Xandra-49

28K 1.9K 426
                                    

Luthfia yang tiba di rumah Ayyan melempar semua barang peribadinya melepaskan rasa amarahnya. Dia benci! Benci dengan semua yang sayang Haikal.

"Tak perempuan tua tu, budak busuk ni pun susahkan betul hidup aku!" hancur semua barang-barang make up nya. Habis semua berselerakan di atas lantai.

"Viera, Viera kau kenapa?" kedengaran suara seseorang di muka pintu membuatkan Luthhfia terus memandang ke sana.

Guling mata Luthfia bila melihat wajah Haider yang kelihatan sangat risau. Ini lagi satu! Semua isi dalam rumah ni buat dia serabut.

"Kau boleh diam tak! Aku tak nak dengar suara kau!" teriak Luthfia dengan kuat. Dia seperti orang gila yang melalak tak tentu arah.

"Viera sayang, kenapa macam ni? Aku minta maaf dah buat kau sakit. Aku janji aku tak jahat dah." Haider mengorak langkah menuju ke arah Luthfia.

Tumbukan kecilnya semarin erat digenggam. Semakin dia melihat wajah Haider semakin bertambah rasa sakit hatinya. Selama ni dia tahan untuk tak hamburkan rasa marahnya tapi hari ini adalah hari yang sangat baik untuk dia lepaskan semuanya.

"Sebab kau adik aku mati! Sebab kau adik aku tinggalkan aku sendiri dekat dunia yang kejam ni! Sebab kau, aku hilang satu-satunya ahli keluarga aku! Semuanya sebab kau Haider!" bingkai gambar yang dekat dengannya dilempar ke arah Haider.

Sekali lagi lemparannya mengena. Kelihatan ada cecai merah mengalir di pipi Haider. Lelaki itu tak elak pun serangannya tadi.

"Aku sayang Viera. Bukan aku yang bunuh dia!"

"Aku sayang isteri aku!"

Tergelak dia mendengar rintihan Haider.

Selepas dia puas ketawakan Haider, anak matanya berubah serta merta. Lebih dingin dan tajam.

"Kau dengan Viera, dua-dua bodoh!" tempik Luthfia dengan kuat.

Haider menggelengkan kepalanya. Bukan dia yang bunuh Xaviera. Bukan dia!

Luthfia mengatur langkah mendekati Haider.

"Apa perasaan Ayyan kalau abang yang dia sayang tinggalkan dia macam mana adik aku tinggalkan aku? Mesti dia sedih, kan?" ujarnya dengan kaki yang semakin mendekat ke arah Haider.

"Aku tak nak sedih sendiri! Aku nak Ayyan rasa apa yang aku rasa." Kini jarak antara mereka semakin dekat.

Luthfia tersenyum manis tetapi hanya untuk beberapa detik sahaja. Senyuman yang kelihatan sangat manis serta merta berubah menjadi senyuman yang jahat.

Jahat!

Psiko!

Dan

Gila!

Dua butang baju yang dia guna dibuka sehingga menampakkan bahagian dadanya. Iya, dia memang gila! Dia nak Ayyan juga rasa erti kehilangan orang yang di sayang.

Luthfia dengan sengaja menarik lengan kemejanya sehingga bahagian bahunya terdedah. Begitu juga dengan tali halus singlet yang dia guna juga kelihatan di pandangan Haider. Rambutnya ikut dikusutkan nak jadikan lakonanya kelihatan sebenar di mata Mak Yam dan juga Ayyan.

"Selamat tinggal Haider!"

...

Mak Yam terburu-buru keluar dari ruang dapur bila mendengar suara seseorang teriak meminta tolong. Rasanya dia kenal dengan suara tersebut.

Kakinya berlari menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Ya Allah, berdebar dadanya saat ini bila suara yang cukup dia kenal meraung meminta tolong.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now