Sudah tiga hari mereka berdua berada di Itali dan selama tiga hari itu jugalah mereka tak berjaya nak mencari Luthfia.
"Dimana lagi aku nak cari Fia, Jebat?" terasa nak putus asa jadinya bila dia tak berjaya nak jumpa dengan Luthfia. Walaupun mereka sudah berada di Itali tempat dimana isterinya membesar namun penduduk disini langsung tak mengenali Luthfia.
"Aku rasa Fia tak ada dekat sini lah Ayyan. Takkanlah company-company besar dekat sini tak kenal dengan bapa Luthfia." Jebat tak habis fikir betul. Bapa angkat Luthfia tu boleh dikatakan berpengaruh dalam perniagaan takkanlah satu dari penduduk disini tak kenal dengan orang tua tu. Mustahil sangat!
"Berapa puluh juta agaknya Noah dah keluarkan semata-mata nak sembunyikan Luthfia?" bila difikir balik Noah pasti keluarkan modal yang banyak untuk hapus semua data berkaitan dengan Luthfia.
"Aku dah tak ada harapan nak jumpa Fia ke Jebat?" sayu sahaja air muka Ayyan. Rasa rindunya tak boleh nak disimpan lagi. Dia rindu dengan senyuman cantik Luthfia. Senyuman yang mampu hilangkan semua masalahnya.
Jebat terdiam seribu bahasa. Nampak gayanya memang macam tu lah. Ayyan tak akan pernah bertemu semula dengan wanita yang bernama Luthfia.
"Satu-satunya harapan yang kita ada doa je Ayyan."
Perbualan mereka berdua terhenti apabila bunyi telefon Jebat berdering. Tertera nama Emyr di skrin telefonnya.
"Assalamualaikum Emyr..." telan liur Jebat bila nama Emyr terpampang. Sebelum dia pergi, dia ada tinggalkan pesanan dengan Emyr. Kalau Emyr dah telefon memang ada sesuatu berlaku disana.
"Waalaikumsalam, Ayyan ada dekat situ?" Tegang sahaja suara Emyr.
Telefon terus diberikan kepada Ayyan.
"Kenapa?"
"Kau balik sekarang. Haider..."
"Kenapa dengan Haider?" Ayyan sudah tak sedap hati. Sebelum dia berangkat ke Itali, keadaan Haider memang membimbangkan dan jujur dia berat hati nak tinggalkan kembarnya namun dia berkeras juga nak mencari Luthfia.
"Haider dah..."
"Aku balik sekarang." Ayyan terus matikan panggilan tersebut.
"Jom!" Jebat yang sudah faham dengan perbualan mereka terus sahaja menarik tangan Ayyan untuk kembali ke hotel untuk kemas barang mereka.
...
Haider tersenyum melihat wajah cantik yang sedang berdiri dihadapannya. Sudah lama dia tak lihat senyuman manis isterinya.
"Abang nak ikut Viera tak?" soal wanita cantik yang berpakaian serba putih.
Haider mengangguk dengan perlahan. Kelopak matanya sedikit terbuka cukup-cukup melihat wajah Xaviera.
"Viera rindu abang..." luah wanita itu bersama dengan bibir yang sudah memuncung ke hadapan.
Haider nak bersuara nak luahkan juga betapa dia rindukan Xaviera namun suaranya tersekat.
"Abang pun rindu dengan bidadari abang..." hanya dalam hati sahaja Haider mampu luah betapa dia rindukan isterinya.
Haider dapat rasakan sentuhan dingin di pipinya. Rindunya dia dengan sentuhan isterinya. Tanpa dia sedar air matanya menitis.
"Kita balik ya abang. Dekat sana nanti Viera ada untuk jaga abang. Disini Viera tak boleh nak buat apa-apa." Air mata suaminya diseka dengan hujung jarinya.
Haider mengangguk sahaja. Wajah Viera seperti nyata. Dia tak rasa dia sedang bermimpi pun.
Xaviera tersenyum manis. Dia menghulur tangannya ke arah Haider. Haider berusaha untuk menyambut huluran tersebut. Dia nak ikut isterinya ke mana pun Viera bawa dia.
YOU ARE READING
HAYYAN LUTHFI
AcakRewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra She's the main character, but she's also the villain ...