Ayyan balik apabila urusan kerjanya sudah selesai. Di tangannya ada plastik berisi kek. Sengaja dia beli untuk Luthfia walaupun isterinya tak pesan apa-apa pun dengannya.
Tengku Faiza yang berada di dapur termenung sendiri. Masih terasa sentuhan Luthfia di lehernya.
"Tak! Aku tak akan berhenti disini. Dia nak bunuh aku sekalipun, aku tak kisah yang penting aku selamatkan anak aku dari perempuan jahat tu." Dia nekad, walau apapun yang terjadi, dia akan singkirkan Luthfia.
"Assalamualaikum,"
Tengku Faiza terus sahaja menoleh ke belakang. Nampaknya Ayyan dah balik, boleh dia bagitahu apa yang dah berlaku tadi.
"Ayyan," kelihatan terburu-buru sahaja langkahnya menghampiri Ayyan.
Ayyan tak menyahut. Dia perhati sahaja wajah mummnya sampailah matanya singgah di leher Tengku Faiza. Ada bekas merah disekitar leher mummnya.
Dia nak bertanya tetapi kelibat Luthfia yang berada di belakang mummnya membuatkan dia terlupa dengan apa yang dia nak katakan.
"Xandra.." panggilnya dan dia terus sahaja berlalu mendekati Luthfia. Tengku Faiza, dia langsung tak layan.
"Awal you balik?" soal Luthfia dengan datar.
"Kan aku dah kata, aku pergi sekejap je. Ni, kau nak pergi mana?" katanya dengan raut yang sangat serius.
"Nak minum."
"Ayyan, boleh tak kita berbual sekejap. Ada benda yang mummy nak beritahu Ayyan." Tengku Faiza mencelah perbualan pasangan suami isteri tersebut.
Luthfia mengerling sekejap ke arah Tengku Faiza. Dia tahu apa yang nak disampaikan oleh Tengku Faiza. Dia akui, Tengku Faiza seorang yang degil dan nekad. Ugutannya tadi memang tak akan meninggalkan kesan pun dalam diri Tengku Faiza.
"You pergilah berbual dengan mummy, I nak naik atas dulu." Sengaja sahaja dia bersikap sebegini kerna dia tahu Ayyan pasti akan pilih dia berbanding Tengku Faiza.
Seperti yang dia jangkakan, Ayyan memegang lengannya membuatkan dia tak jadi nak melangkah.
"Mummy, kita bincang lain hari je lah. Isteri Ayyan tak sihat," Luthfia sembunyi senyum.
"Sampai hati Ayyan pilih dia berbanding mummy. Dia bukannya nak mati pun, elok je tu jalan sendiri. Ayyan tak payahlah nak manjakan sangat dia tu." Panas hatinya bila anak sendiri lebih pentingkan orang lain. Jelas-jelas Luthfia tu berlakon.
"Pandai pula mummy nak cakap macam tu. Memang lah kaki dia elok je nak berjalan tapi mummy sedar tak yang mummy dah bagi parut dekat kaki isteri Ayyan. Ayyan bawa dia masuk rumah ni tanpa ada satu pun parut atau luka tapi apa yang mummy dah buat? Kalau mama papa Luthfia tahu benda ni, mummy nak tanggung?" soalnya dengan nada yang tertahan. Dia cuba untuk tak naikkan suaranya.
Tengku Faiza tersentak sendiri.
"Ayyan dah dibutakan dengan lakonan dia. Apa yang Ayyan nampak dalam diri isteri Ayyan, itu hanyalah lakonan semata-mata. Ayyan tengok leher mummy ni." Ditunjuk sekitar lehernya yang masih merah disebabkan perbuatan Luthfia.
"Isteri yang Ayyan agungkan dah cekik mummy. Tolonglah buka mata Ayyan."
"Dia atau mummy yang berlakon sekarang ni?" Ayyan sepertinya tak percaya pun dengan apa yang dikatakan oleh mummnya.
Tengku Faiza terkejut dengan reaksi anaknya. Tak cukup ke kesan merah di lehernya. Apa yang Luthfia dah bagi dengan anaknya ni sampai Ayyan tak boleh nak beza yang benar atau yang salah.
Luthfia yang berdiri dibelakang Ayyan menyilangkan tangannya. Dia tenang sahaja memandang wajah Tengku Faiza yang sudah bertukar merah. Sekejap lagi nak meletus lah tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYAN LUTHFI
RandomRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...