Xandra-38

29.6K 1.8K 146
                                    

Luthfia menuruni satu persatu anak tangga dengan berhati-hati. Tujuannya turun ke tingkat bawah hanya satu. Isi perutnya yang sudah berkeroncong dengan hebat. Dia tunggu juga Mak Yam datang ke biliknya tapi sampai ke saat ini orang yang dimaksudkan Ayyan tak muncul-muncul juga.

"Kalau aku report dengan Ayyan ni, confirm orang tua tu kena pecat!" geram juga lah dia bila Mak Yam tak datang menjenguknya.

Tengku Faiza yang berada di dapur sibuk menyediakan makanan untuk makan tengah hari mereka sekeluarga. Mak Yam pun sudah balik dari bercuti, dia pun tambah semangat nak masak-masak.

"Mak Yam..." panggil Luthfia dengan nada suara yang kuat.

Mak Yam yang sibuk memotong bawang terhenti sekejap kerjanya.

"Astagfirullah, Tengku. Saya lupa nak siapkan makanan untuk isteri Ayyan." Kelam kabut Mak Yam berdiri dari duduknya dan berlari menuju ke singki untuk bersihkan tangannya terlebih dahulu.

Tengku Faiza yang melihat pergerakan Mak Yam
menggelengkan kepalanya. Apa nak ditakut sangat dengan perempuan tu?

"Mak Yam kenapa kelam kabut sangat ni? Pandailah bini Ayyan tu nak cari makan sendiri." Ujar Tengku Faiza sekaligus membuatkan langkah Mak Yam terhenti.

"Ayyan dah pesan dekat saya, bawakan makanan untuk Fia. Kalau Ayyan tahu kecuaian saya, mesti dia marah." Kelihatan wajah Mak Yam penuh dengan penyesalan.

"Mak Yam tak payah nak fikir sangat pasal hal tu. Benda kecil je. Bini Ayyan biar saya yang urus, lagipun ada benda yang saya nak tanya dengan Fia." Pujuk Tengku Faiza. Mak Yam hanya mengangguk sahaja. Dia belum pernah berjumpa dengan Luthfia, jelas sahaja dia tak tahu perangai Luthfia.

"Mak Yam tunggu sini, teruskan kerja Mak Yam. Biar saya yang berhadapan dengan perempuan tu."

...

"Mak Yam!" teriak Luthfia sekali lagi. Dia dari tadi memekak tetapi wajah Mak Yam langsung tak kelihatan.

"Pekak ke orang tua ni?" rungut Luthfia.

"Apa yang kau melalak sangat ni?" kedengaran suara Tengku Faiza. Luthfia yang melihat wajah Tengku Faiza terus sahaja membuang muka.

"Aku bukan nak tengok muka kau! Aku nak jumpa dengan Mak Yam. Mak Yam mana?" balas Luthfia dengan matanya melihat ke belakang mencari kelibat Mak Yam.

"Kenapa? Kau nak marah dia sebab tak bawakan kau makanan?"

"Yang kau nak lebih-lebih ni kenapa?" bertambah pula geramnya bila Tengku Faiza nak masuk campur urusannya.

"Kau tu yang melebih! Kau bukannya patah kaki sampai nak dibawakan makanan dekat atas." Semakin lancang mulut Tengku Faiza membalas.

Luthfia melipat tangannya ke dada.

"Baru mengandung satu minggu dah tak mampu nak buat apa-apa ke? Terus jadi cacat sementara." Sindir Tengku Faiza.

"Anak yang kau kandungkan tu betul ke anak Ayyan? Kau tu kan bukannya perempuan baik pun."

Luthfia masih kekal tenang menghadapi sindirian Tengku Faiza. Lidahnya ditolak ke pipi bersama dengan hembusan nafas yang masih kedengaran normal.

"Jadi anak siapa aku nak kandungkan ni? Anak laki kau?" balas Luthfia dengan tenang.

Tengku Faiza mengetap giginya. Ada je Luthfia nak balas setiap sindirannya. Kalau Viera dulu, budak itu hanya diam tak macam Luthfia nak mulut berbisa.

"Tahu pun diam! Tu lah lain kali kalau rasa diri senang koyak, bagus kau diam je. Kan elok kalau mulut kau tu tak banyak songeh. Tak lah telinga aku ni sakit."

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now