumah mereka.

Berkerut sedikit muka Luthfia bila belakangnya sakit disebabkan tolakan suaminya. Ayyan langsung tak berlembut dengannya.

Ayyan melepaskan tangannya yang mencengkam rambut Luthfia. Kini dia mengubah target pula. Kali ini leher Luthfia menjadi mangsa. Tangannya mencekik leher Luthfia sehingga Luthfia meronta-ronta meminta dilepaskan.

"A..Ayy..an..sa..kit..."

"Sakit? Belum setimpal dengan sakit yang kau bagi dekat aku Fia!" Ayyan langsung tak hiraukan Luthfia yang sudah meronta meminta dilepaskan.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now