Xandra-23

33.2K 1.9K 278
                                    

Sudah tiga hari berlalu tapi Luthfia langsung tak dengar khabar tentang suaminya. Bila dia telefon, Ayyan langsung tak angkat.

"Apa masalah lelaki ni?" geram betul dia bila panggilannya tak diangkat.

"Dia sibuk lah tu urus abang dia. Cuba bagi dia masa sikit." Kata Noah.

"Menyusahkan betul lah Haider ni. Aku dah kata, bawa masuk pergi hospital sakit jiwa tapi tak nak. Nak juga susahkan diri sendiri." Bebel Luthfia.

"Don't put too much pressure on Ayyan. Apa pun kau perlu ingat, dalam hal ni Ayyan tak bersalah. Ayyan sentiasa ada dengan adik kau saat Viera didera oleh suaminya." Noah mengingatkan Luthfia yang Ayyan tak bersalah pun dalam hal ni. Ayyan lah yang selalu lindung Xaviera disaat wanita itu diseksa oleh Haider dan juga Tengku Faiza.

"Peduli apa aku? Ayyan tetap anak Tengku Faiza."

"Aku nak tanya kau ni. Kau cintakan Ayyan ke?" soal Noah yang membuatkan keadaan mereka menjadi lebihs serius.

"Layak ke lelaki tu dicintai?" nyata apa yang dikatakan oleh Luthfia mengundang rasa geram dalam diri Noah.

"Aku tak pernah nak setuju dengan rancangan balas dendam kau ni. Ayyan tak bersalah Fia. Yang salah cuma Haider dengan Tengku Faiza. Dahlah, lupakan dendam kau. Haider dengan Tengku Faiza pun dah dapat bahagian dorang. Berhentilah Fia." Nasihat Noah. Dia tak nak Luthfia terlalu ikut dendamnya. Orang yang tak bersalah jadi mangsa.

"Kau senang lah nak cakap macam tu sebab bukan kau yang rasa apa yang Tengku Faiza dah buat. Sampai bila-bila pun aku tak akan maafkan perempuan yang bernama Tengku Faiza. Perempuan tu layak hancur macam mana dia hancurkan hidup aku."

"Suka hati kau lah Fia. Aku cuma nasihatkan kau je. Jangan sampai Ayyan tawar hati dengan kau. Disitu baru ada rasa penyesalan dalam hidup kau." Pesan Noah sebelum dia melangkah keluar.

Luthfia langsung tak terkesan pun dengan apa yang dikatakan oleh Noah. Dia menyesal? Memang tak lah. Kenapa nak menyesal kalau dia tak sayang dengan Ayyan?

...

Tengah hari itu, Luthfia berangkat menuju ke rumah Tengku Faiza untuk melihat sendiri sama ada Ayyan dah balik atau sebaliknya. Ini mesti ada yang tak kena sampai Ayyan tak angkat panggilannya.

Masuk sahaja ke dalam rumah Tengku Faiza, suasanya sepi sahaja. Seperti tak ada orang pula. Luthfia terus sahaja naik menuju ke tingkat atas.

"Ayyan.." panggilnya. Bilik tidur mereka dituju.

Baru sahaja dia nak buka bilik mereka, pintu bilik dihadapan dibuka dari dalam.

"Ayyan.." panggilnya dengan ragu-ragu. Dia tak tahu sama ada lelaki ini suaminya atau pun suami Viera.

"Xandra, kenapa balik sini?" nampak sepertinya Ayyan tak suka dengan kepulangannya.

"Kenapa? You ada bawa perempuan lain ke sampai terkejut sangat bila I balik sini." Panas pula hati Luthfia bila ditanya soalan seperti itu.

Ayyan terus sahaja menghampiri isterinya. Rindu betul dia dengan Luthfia.

"Mana ada aku bawa perempuan lain."

"Dahtu tanya soalan macam tu kenapa?"

"Bukan masanya untuk kau balik sini." Dielus pipi Luthfia untuk menghilangkan rasa rindunya.

Luthfia dekatkan lagi jarak mereka berdua.

"Kenapa tak angkat panggilan dari I? I rindu you, Ayyan." Katanya membuatkan Ayyan tersenyum manis.

"Aku pun rindukan kau." Ayyan terus sahaja mencium dahi Luthfia.

"You okey ke? Penat je I nampak muka you ni." Tangannya naik melilit disekitar leher suaminya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now