Tak kering gusi Malia bila duduk berduaan dengan Luthfia. Ada sahaja lawak yang dibuat oleh anak muda ini. Baru beberapa minit dia bersama dengan Luthfia tapi dia terasa selesa dengan cara Luthfia.
"Aunty kerja sini ke? Tak pernah pula saya nampak aunty sepanjang saya kerja disini?"
"Aunty lawat suami, bawakan makanan tengah hari untuk dia." Beritahu Malia yang membuatkan Luthfia tersenyum nakal.
"Sweetnya aunty. Mesti suami aunty sayang sangat dengan aunty. Dahlah cantik, baik, pandai jaga perut suami lagi." Puji Luthfia dengan senyuman yang dibuat-buat. Dia mana nak ikhlas puji perempuan di hadapannya ni.
"Suami aunty mesti jawatan besar, kan?" soal Luthfia ingin tahu walaupun dia dah tahu.
"Tak lah. Dia kerja biasa je." Balas Malia dengan rendah diri.
"Fia tak percayalah. Tempat kita berlanggar tadi, dengarnya bahagian bilik pemilik syarikat ni. Suami aunty pemilik syarikat ni ke?"
Malia berdehem menghilangkan debaran di hatinya.
"Tak lah, suami aunty biasa-biasa je."
Kebetulan Ayyan masuk ke cafe syarikatnya nak mengisi perut. Luthfia yang perasan akan kehadiran Ayyan tanpa segan terus sahaja teriak nama lelaki itu.
"Ayyan!" panggilnya dengan kuat. Cafe yang tadinya bising dengan suara-suara manusia terus sahaja menjadi sunyi.
Masing-masing memandang pelik kearah Luthfia. Suka hati je tukang cuci panggil majikan mereka dengan nama sahaja.
Ayyan yang mendengar namanya dipanggil mendengus kasar. Dimana-mana dia jumpa Luthfia.
"Ayyan, sinilah." Ajak Luthfia namun Ayyan langsung tak peduli. Dia terus ke kaunter untuk memesan kopi.
"Aunty tunggu sini sekejap. Fia nak ajak bakal suami Fia makan sama kita." Malia geleng kepala melihat kelakuan Luthfia.
Luthfia berdiri sebelah Ayyan dengan muka tak puas hati.
"You pekak ke? I panggil langsung tak nak menyahut." Ujarnya dengan bibir dinaikkan keatas.
Ayyan mengerling sekilas. "Kau siapa? Aku tak kenal."
"I bakal isteri you, takkan tak kenal." Dengan beraninya dia berkata sedemikian. Penjaga kaunter yang berdiri dihadapan Ayyan terus terkaku. Majikannya dah ada kekasih ke?
"Terima kasih," kopi yang berada di tangan pekerjanya diambil apabila wanita itu sepertinya masih terkaku dengan apa yang dia dengar tadi.
Tanpa memandang Luthfia, Ayyan terus sahaja mengatur langkah nak keluar dari cafe ini tapi Luthfia dengan beraninya menarik lengan Ayyan dan dibawa ke mejanya.
Serabut Ayyan dengan perangai Luthfia ni.
"Aku tak tahulah macam mana nak hilangkan muka buruk kau dari hidup aku." Katanya tapi Luthfia langsung tak ambil hati.
"You tak akan boleh nak hilangkan I dari hidup you sebab I pelengkap hidup Hayyan Luthfi." Balasnya dengan senyuman manis.
Badan Ayyan dipaksa duduk di kerusi berhadapan dengan Malia. Seketika anak mata mereka bertemu. Malia memberikan senyuman kepada Ayyan. Untuk pertama kalinya dia bersemuka dengan anak suaminya.
"Aunty, ini Ayyan. Dia anak pemilik syarikat ni." Luthfia kenalkan Ayyan kepada Malia.
"Ayyan, suami aunty ni kerja dekat sini. I rasa kalau aunty bagitahu nama suami aunty, mesti Ayyan kenal." Kata Luthfia yang sengaja memancing Malia. Dia nak tengok reaksi Malia.
Malia menjadi tak tentu arah tetapi dia cuba kekalkan reaksi mukanya. Dia tak nak kelihatan gelabah walau sedikitpun.
"Suami aunty kerja biasa-biasa je." Ujarnya dengan mata langsung tak membalas pandangan Ayyan.
YOU ARE READING
HAYYAN LUTHFI
RandomRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...