Mak Yam dan Luthfia berdiri mendadak apabila mereka mendengar suara Ayyan yang kedengaran sangat dekat dengan tempat duduk mereka.
"Bangun! Kau jangan nak berlagak lemah dekat sini!" sambil dia membebel sambil itu juga tangan dan kakinya bekerja. Sekejap dia menolak badan Haider, sekejap lagi dia menendang belakang Haider apabila abangnya tu tak berdaya nak berjalan.
Haider hanya mengikut sahaja rentak Ayyan. Nak melawan, dia mana lah kuat. Lagipun badannya ni dah lebam-lebam.
"Lawan lah aku balik! Kau kan kuat, pukul bini sendiri! Kalau kau rasa diri kau hebat, kau balas lah pukulan aku!" geram betul lah dia dengan Haider ni.
Buk
Mak Yam terus sahaja meluru menuju ke arah Haider apabila badannya lelaki itu selamat mendarat di atas lantai. Takkanlah Ayyan tolak Haider dari tingkat atas.
"Kenapa buat abang Ayyan macam ni?" kesian dia melihat keadaan Haider.
Iya, Haider salah tapi dia janganlah layan Haider seperti ini.
"Abang?" ketawa Ayyan dengan kenyataan tersebut. Selesai dia hamburkan ketawanya, raut wajahnya kembali tegang.
"Ayyan tak ada abang bodoh macam ni!" sekali lagi perut Haider ditendang kuat membuatkan tubuh yang tadinya sudah berdiri kembali rebah semula.
Tepuk tangan Luthfia melihat perbuatan suaminya. Kan bagus macam ni. Ini tak, kesian! Kesian! Kesian! Kan Haider dah dapat bahagianya.
"Ayyan!" suara Mak Yam kedengaran sangat kuat. Dia tak suka Ayyan bersikap begini.
Ayyan tak endahkan Mak Yam. Kali ini dia akui yang dia dah derhaka dengan Mak Yam.
Leher baju Haider ditarik membuatkan badan itu ikut sekali. Terhuyung hayang Haider nak mengejar langkah Ayyan.
"Astaghfirullah, Ayyan nak bawa Haider pergi mana?" Mak Yam ikut berlari mengejar langkah Ayyan yang kian jauh. Cepat juga Ayyan ni berjalan.
"Lelaki dayus ni tak layak nak duduk dekat sini!" seperti lembu sahaja Haider diperlakukan. Ditarik tanpa ada belas kasihan.
Badan Haider dibawa menuju ke luar pagar. Luthfia serta Mak Yam mengikut Ayyan dari belakang sahaja.
"Lelaki bangsat ni layaknya duduk dekat tepi jalan!" ditolak kuat badan Haider ke arah jalan raya. Haider hanya mengikut sahaja ke mana dia ditolak.
"Ya Allah! Haider!"
...
Tertunduk lemah Ayyan memandang sepi lantai hospital. Tangannya yang penuh dengan darah dipandang dengan pandangan kesal.
"A..apa.. aku dah buat?" air mata penyesalannya jatuh di atas telapak tangannya yang penuh dengan darah Haider.
"Ya Allah, Haider!!" teriak Mak Yam dengan kuat.
Sekelip mata sahaja badan Haider terbaring di atas jalan raya dengan darah yang sudah mengalir keluar dengan derasnya.
Ayyan ikut terkelu melihat tubuh abangnya. Tak dia sangka disaat dia menolak badan Haider, ada kereta yang turut lalu di jalan tersebut.
"H..Haider..." kakinya melangkah dengan lemah mendekati tubuh kaku Haider.
Darah berlumba-lumba keluar dari mulut Haider membuatkan baju yang dikenakan olehnya bertukar merah sepenuhnya.
"H..Haider..."
Terlihat sedikit mata Haider terbuka apabila namanya diseru tak henti-henti.
![](https://img.wattpad.com/cover/303277439-288-k620389.jpg)
YOU ARE READING
HAYYAN LUTHFI
DiversosRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...