Xandra-54

34.6K 2.2K 513
                                    

Ayyan terganggu dari lenanya bila ada suara-suara yang sedang bertengkar tak jauh dari tempat dia sedang berehat.

"Sampai bila korang nak sembunyikan hal ni? Haider tu dah nyawa-nyawa ikan dekat dalam, takkanlah kita nak diam je!" terpaksa Edeline merendahkan nada suaranya tak nak Ayyan terdengar pertelingkahan mereka.

"Yang kau nak over sangat ni, kenapa?" panas pula Fathi bila melihat cara Edeline yang sangat terburu-buru.

"Iyalah! Dah korang lembap sangat nak bertindak! Kalau You tak nak bagitahu Ayyan, biar I yang cerita semuanya." Edeline nekad yang dia akan ceritakan semua yang dia tahu kepada Ayyan.

"Ede, kau boleh tenang tak? Biar aku dengan Fathi yang urus hal ni. Kau duduk diam je, jangan nak keruhkan keadaan." Kali ini Emyr bersuara menegur kekasihnya.

Edeline mendengus dengan kuat. Punggungnya dihenyak dengan kasar di ruang tunggu sehingga membuatkan tidur Ayyan betul-betul terganggu.

"Apa masalah korang ni?" dia cuba tak nak ambil tahu pertelingkahan mereka sebab dia malas nak berfikir saat ini.

Telan liur Edeline melihat wajah Ayyan yang jelas tak puas hati. Matanya merah disebabkan baru bangun tidur, rambut sedikit tak terurus membuatkan Edeline seram sejuk.

"Erghh... kita orang tengah bincang pasal perkahwinan Emyr dengan Ede." Pantas sahaja Fathi memberi alasan yang tak munasabah.

Tertoleh terus kepala Emyr dan Edeline apabila nama mereka dipetik dengan tiba-tiba. Edeline menggulingkan matanya tak puas hati bila Fathi dan Emyr tak nak bagitahu hal sebenar kepada Ayyan.

"Bukan korang tak boleh kahwin ke?" pelik pula Ayyan dengan alasan yang diberikan. 

"Erghh..." garu kepala Emyr nak bagi alasan apa lagi. Fathi ni pun satu, entah apa-apa je lah dia nak kata.

"I nak balik! Menyampah duduk sini lama-lama."

Ayyan juga ikut pening dengan mereka bertiga ni. Apa je lah masalah tiga ekor ni.

Emyr membiarkan sahaja Edeline berlalu pergi meninggalkannya. Biarlah Edeline pujuk diri sendiri.

"Korang ada sembunyi apa-apa dari aku ke?" nampak sahaja wajah Ayyan tenang tapi dalam hati lelaki itu sudah menahan marah.

"Kami bukan orang yang tepat untuk ceritakan semuanya. Nanti Noah telefon kau dan beritahu apa yang kau perlu tahu." Ujar Fathi dengan nada yang sangat tenang.

...

Seperti yang dikatakan Fathi tadi, Noah menelefonnya dan mengajak jumpa. Awalnya Ayyan menolak tetapi apabila Noah beritahu hal yang mereka nak bincangkan ini berkaitan dengan isterinya membuatkan dia mengubah keputusannya.

Dari jauh dia melihat Jebat dan Noah di meja yang dia tempah tadi. Masing-masing berada di dunia mereka sendiri. Di sebelah Noah juga dia melihat Bianca yang saat itu sedang memandang kearahnya.

"Tuan Ayyan dah sampai." Ujar Bianca dengan perasaan yang sangat gugup.

Bianca sempat melirik ke arah Noah dan juga Jebat. Masing-masing kelihatan tenang sahaja tak sepertinya yang sudah tak keruan seperti cacing kepanasan.

"Kau pun ada dekat sini?" soalnya dengan pelik. Noah tak bagitahu pun perjumpaan mereka ini turut disertai Jebat.

"Hmm," balas Jebat acuh tak acuh. Dia nak makan lollipop pun tak senang.

Ayyan menjeling tajam wajah selamba Jebat.

"Duduk lah dulu. Aku dah orderkan minuman untuk kau, harap kau suka." Kata Noah sambil matanya memandang sekejap strawberry smoothie di hadapannya. Dia tak tahu nak pesan apa jadi dia ambil sahaja minuman kesukaan Luthfia. Dia yakin Ayyan pasti tak akan menolak.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now