Xandra-03

39.4K 2.1K 483
                                    

Selesai urusan kerja di pejabat, Ayyan terus sahaja pulang memandangkan kepala dan badannya semua bersakit-sakitan. Sebelum ini ada Haider yang bantu dia tapi Haider juga ada perusahaan sendiri jadi Ayyan suruh Haider untuk fokus syarikatnya sahaja.

Tengku Aryan membuka satu lagi perusahaan kereta dan kali ini dia buka cawangan di Indonesia. Kerna masih terlalu baru Haider dihantar ke sana sekali gus bagi Haider tenangkan diri.

Sampai sahaja dia di rumah, benda pertama yang menarik perhatiannya adalah Tengku Faiza. Mummnya sedang duduk sendiri di buaian yang berada di halaman belakang rumah meeeka.

Kakinya terus sahaja dibawa untuk menghampiri Tengku Faiza.

"Mummy." Panggil Ayyan dari belakang dengan lembut. Terhinjut sedikit bahunya dengan panggilan tersebut.

Tengku Faiza menoleh untuk melihat wajah anaknya.

"Baru balik?" soal Tengku Faiza bersama dengan senyuman tipis.

"Mummy nangis lagi ke?" kelihatan masih ada sisa air mata yang tertinggal di bawah mata Tengku Faiza. Sejak kehilangan Xaviera dan Annisa, Tengku Faiza berubah. Kelihata mata itu sunyi dan kosong. Dia kehilangan kedua-dua menantunya.

"Mata masuk habuk." Faiza memberi alasan yang dia rasanya tak akan diterima oleh anak lelakinya.

"Mummy rindu Viera dengan Nisa ke?" soal Ayyan dengan pandangan redup kearah Tengku Faiza.

"Mummy sunyi Ayyan. Kalau dulu, ada Annisa teman mummy nampak bunga." Banyak kenangannya dengan Annisa. Walaupun menantunya itu membohongi mereka namun hubungan mereka berdua dipenuhi dengan kenangan manis.

"Jangan macam ni mummy. Mummy buat Ayyan serba salah." Ucap Ayyan. Dia gagal jadi anak kepada Tengku Faiza.

Jika dulu Tengku Faiza ada bersama dia disaat dirinya rapuh namun kenapa disaat mummynya berada dalam keadaan sedemikian dia tiada disamping Tengku Faiza.

"Mummy tak apa-apa sayang." Dielus rambut Ayyan yang sedikit serabut.

"Ayyan banyak kerja ke? Muka nampak penat sangat." Kesian pula dia dengan anaknya ni. Kelihatan wajah itu sangat penat.

"Biasalah mummy. Kerja dekat pejabat mana pernah nak habis." Balas Ayyan dengan senyuman manis.

Tengku Faiza juga tersenyum melihat wajah Ayyan. Hilang rasa rindunya apabila Ayyan berada dihadapan matanya.

"Daddy mana? Belum balik ke?"  kata Ayyan apabila dia perasan kereta Tengku Aryan tak berada di garaj.

"Biasalah daddy kamu tu. Banyak sangat urusan dengan client." Tengku Aryan ada memberitahunya tadi bahawa malam ni dia lewat balik. Katanya ada client dari luar negara nak datang.

Ayyan sudah mengerutkan dahinya. Daddy jumpa client? Rasanya dia tak ada dapat apa-apa pemakluman pun kalau ada client dari jauh nak datang.

Ayyan juga sedikit ragu dengan Tengku Aryan. Kebelakangan ini daddynya selalu pulang lewat dan meninggalkan mummy sendiri. Doktor pernah pesan dengan mereka, jangan biarkan Tengku Faiza berseorangan takut dia mengalami kemurungan.

"Dahlah. Jom masuk!" Ajak Tengku Faiza dengan tangannya menarik tangan Ayyan.

...

Bianca memandang sahaja wanita yang duduk dihadapannya. Wanita itu pula hanya menundukkan kepalanya memandang ke bawah. Takut dengan pandangan Bianca. Bianca dihantar oleh Luthfia untuk bertemu dengan wanita yang bernama Malia.

"Sejak bila jadi isteri Tengku Aryan?" soalnya yang membuatkan wanita itu mengangkat kepalanya. Macam mana dia tahu?

"Terkejut? You fikir I ni bodoh ke macam anak bini lelaki tua tu." Katanya ditemani dengan gelak yang kedengaran sangat sinis.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now