Xandra-68

19.9K 1.1K 51
                                    

Alyana sudah pening dengan keadaan di tempat kerja sekarang. Telefon tak henti berdering. Penat juga dia nak terangkan apa yang dah jadi sekarang.

Jebat dan Ayyan yang ditelefon tadi menuju dengan langkah yang tenang. Alayna yang perasan akan kedatangan mereka melepaskan nafas lega.

"Lain macam sibuk kau hari ni." Ujar Jebat dengan nada yang tenang.

"Tolonglah Tuan. Terangkan apa yang dah jadi ni. Dari tadi pemegang saham telefon kelam kabut nak tarik diri dari terus melabur di syarikat kita. Apa yang dah jadi ni? Kenapa diorang nak tarik diri?" soal Alayna bertubi-tubi.

"Kau telefon diorang bagitahu aku nak buat meeting. Kita bincang dan selesaikan hari ni juga." Kelihatan ada ketegangan di wajah Ayyan. Alayna kesian dengan Ayyan. Dia baru sahaja kehilangan Haider masalah lain datang pula menimpanya.

Okey ke mental Ayyan sekarang ni?

Alayna menganggukkan kepalanya. Dia tetap di belakang Ayyan walau apa pun yang bakal terjadi.

"Baik Tuan!" Alayna terus sahaja bertindak mengikut arahan Ayyan.

Selepas sahaja Alayna atur pertemuan mengejut, bilik mesyuarat perlahan-lahan mula penuh dengan penama-penama yang melabur di syarikat Ayyan. Alayna seram sejuk melihat pandangan sinis yang dilemparkan.

Alayna melirik ke arah Ayyan yang dari tadi langsung tak beriak. Entah apa yang ada di fikiran Ayyan tetapi wajah lelaki itu kelihatan kosong sahaja. Jebat pula lain ceritalah. Sibuk dengan lollipopnya.

"Tuan, semua dah sampai." Bisik Alayna.

Ayyan berdehem membuatkan ruangan itu sunyi dengan sendirinya.

"Betul ke dengan apa yang kami dengar? Duit yang kami labur awak gunakan untuk benda-benda yang tak berfaedah."

"Apa ni Ayyan? Saya dah melabur berjuta-juta tapi ini yang saya dapat? Rugilah kalau macam ni."

"Kalau nak sangat cepat kaya bukan ini caranya. Awak dah main kotor nampaknya." Sinis sahaja suara itu kedengaran di telinga Ayyan.

Ayyan hanya membiarkan sahaja mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sudah dikeluarkan oleh individu yang memang sengaja nak melihat dia jatuh.

Pemerdagangan manusia? Dadah? Itu lah yang sampai ke telinga mereka semua. Dikatakan dia telah menggunakan duit-duit mereka dengan aktiviti haram.

"Tak sangka korang bodoh dan senang nak percaya dengan khabar angin tersebut. Kita dah kenal lama dan korang sendiri nampak dimana aku laburkan duit-duit korang." Ujar Ayyan dengan tenang.

"Tak nak payah nak bodohkan kami lagi Ayyan. Awal-awal memang lah kau gunakan duit kami seperti yang kita bincangkan. Duit lain yang kami laburkan kau guna untuk aktiviti haram kau tu."Lantang sahaja lelaki berusia itu bersuara.

"Macam ni lah, aku memang dah tak percayakan kau Ayyan. Apa pun aku nak tarik diri dari terus berkerjasama dengan kau. Aku tak nak hasil haram kau berikan dekat aku. Aku ada keluarga dan aku nak duit yang aku berikan tu bersih."

"Aku pun sama."

"Aku pun nak putuskan hubungan perniagaan kita." Satu-satu dari mereka mula mengundur diri dari terus menjadi rakan kongsinya.

"Itu keputusan yang paling bodoh!" Jebat bersuara dengan tenang.

"Lagi bodoh kalau kami teruskan hubungan ni!"

"Betul!"

Sekali lagi suasana bilik tersebut bising dengan suara-suara mereka. Naik pening Ayyan bila mendengar suara mereka.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now