Hari demi hari keadaan rumah Tengku Faiza semakin menegang. Masing-masing tunjuk sayang mereka terhadap Tengku Aryan sehingga lelaki itu pusing melayan kerenah isteri-isterinya. Satu kesana dan satu kesini, akhrinya dia yang pening ikut kehendak mereka.
Tengku Faiza termenung di luar rumahnya. Dia penat nak bersaing dengan Malia kerna dia tahu dia dah kalah. Tengku Aryan lebih banyak luangkan masa dengan Malia berbanding dirinya.
Tengok sahaja sekarang. Pasangan itu sibuk bermesra. Mereka berdua langsung tak pedulikannya.
Ayyan yang nak ke dapur untuk membasahi tekaknya terhenti langkahnya apabila melihat pintu rumah terbuka luas. Ayyan mengubah laluannya. Dari nak ke dapur menuju ke luar rumah melihat siapa yang berada di luar sana.
Ayyan mengeluh dengan perlahan apabila melihat tubuh belakang mummnya. Dari belakang sahaja dia sudah tahu mummnya sedang melayan perasaan.
"Kenapa mummy belum tidur?" soal Ayyan. Suara dari belakang itu membuatkan Tengku Faiza terus menoleh. Wajahnya kosong sahaja membalas pandangan anaknya.
"Mummy tak mengantuk Ayyan." Bibirnya membentuk senyuman. Senyuman yang menyampaikan betapa sakitnya dia saat ini.
Keadaan mereka senyap. Untuk beberapa saat tiada suara yang keluar dari kedua-duanya.
"Ayyan rasa patut ke mummy mengalah?" soalan itu dengan tiba-tiba melencur keluar.
Terteleng terus kepala Ayyan. Dia memandang wajah kosong yang tertera di wajah Tengku Faiza.
"Mummy..."
Air mata Tengku Faiza mengalir kemudian diikuti dengan esakannya. Dia sudah tak mampu nak tunjuk kuat di hadapan anaknya. Sejak dia tahu suaminya menduakan dia, dia cuba untuk terima dengan hati terbuka dan dia cuba untuk kuat namun dia tewas dengan perasaannya sendiri.
"Mummy penat Ayyan. Cuma mummy yang berjuang pertahankan cinta ni sedangkan daddy Ayyan langsung tak peduli dengan mummy. Dari mummy terus sakit lihat kebahagiaan daddy dengan Malia, lebih baik mummy undur diri." Sakit dadanya apabila teringat akan perbuatan suaminya. Depan mata dia melihat suaminya bergembira dengan Malia.
"Takkan mummy nak biarkan perempuan tu terus ambil daddy dari hidup mummy. Mummy sepatutnya berjuang untuk ambil semula hak mummy. Yang sepatutnya undur diri Malia, bukan mummy!" Ayyan ikut sakit melihat air mata mummnya.
"Mummy dah tak mampu Ayyan." Dia nak pertahankan sudah tak ada guna. Itu hanyalah perbuatan yang sia-sia.
"Kalau macam tu, biar Ayyan yang sedarkan penyondol tu." Laju sahaja kaki Ayyan melangkah masuk mencari keberadaan Malia dan daddynya. Tiada siapa yang boleh sakitkan mummnya.
"Ayyan!" Tengku Faiza juga ikut melangkah. Dia tak nak Ayyan masuk campur kerna dia yakin suaminya pasti akan marah Ayyan.
"Ayyan!" dia berjaya menarik tangan Ayyan.
"Jangan sayang. Biar mummy yang urus semua masalah ni. Ayyan jangan sentuh Malia, nanti daddy mengamuk." Wajah Tengku Faiza jelas takut.
"Ayyan tak kisah mummy. Kalau daddy nak bunuh Ayyan pun, Ayyan tak kisah. Yang penting sekarang ni Ayyan nak sedarkan kedudukan perampas tu." Ayyan menaiki satu persatu anak tunggu dan diikuti Tengku Faiza. Tak terkejar Tengku Faiza dengan langkah anaknya. Entah berapa anak tangga yang Ayyan langkah sehingga jarak mereka menjadi jauh.
Sampai sahaja mereka di tingkat atas, kelihatan Tengku Aryan dan Malia sedang ketawa gembira di ruang rehat yang berada di tingkat tersebut. Mereka jadikan dunia ni seperti mereka yang punya.
"Happy nampak?" jujur dia dah nak mengamuk melihat kebahagiaan pasangan tersebut. Dengan senyuman Tengku Aryan yang tak lekang. Begitu juga dengan Malia. Ikutkan hati nak je dia tarik Malia ni keluar dari rumah.
YOU ARE READING
HAYYAN LUTHFI
RandomRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...