Xandra-71

20.7K 1.1K 163
                                    

Ayyan tak senang duduk bila dapat tahu dari Alayna sebentar lagi pelabur terbesar dalam projeknya akan tiba. Tak sangka proposalnya mendapat perhatian. Dia fikir tak ada sesiapa dah nak bekerjasama dengannya.

"Rileks lah Ayyan. Dulu kau kahwin dengan Fia tak ada pun nak nervous macam ni." Seloroh Jebat.

Ayyan tak hiraukan gurauan Jebat. Dia dah susun ayatnya cantik-cantik menyambut tetamu mereka. Itu dia gemuruh sebab dia takut sekiranya dia ada terlupa apa yang dia nak sampaikan.

Alayna ikut gemuruh melihat Ayyan. Kalau Ayyan dah macam tu apalagi dia yang kentang ni.

"Kau yang nak ikut nervous ni kenapa? Yang nak jabat tangan dengan tok imam aku." Jebat ikut bingung melihat Alayna.

"Awak ni memang tak pandai nak serius ke?" bengang pula dia bila Jebat ni nak bergurau di waktu yang tak tepat.

"Kalau aku serius lain jadinya." Tenang sahaja dia berkata.

Tok

Tok

Tok

Kedengaran pintu bilik diketuk dari luar.

Ayyan dan Alayna terus sahaja melihat pintu yang tertutup rapat.

Alayna pantas berdiri menuju ke muka pintu. Tombol pintu dibuka membenarkan tetamu mereka masuk ke dalam.

Terpandang sahaja mata wanita yang berdiri di luar Alayna ternganga besar. Dia mimpi ke?

"Pu..an.."

Luthfia memandang wajah Alayna dengan pandangan kosong. 

"You kenal I ke?" sombong sahaja nada suaranya.

Telan liur Alayna. Luthfia memang sombong tapi taklah sesombong seperti sekarang.

"Maaf, saya dah salah orang." Ujar Alayna.

Alayna sempat menoleh ke arah Ayyan. Dahlah bilik ni ramai orang kalau Ayyan mengila macam mana?

"You memang nak suruh I berdiri macam ni je ke?" kedengaran lagi nada sombong Luthfia.

Alayna kembali memandang ke hadapan. Senyuman kekoknya terhias di bibirnya.

"Maaf. Silakan masuk Puan." Pintu bilik dibuka dengan luas. Luthfia melangkah masuk dengan raut wajah yang dingin. Tak ada secalit senyuman pun yang ditunjukkan.

Ayyan tergamam, terkejut di tempatnya. Dia berdiri nak berlari ke arah wanita itu namun tangannya ditarik dari tepi.

"Jangan nak buat hal Ayyan. Selesaikan dulu urusan kerja kau." Tegur Jebat dengan tenang. Ada sudah mata-mata yang memandang pelik ke arah Ayyan.

Luthfia hanya buat bodoh sahaja. Kakinya dibawa menuju ke kerusi yang disediakan untuk dirinya.

"Sorry, I'm late." Ujarnya dengan dingin.

"Biasalah melayu, mana pernah nak tepati masa." Kedengaran suara sumbang menyindirnya.

"Ehem..." suara Ayyan membuatkan beberapa suara yang bising mula senyap.

"Boleh kita mulakan?" dia nak selesaikan urusan kerjanya kerna dia nak berjumpa dengan Luthfia.

Luthfia langsung tak memandang Ayyan. Matanya hanya melihat fail yang berada dihadapannya. Dia tak perlu pun nak dengar apa yang dibentangkan oleh Ayyan kerna dia memang akan melabur duitnya di projek Ayyan, suaminya.

Selepas satu jam setengah Ayyan menerangkan mengenaik projeknya, Ayyan sampai ke penghujung ayat. Apa yang dia nak katakan semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada satu kata pun yang tertinggal.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now